Salam sejahtera.
Hari ini semangat aku nak menulis tentang susu ibu. Aku tiba-tiba macam api yang membara pula. Mummy mummy tau tak, permulaan bagi susu ibu ialah kolestrum? Apa kolestrum tu? Aku ada la baca buku pasal penyusuan ibu dan dalam tu mention kolestrum ialah susu awalan yang dihasilkan oleh ibu-ibu dalam 2 hingga 3 hari selepas melahirkan anak yang berkuantiti kecil (20-30 ml) bagi setiap susuan. Warnanya, pekat dan kuning gitu! Kolestrum ni sangat baik tau untuk baiki usus kecil bayi, cegah cirit-birit dan kuatkan lagi sistem imunisasi bayi yang baru lahir. Walaupun tak banyak, tapi janganlah mummy mummy risau sebab ia cukup untuk keperluan bayi kita. Sudahlah kaya dengan zat makanan ditambah lagi dengan antibodi. Rugi tak bagi,kan?
Teringat pula dengan pesan mak saya. Mak kata, susu yang mula-mula keluar tu kena perah dan buang kononnya itu susu basi. Nasib baiklah sebelum aku bersalin dulu ada godek-godek cari di internet pasal susu ibu. Walaupun pada masa tu aku cuma baca sepintas lalu ( a.k.a baca tapi tak menusuk ke kalbu) sekurang-kurangnya aku tahu tentang kolestrum ni. Ataupun memang rezeki puteri aku untuk mendapat sepenuhnya khasiat susu mama nya. Yelah kan masa kita tak tahu, kita ikut saja apa jer orang cakap. Pula tu yang bagi nasihat ialah orang yang lebih tua dari kita dan banyak lagi makan garam dari kita.
Teringat pula dengan pesan mak saya. Mak kata, susu yang mula-mula keluar tu kena perah dan buang kononnya itu susu basi. Nasib baiklah sebelum aku bersalin dulu ada godek-godek cari di internet pasal susu ibu. Walaupun pada masa tu aku cuma baca sepintas lalu ( a.k.a baca tapi tak menusuk ke kalbu) sekurang-kurangnya aku tahu tentang kolestrum ni. Ataupun memang rezeki puteri aku untuk mendapat sepenuhnya khasiat susu mama nya. Yelah kan masa kita tak tahu, kita ikut saja apa jer orang cakap. Pula tu yang bagi nasihat ialah orang yang lebih tua dari kita dan banyak lagi makan garam dari kita.
Cat: Jadi, ingatlah mummy-mummy sekalian, untuk anak yang akan datang, hargailah kolestrum susu anda.
20 comments:
terima kasih atas maklumat yang diberi...ermmmm gitu rupanyer
hehehe..baru tahu..s0..jangan lupa berikan khasiat tu untuk anak2..=)
susu ibu memang baik untuk bayi
terbaekkkkk...
=)
mampu senyum jerk.
info berguna
tak tercapai lagi nak fully bf..mayb anak no 3
ia adlh antibiotik bagus utk baby... tapi me x lama pun breastfeeding...
thanks 4 sharing:)
sara baru tau tentang info tu..info nie bagus utk wanita2..^_^
alhamdulillah..trima ksih emak =)
good info.. boleh di rujuk bila nak jadi ibu satu hari nanti..;p
inf yang sangat berguna... walaupun saya ibu kpd 2 orang anak saya pun x tau lagi pasal isu ni... tq tq
Ni pun saya alamai juga.
Bila nenek,mak cik mak cik cakap buang susu yang warna kuning tu. darah kotor tu, tak baik untuk baby. Kesian baby minum darah dan nanah kotor. Nasib baik Allah buka jalan untuk saya banyak membaca sebelum melahirkan Ukasyah. Kalau tak, kesiannya Ukasyah tak dapat khasiat kolestrum.
Sebenarnya orang tua ni, mudah je kita nak yakinkan dorang je. Jangan menjawab dan buat apa yang kita rasa betul dan iyakan aje apa dorang cakap tapi slow-slow cakap apa dia 'nanah kuning' tu.
Alhamdulillah.. rezeki puteri awak la tu..
Kolestrum ni memang sangat2lah bagus.. Saya alhamdulillah sebab dapat menyusukan anak saya secepat mungkin & alhamdulillah jugak sebab anak saya tak ambil masa yang lama untuk pandai menyusu..
lepas je bersalin, saya bagi dia minum susu.. elok je dia hisap... :-)
Susu ibu ni sangat2lah berkhasiat!! susu terbaik di dunia..
Alhamdulillah.. sampai sekarang, anak saya dah umur 10 tahun, saya masih mampu menyusukannya..
InsyaAllah, azam saya menyusukannya sehingga dia berumur 2 tahun..
info yg menarik...leh bagi taw isteri nanti law Wan dah kahwen..ehehhe
kolostrum lembu skang ada dijual di pasaran untuk tambah antibodi bagi yang orang dewasa atau remaja yang ingin mengamalkan pemakanan sihat...
munkin orang2 yang kena beli ni orang yang masa kecik mama dia x kasik kolostrom pasal nenek dia suh buang kot,,terpaksa la beli minum kolostrom dari lembu.. khasiatnya lebih kurang kolostrom manusia jugak
skarang bukan baby je yang boleh minum kolostrom kan...hehehe
Alhamdulillah, hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Pertama kali saya dengar tentang kolestrum. Ternyata menarik & ada input berguna untuk dikongsi bersama kaum wanita.. hehe terima kasih penulis.kebetulan kakak saya mengandung anak kedua. jadi, bolehlah berkongsi ilmu ini dengan dia.Ternyata ianya berkhasiat juga kan..
Kolestrum baik untuk baiki usus kecil bayi.
Cegah cirit-birit
Kuatkan sistem imunisasi bayi yang baru lahir.
That's what i learnt today...(^_^)
kaseh suchi
dari segi sains memang byk persamaan tp dr segi lain byk yg tak sama..ehehhe...mana lah nak sama manuis dgn bnatang..ehhehe..p utk alternatif..itu lah yg terbaik
CNN pelajar sains hayat mase sekolah dulu, jadi CNN tahu tentang colostrum nie.
jadi, dah beritahu sepupu, makcik2, dan sedara yg lain utk kongsi ilmu..:)
Moga Allah redha~
Cik Nani Noraini
hehehe..wan blaja sains gak..biologi tapi kurang minat so terlepas topik nie kot..hehehe
Post a Comment