Followers

Thursday, 24 March 2011

Berbuat Baik Kepada Alam


Sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat fenomena bencana alam semakin menjadi-jadi…tanah runtuh, letupan gunung berapi, gempa bumi, tsunami dan banyak lagi. Akan tetapi bencana ini kadang-kala adalah angkara manusia itu sendiri. Apa pun sebagai penghuni dunia yang semakin sesak dan terdesak, kita perlulah berbuat baik kepada alam tempat kita hidup mencari sesuap nasi dan beramal untuk dunia yang satu lagi.
 
Kita jangan ingat para petani, penternak dan nelayan sahaja yang bergantung pada alam semula jadi (tanah, pokok dan tanaman yang subur, sungai dan laut yang tidak tercemar dan bergelora). Semua orang bergantung kepada alam yang dijadikan Tuhan. Apabila kita menggunakan kertas di pejabat atau di mana sahaja, ingatlah… sebatang pokok menghasilkan 16 rim kertas, purata 324 liter air digunakan untuk memproses 1 kilogram kertas manakala 1 tan kertas (400 rim) akan membebaskan 2.6 tan karbon dioksida. Setiap jam dunia kehilangan 1.7 juta hektar hutan kerana ditebang untuk menghasilkan kertas.

Oleh itu hargailah setiap helai kertas yang kita gunakan dan tidak mudah membuang kertas hanya kerana sedikit kesilapan ejaan dan sebagainya. Kerja yang cermat dan teliti dapat mengelakkan pembaziran kertas.

Itu baru bab kertas, belum lagi dikira penggunaan air, pembuangan sampah, pembakaran terbuka dan sebagainya. Bak kata orang tidak rugi jika berbudi pada tanah, dan tidak rugi jika kita mengambil berat soal alam sekitar.




Hikano: Teringat masa sekolah dulu belajar subjek Ilmu Alam tapi sekarang dah ditukar nama “Geografi”.
 
 


11 comments:

SarahZin said...

baru sedar betapa pentingnye subjek "green" yang saya ambik sem lepas..tq uitm..c0z provided dis subject =)

Miss Red Apple said...

mmg patut pon kite jaga alam sekitar ni....

Unknown said...

sokong sesgt !
sbb alam sekitar mmg penting !
=)

aqishah said...

tangan manusia yg telah mencemarkan alam ni...

so marilah sama2 sayangi bumi kita

buktikanla

story of my life said...

pas ni kena pikir byk kali kalo nk print paper byk2...salah satu sbb gak boleh mencemarkan alam..

Unknown said...

betul2,jga alam sekitar demi kebaikan kita bersama:)

Sarah Naiema said...

Cinta kepada alam sekitar haruslah d'pupuk sejak kecil lagi.. kite harus la m'jaga alam sekitar nie s'baik mungkin walhal kite tau byk alam sekitar nie musnah dek sikap manusia y m'mentingkan diri sdiri tapi kite harus m'nerima bahawa semua nie ada dijalankan demi negara kite juga..
sayangi la negara kite..

Kertas2yang tak d'guna pakai kite boley wat cycle balik..so, save bajet..=)

go green go! =)

amiraliyana said...

oh geografi dulu nama Ilmu Alam eh.^^

betul tu berbakti kepada tanah tiada ruginya..

Wan_hazel said...

sebab tu lah ada gak kata.berbaktilah pada tanah..kebinasaan alam nie disebabkan kita sendiri...dah tertulis pun dalam Al Quran..gunung ganang tu pasak dunia..tapi manusia tetap nak paras gak..hairan

♥ Aisyah Ahmad said...

mansuhkan peperiksaan..haha.

Wan_hazel said...

♥ echot comeL !

hahaha...salah stau cara mengurangkn pnggunaan kertas..yeah yeah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...