Followers

Showing posts with label Mr. Kha1. Show all posts
Showing posts with label Mr. Kha1. Show all posts

Tuesday, 10 July 2012

Kesihatan : Kencing Manis

Apakah Diabetes Mellitus?
  • Penyakit Diabetes Mellitus adalah satu keadaan di mana paras glukos (gula) tinggi di dalam darah disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin.
  • Keadaan ini disebabkan oleh kurang hormon insulin yang dihasilkan oleh organ Pankreas.
  • Insulin mengawal keseimbangan glukos dalam badan dengan membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel.
  • Sekiranya anda mengalami Diabetes Mellitus, glukos tidak boleh masuk ke dalam sel, sebaliknya kekal di dalam darah dan menyebabkan paras glukos tinggi dalam darah.
Apakah jenis-jenis Diabetes Mellitus?
  • Terdapat dua jenis Diabetes Mellitus
    • Diabetes Mellitus jenis 1
    • Diabetes Mellitus jenis 2
  • Diabetes Mellitus jenis 1 selalu terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja, ia meliputi > 90 % kes kencing manis.
Adakah penyakit ini sering berlaku?
  • Kejadian Diabetes Mellitus berbeza antara negara dan komuniti. Di Malaysia dianggarkan kurang dari 1 %.
  • Orang dewasa selalunya menderita Diabetes Mellitus jenis 2 tetapi dengan masalah kegemukan di seluruh dunia, kanak-kanak juga boleh mendapat Diabetes Mellitus jenis ini.
Kanak-kanak obesiti

Apakah yang menyebabkan Diabetes Mellitus?
  • Sebab Diabetes Mellitus di kalangan kanak-kanak tidak diketahui
  • Kemungkinan ia melibatkan gabungan antara keturunan dan faktor persekitaran.
  • Diabetes Mellitus jenis 1 : Kanak-kanak dan remaja selalunya mendapat Jenis 1. Ia adalah satu keadaan "antoimmune" di mana system imun badan pesakit menyerang tisu-tisu dan organ badannya sendiri.
  • Diabetes Mellitus jenis 2 : Dilaporkan kerap terjadi di kalangan kanak-kanak di negara-negara yang mengalami peningkatan kadar kegemukan.
  • Sebab-sebab yang lain termasuk kecacatan genetik fungsi Pankreas di mana Diabetes Mellitus berlaku ketika seseorang itu masih muda (maturity onset of diabetes in the young: MODY)

Klik Sini Untuk Seterusnya

Thursday, 21 April 2011

Slogan Gagasan 1Malaysia


Salam 1Malaysia.

Tempoh hari, saya ada jelaskan prinsip 1Malaysia yang ketiga. Hari ini, saya sambung kepada prinsip keempat pula.


 KEEMPAT : Gagasan 1Malaysia berpaksikan kepada slogan RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Slogan ini menjadi komitmen kerajaan dalam memastikan setiap apa yang kerajaan laksanakan, ia menjurus kepada kepentingan dan keperluan rakyat, disamping hasil pelaksanaan itu adalah yang terbaik.

Walau bagaimanapun, slogan ini tidak harus dijadikan alasan untuk rakyat menuntut berbagai perkara yang berada di luar kemampuan kerajaan, serta mungkin tuntutan yang menyentuh sensitiviti pihak-pihak lain.

Paling penting, jangan gunakan alasan Rakyat Didahulukan itu kita meminta dan menuntut apa sahaja yang kita kehendaki. Biar berpada dan munasabah…

 





Mr. Kha1: Ingat Tu…!!!.  

Thursday, 31 March 2011

Prinsip Gagasan 1Malaysia


Salam 1Malaysia,


Kali ini saya akan menerangkan prinsip gagasan 1Malaysia yang ketiga.

KETIGA : Prinsip Gagasan 1Malaysia menekankan soal KEADILAN dan bukan KESAMARATAAN. Maksud keadilan itu ialah, semua rakyat akan mendapat manfaat dan dibantu oleh kerajaan, tetapi rakyat yang kehidupannya susah akan dibantu lebih oleh pihak kerajaan. Contohnya bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan miskin, mereka akan lebih diberi perhatian dan bantuan untuk meringankan bebanan kehidupan, berbanding rakyat yang berpendapatan tinggi dan kaya. Ini bagi memastikan semua rakyat mampu hidup dalam harmoni dan saling memahami antara satu sama lain.

Prinsip kesamarataan tidak sesuai diamalkan di negara ini, memandangkan taraf kehidupan dan ekonomi rakyat yang berbagai-bagai. Jika prinsip ini diamalkan, bermakna golongan miskin akan terus tertindas, sementara golongan kaya akan terus menikmati kemewahan. Jika ini berlaku, ia akan menyebabkan timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat, dan boleh mengakibatkan kesan jangka panjang yang kurang baik.









Mr.Kha1: Nantikan keluaran seterusnya...  

Tuesday, 22 March 2011

Ke Mana Gagasan 1Malaysia?


Salam 1Malaysia,
Seperti yang saya janjikan pada keluaran lepas, saya menyambung artikel terdahulu, kenapa perlunya gagasan 1Malaysia? Ikuti sebab keduanya.

KEDUA : Bila perpaduan dan kerjasama antara kita semua kuat, maka kita pasti akan lebih mudah untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. Ingat tu…, kita ada wawasan yang sudah sekian lama kita nantikan kejayaannya.

Tahun 2020 hanya tinggal lebih kurang 9 tahun saja lagi. Bukan lama pun 9 tahun tu. Cuba kita bayangkan, bagaimanalah agaknya cara kita berfikir bila bangun pagi-pagi pada 1 Januari 2020…, atau kita sekadar menguap seperti tahun sebelumnya. Jika itu berlaku juga, maknanya kita masih gagal mendidik pemikiran kita untuk menempuh cabaran-cabaran baru dalam sebuah negara maju.

Waktu itu, kita nak salahkan siapa…diri sendiri yang ortodok (mundur)…atau nak cuba salahkan kerajaan….sedangkan orang lain sudah mula berlumba-lumba memburu kecemerlangan….jadi…adalah lebih baik kita bersedia dari sekarang. 








Mr. Kha1: Gagasan 1Malaysia memberikan banyak panduan kepada kita….jadi…anda ikut (you follow) sahaja.

Thursday, 17 March 2011

Kenapa Gagasan 1Malaysia?




Bertemu kita sekali lagi. Sambungan daripada topik yang lepas, kali ini saya ingin berkongsi pula kepada anda, kenapa gagasan 1Malaysia diperkenalkan?

PERTAMA : Kita semua kena faham, apa keperluannya Gagasan 1Malaysia diperkenalkan. Bukan untuk suka-suka atau saja-saja…Haaa…habis tu untuk apa pulak. So…ce citerrr…ce citerrr….

Gagasan 1Malaysia tujuannya untuk mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama antara kaum di negara ini. Kita kan hidup dalam masyarakat majmuk dan berbagai-bagai kaum, agama dan budaya. Keunikan masyarakat kita tu, kalau dapat kita gabung dan bentuk satu kerjasana dan perpaduan yang kukuh…kan lebih mantap negara kita. Bila kita mantap dan kuat, maka segala yang kita rancang dan bakal kita laksanakan akan lebih mudah dicapai…kejayaan tu untuk siapa agaknya…Untuk kitalah rakyat Malaysia…










Mr. Kha1: Ikuti seterusnya pada keluaran akan datang... 

Tuesday, 8 March 2011

Gagasan 1Malaysia- Tau Saja Tak Cukup - Kena FAHAM...



 Gagasan 1Malaysia sudah lama kita dengar. Kajian yang dibuat oleh kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KKKP) mendapati hampir 85% rakyat Malaysia sudah tahu mengenai Gagasan 1Malaysia.

Persoalannya sekarang ialah, sekadar sudah tahu sahaja belum cukup, tetapi yang penting ialah kita semua MEMAHAMI apa sebenarnya Gagasan 1Malaysia itu. Nak tahu….ikuti terus segmen ini, saya akan jelaskan apa sebenarnya yang terkandung dalam Gagasan 1Malaysia…..












Mr. Kha1: You All Follow………..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...