♫♪♫Ooo kome dorian dah berbunga,
Moh kita pinang anak dara… ♫♪♫
Lirik lagu dendangan Os di atas memang sesuai dengan topik Gegirl pada kali ini. Masih di Perak, kali ini Gegirl akan berkongsi mengenai keenakan tempoyak terutama sekali sekarang musim durian sudah bermula. Tempoyak bukan hanya popular di Perak tetapi juga di Pahang, namun Gegirl akan berkongsi dulu masakan di Perak Darul Ridzuan ini.
Tempoyak diperbuat daripada isi durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan disimpan di dalam bekas tertutup untuk beberapa hari sebelum dimakan. Bagi anda yang tidak biasa dengan tempoyak atau tidak sukakannya mungkin tidak dapat membayangkan bagaimana sedap dan keenakan tempoyak yang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi juga bila ia dimasak gulai.
Di Perak, ada yang menggantikan sambal belacan dengan sambal tempoyak. Caranya mudah, cili api atau cili merah ditumbuk dan digaulkan bersama tempoyak. Boleh dimakan bersama dengan ulam-ulaman seperti daun selom, ulam raja, petai, jering mahupun timun. Selain itu, tempoyak juga enak dimasak bersama sambal ikan bilis, gulai lemak tempoyak dengan pucuk ubi, dan juga gulai tempoyak ikan terubuk. Kebiasaannya, timun ladang iaitu sejenis timun besar berkulit coklat muda dicampur ke dalam gulai. Gulai pula dimasak di dalam periuk tanah supaya rasanya lebih asli.
GEGIRL : Makan sampai mak mertua lalu pun kita
tak akan perasan bila melayan keenakan gulai tempoyak..:)
tak akan perasan bila melayan keenakan gulai tempoyak..:)
21 comments:
Adoi telan airliur.. Makin berbunyi perut ni tgk gulai tempoyak..
Memang pun. lagi-lagi pekena dengan nasi panas dan ulam-ulaman. sodapp...
sedap2..balik nie nak masak utk suami tercinta..:)
terliur tgk gulai tempoyak nie..
tempoyak best mam ngan budu..=p
cam sedap jek....terliur plak
tempoyak ?
prghh !
sodap tuh !
alamak, ni bt perut lapar ni malam2x..~hihi
shedapnyaaa... lama x makan tempoyak.. pernah makan durian merah x ?
3 jenis makanan yg aku tak boleh makan setakat ini: tempoyak, petai dan rebung...hehee..tak boleh masuk...
sarah : yeker? tak pernah cuba lagi nie..pasti akan cuba gabungan 'terangkat' nie..:)
story of my life : memang sedap..rugi tak cuba tau..:)
nurul nabila : dapat pulak tempoyak baru lagik sedap, tumbuk cili..makan dengan nasi panas, goreng ikan pekasam Tasik Raban..memang terbaeekk..:)
~GEGIRL - Moh Makan? ~
nabila : memang best..lagi2 skrang nie musim doyan kan, apa tunggu lagi??:)
chara : makan sebelum pukul 9 malam ya, nnt terganggu diet.Jgn salahkan GEGIRL ya..:)
aqishah : durian merah ya mana ya?? mmg sgt minat makan doyan..tp, x tahan bau dia..pelik kan?? hi
rusna : rugi, tp ader yg mmg tak tahan dengan 'keharuman' bau nyer..anak buah sampai nangis & lari keliling rumah lar bile GEGIRL kejar dengan doyan.hi
~GEGIRL - Moh Makan? ~
xske durian..tp kalo gulai tmpoyak bolehla cket2..hehe
xsuka mkn durian. dan tempoyak pun xmkn jugak..~
Wah, sedap sungguh lau makan nasi gan tempoyak..mmg best la..
belum cuba belum taw.. tapi bile da makan pasti nak lagi..^_^
tak penah makan lagi. daripada entry ni macam sedap jek sampai mak mertua lalu pun tak perasan kan.. sedap sungguh aih! hehe
Tempoyak dengan sedap...tapi ada gak yg tak suka tempoyak..contohnya adeq Wan..tak suka mam tempoyak..law durian tak cukup makan lak..hehehe
hahaha..tempoyak kat kelntan taruk dalam budu...makan ngan ulam2man n ikan masin pun da cukup ni...
mau 2-3 kali tmbah..hahaha
kite penah makan sambal tempoyak yang dibakar..kawan kite bawak pegi ostel dari umah dia.. seyes bau durian xda... texture dia ag kasar n bertambah sedap...yum3...
tapi bla kite try bakar kat umah x menjadi..huhuhu
gegirl kena try sambal tempoyak bakar ni..hehehe
kaseh suchi
eh...camne lak tempoyak taruk dalam budu???tak pelik ke rasa nya??
gegirl cepat cari menu camtu...nak taw pendapat gegirl lak..
tempoyak dgn sambal!!
masak tempoyak ikan patin..
ishh,lapar dah..
makan dengan nasi kosong pun sedap..sekarang nie musim durian tau.
moh kite ke perak, makan durian banyak2..hehe
~anak jati perak~
Cik Nani Noraini
kat sarwak belum musim lagi..yg ade pun durian import..tempoyak da best..masam amsam ..alahai sedapnya...ade cili padi dan tempoyak cukup dah untuk makan nasi...
Post a Comment