Followers

Showing posts with label Cat. Show all posts
Showing posts with label Cat. Show all posts

Friday, 24 June 2011

Pentingnya Kalsium Untuk Ibu

Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, berdua jalan kaki saat turun hujan …aduh, aduh layan dangdut kali ni.

Salam sejahtera. Bersyukur kepada Tuhan kerana kita masih lagi berdiri di atas muka bumi ini sebagai seorang insan yang anggun (perasan lawa la tu), bekerjaya dan yang paling penting kita dengan jayanya membekalkan susu badan kepada baby. Perrrggghh, kata-kata semangat ini moga-moga boleh meningkatkan semangat mummy mummy yang menyusukan si comel dan mummy to be untuk menyusukan baby nanti. Lagi cerita fasal makan.

Mummy-mummy tahu tak? Kalsium adalah nutrien yang penting untuk wanita. Ia mewakili 90% daripada bahan keras dalam tulang kita dan banyak terdapat dalam tulang serta gigi. Umum mengetahui bahawa kalsium adalah untuk mencegah tulang reput atau dalam bahasa doktornya osteoprorosis.  Macam yang dalam iklan susu ANLENE tu lah. Saya sangat pasti ramai yang tidak tahu bahawa kalsium juga penting dalam membantu proses pencernaan dan metabolisme, membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Untuk pengetahuan juga, keperluan kalsium bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi adalah sangat tinggi. Kalau orang dewasa biasa perlukan kira-kira 1000mg kalsium sehari, makanya mummy yang menyusukan baby kena menggandakan jumlah kalsium yang diambil. Hah… dari mula dulu saya pernah katakan, aktiviti penyusuan baby ini memerlukan kerja keras si ibu. Tapi kerja keras ini senang jer. Cuma perlu MAKAN!!.

Apa makanan yang mengandungi kalsium?? Sudah semestinya susu. Bukan baby je yang perlu minum susu, mamanya kena juga minum susu. Mula-mula dulu memang agak liat untuk minum susu, tapi bak kata pepatah “alah bisa tegal biasa”. Saya amalkan pengambilan sekurang-kurangnya segelas susu sehari. 


Cat: Tidak ketinggalan juga ikan salmon at-least  seminggu sekali (mahal tu ikan salmon +susah nak dapat gak)

Wednesday, 13 April 2011

Penyusuan Susu Ibu Antara Diet Yang Bagus


Salam sejahtera. Semoga kita tergolong dalam orang-orang yang cemerlang. 
 Agak lama juga mieow mieow tak menulis. Bukan kekeringan idea cuma tak sempat. Maklumlah banyak kerja di pejabat harus diselesaikan. Kalau tak, 'bising' pula bos nanti.  Belom habis kerja di pejabat, rutin sebagai isteri dan ibu pun kena buat juga. Alahai, kesian pula dengan rengekan si puteri kecil saya, agaknya nak tumbuh gigi lagi la tu. Susah juga, kalau nak menaip si puteri kecil ada di sebelah. Terlebih advance pula jari jemari kecilnya daripada jari mamanya nanti. Hmmmm...

Sebelum saya terus menulis, nak sangat tanya kawan-kawan semua. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan? Kenapa saya tanya? Topik saya pada kali ini berkisar pemakanan  amat penting bagi mummy mummy yang menyusukan bayi. Janganlah sesekali  terfikir untuk berdiet ketika dalam tempoh menyusukan bayi.  Jangan buat sama sekali ye mummy mummy. Ingatlah  bayi yang menyusu ibunya dapat 100% nutrien yang diperlukan oleh badan.  Dari mana datangnya nutrien dalam susu ibu itu?, Semestinya daripada diet si ibu. Syukur Allahamdulillah saya tergolong dalam orang-orang yang makan banyak tapi badan susah nak naik. Jadi bolehlah nak makan apa saja. Satu fakta penting yang harus semua mummy-mummy dan bakal mummy perlu tahu ialah  mengikut kajian yang dijalankan, penyusuan susu ibu merupakan salah satu kaedah diet yang sangat bagus. 

Mana taknya... Penyusuan susu ibu ni, adalah diet yang tak perlu keluarkan duit & menguntungkan. Banyak faedah yang mummy mummy dapat especially  anak-anak kita. Saya sendiri menjaga pemakanan saya dan akan pastikan saya tak terlepas waktu makan. Kalau mummy mummy nak tau, sarapan pagi sangat penting, sebab bila dah semalaman  bayi menyusu  kita perlu refresh tenaga. Seawal jam 6:00 pagi dah berkeroncong perut minta diisikan. Waktu lunch pula makan tengah hari yang tak boleh tak, mesti makan nasi, begitu juga dengan makan malam. Setiap hidangan, saya akan pastikan ada kandungan protein (ikan, ayam,daging), karbohidrat yang secukupnya (sudah tentunya makanan kegemaran saya NASI) dan vitaman (sayur ler tue..).Oh ya! Tak sah kalau tiada sepotong buah. WAJIB! Selalunya beli yang harga seringgit tu je. Kalau kurang satu, perasaan akan jadi macam tak tenang. Risau si puteri kecil tak dapat nutrien yang cukup. 


Cat: Akan datang kita cerita dengan lebih mendalam tentang kelas-kelas makanan ye…

Wednesday, 30 March 2011

Kebaikan Kolestrum Dalam Susu Ibu


Salam sejahtera. 

Hari ini semangat aku nak menulis tentang susu ibu. Aku tiba-tiba macam api yang membara pula. Mummy mummy tau tak, permulaan bagi susu ibu ialah kolestrum? Apa kolestrum tu? Aku ada la baca buku pasal penyusuan ibu dan dalam tu mention kolestrum ialah susu awalan yang dihasilkan oleh ibu-ibu dalam 2 hingga 3 hari selepas melahirkan anak yang berkuantiti kecil (20-30 ml) bagi setiap susuan. Warnanya, pekat dan kuning gitu! Kolestrum ni sangat baik tau untuk baiki usus kecil bayi, cegah cirit-birit dan kuatkan lagi sistem imunisasi bayi yang baru lahir. Walaupun tak banyak, tapi janganlah mummy mummy risau sebab ia cukup untuk keperluan bayi kita. Sudahlah kaya dengan zat makanan ditambah lagi dengan antibodi. Rugi tak bagi,kan?

Teringat pula dengan pesan mak saya. Mak kata, susu yang mula-mula keluar tu kena perah dan buang kononnya itu susu basi. Nasib baiklah sebelum aku bersalin dulu ada godek-godek cari di internet pasal susu ibu. Walaupun pada masa tu aku cuma baca sepintas lalu ( a.k.a baca tapi tak menusuk ke kalbu) sekurang-kurangnya aku  tahu tentang kolestrum ni. Ataupun memang rezeki puteri aku untuk mendapat sepenuhnya khasiat susu mama nya. Yelah kan masa kita tak tahu, kita ikut saja apa jer orang cakap. Pula tu yang bagi nasihat ialah orang yang lebih tua dari kita dan banyak lagi makan garam dari kita.




Cat:  Jadi, ingatlah mummy-mummy sekalian, untuk anak yang akan datang, hargailah kolestrum susu anda.

Thursday, 24 March 2011

Susu Ibu Tiada Tandingannya


SUSU IBU.. bagi aku, ia satu pemberian yang tidak ternilai bagi ibu kepada anaknya. Mana nak dapat di kedai-kedai kan? Walau setitik pun kita takkan dapat membelinya. Cubalah mummy mummy pusing kat mana-mana pasar raya, tak mungkin akan terjumpa susu ibu yang dah siap dikotakkan atau bungkus dalam tin. Tak kiralah apa pun panggilan anda, mama ke, ibu, ke mummy atau emak ke...saat pertama kali menyusukan anak adalah detik indah yang tidak akan pernah pudar dalam ingatan.Chewah! Jiwang pula aku ni...

Aku masih ingat lagi sewaktu pertama kali aku menyusukan puteri kesayanganku Aireen Rizq Danieesya. Aku sangat kagum dengan ciptaan Allah. Tak terfikir akal bagaimana bayi yang baru beberapa jam lahir ke dunia dah pandai menyusu. Itulah  kebesaran PENCIPTA.  Pertama kali melihat Aireen menyusu aku terus ingin memberikan Aireen susu badan sepenuhnya hingga dia berumur 2 tahun. Wah..besar betul cita-cita aku, kan... Bukannya aku tau  pasal penyusuan susu ibu, tapi aku masih bercita-cita sebegitu rupa. Hebat!!!

Mummy mummy nak tau? Selama dalam proses berpantang aku agak rajin juga lah membaca mengenai penyusuan susu ibu. Ada yang aku beli dan pinjam dari perpustakaan di pejabat   terutamanya mengenai penyusuan susu ibu bagi ibu-ibu yang bekerja. Nampak macam ‘kacang’. Tapi nak buat jadi nyata... huuuu agak sukar. Mesti kena rajin. Kalau  boleh diberi markah dari 1-10, mummy mummy  sekurang-kurangnya  perlu dapat markah 9.9 untuk menjayakan misi penyusuan susu ibu ni.   

Nasib baiklah, masa aku mengandung Aireen dulu,  breast pump antara senarai barang-barang keperluan bayi yang aku beli. Walaupun masa tu aku manalah ada pengalaman bersalin lagi, tapi aku teringat pada kakak aku yang ada masalah bengkak buah dada. Gara-gara tak menyusukan anak la tu... Gerun. Aku pun ada juga sedikit ilmu  yang dipelajari daripada kakak-kakak kat ofis yang sangat berpengalaman. TQ kakak-kakak opis!!


Cat: Cukup dulu  setakat ini pembuka kata . TUNGGU yer..banyak lagi cerita tentang SUSU IBU yang nak aku ceritakan…. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...