Assalammualaikum,
Bersua kita sekali lagi dalam ruangan ini. Kali ni KakBa nak sambung pula dengan sifat kedua.
Sifat kedua : Sifat tahu membalas budi. Sifat ini berkaitan dengan membalas budi ayah dan ibu, guru-guru dan kepada orang yang pernah berbuat baik kepada kita. Bagi KakBa, sifat ini memang harus ditanam dalam diri setiap individu kerana apabila orang sudah berbudi kepada kita, adalah menjadi tanggungjawab kita membalas budi baiknya atau sekurang-kurangnya menghargai apa yang telah dicurahkan kepada kita. Antara ungkapan menarik yang menjadi panduan ialah : “Tahu kan perit ibu mengandung, tahu kan pahit ayah mendukung, tahu kan sakit membesarkannya, tahu kan hutang yang dibebankan, tahu kan belas kasihan orang, tahu kan bela pelihara orang, tahu kan budi baik orang”.
KakBa : Ayah dan Ibu, jasamu dikenang selagi nyawa dikandung badan…
13 comments:
cita2 nak balas budi mak ayah =)
moga ku dpt membalas jasa babah & mak..Aminnn
amin.
mintak2 dapat tunaikan harapan masing2.
=)
semoga ku dapat membalas jasa kedua-dua org tuaku.amin;)
budi bahasa budaya kita....
smoga aku adalah anak yg tahu membalas jasa dan sentiasa mnsyukuri ...
jgn jadi seperti kacang lupakan kulit
xterbalas jasa ibu dan ayah kita.huhu...moga kita sama2 doakan kesejahteraan mereka...xterbayang cmna lah ada anak yg letak ibubapa kat uma org tua,huhu...sgt tidak mngenang jasa!
hye doa stiap hari adlh yg plg trbaek..bkn wang dan harta
sob sob.. sedih. moga dapat jadi anak yang tahu kenang budi ibu bapa.. huhu
Berbuat baik kepada kedua ibu bapa
Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
Firman Allah yang bermaksud: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa.(Surah an-Nisaa, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.
Cara paling mudah untuk membalas budi ibu bapa ialah dengan berdoa.
Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).
Semoga kami semua dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang taat dan sentiasa mengenang jasa budi ibubapa kita..
Kita sebagai seorang anak hendaklah menyayangi mereka.. Jangan jadi seperti kacang melupakan kulit.. Ingat hidup di dunia nie hanyalah sementara.. cuba la untuk berbakti pada orang tua kita sementara masih ada..
Banyak cara untuk berbakti dan menunjukkan kasih sayang serta membalas jasa mereka.. sebagai seorang anak kita hendaklah mendoakan ibubapa kita supaya sentiasa sihat dan sejahtera selalu.. bercakap la sopan dengan mereka, patuh pada percakapan mereka seolah2 tidak sesekali melawan cakap mereka..
Selain itu, bagi la kejayaan yang dikecapi oleh kita sebagai hadiah untuk mereka..bagi la mereka gembira dengan kejayaan kamu..contohnya, berjaya dalam peperiksaan dan lain2..
Ibubapa tidak mengharapkan wang ringgit semata2, bagi la kasih sayang dan sinar dalam hidup mereka..=)
hanya Allah yang mampu membalas nya
Post a Comment