Followers

Showing posts with label Missie68. Show all posts
Showing posts with label Missie68. Show all posts

Friday, 22 April 2011

Nasi Lemak O Nasi Lemak



Siapa yang tak suka nasi lemak? Semua orang sukakan. Nasi lemak kita boleh angkat jadi nasi kebangsaan tau...Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa pun boleh duduk satu meja gara-gara nasi lemak...kena pula dengan kopi O. Tak percaya? Ramai pelanggan? Ada masa tengok lah sendiri...tu di kedai makan Jalan Mambang Di Awan di sebelah sekolah rendah tu...tak tau dekat mana? Buka la Google map...kan maklumat di hujung jari 

Apa pun Missie68 nak cakap pasal obese lah. Tabik hormat pada Menteri Kesihatan kita yang satu nihh...beliau memang prihatin dengan tahap kesihatan rakyat Malaysia, dari yang baru lahir hingga ke tua. Masing-masing ada kategori penyakitnya. Jangan tak percaya, semua penyakit ada graf turun naiknya. Tu pasal lah, ada sidang media untuk ceritakan budak sekolah yang dah makin ramai jadi obese...sebabnya nasi lemak. Ye ke nasi lemak boleh jadi obese? Tak kot, cuma kalau tak dikawal makan tu yang boleh menjadi-jadi...

Apa kata kalau siapa-siapa yang rajin tu, periksalah BMI. Sekurang-kurangnya bila dah tau keputusan BMInya hati pun senang. Tak gitu? Dan kita kena sokong juga lah orang-orang Kementerian Kesihatan nihh, penat depa upah pereka grafik buatkan poster, risalah Piramid Makanan, lepas tu hantar pula ke sekolah-sekolah. Cikgu-cikgu pun apa salahnya ambil masa sepuluh minit tiap-tiap hari, cerita pasal Piramid Makanan pada anak-anak murid...kan anak-anak murid suka cerita pasal makanan. Akhir sesi mesti anak-anak murid kata...terima kasih cikgu! Kesian orang-orang Kesihatan, tak terima apa-apa pun, sedangkan maklumat tu, depa yang sediakan...tapi orang-orang Penerangan bijak, depa selalu selitkan cerita yang sihat-sihat dalam ceramah depa, lepas tu siap dapat cenderahati lagi. Untungnya badan. Cikgu sekolah yang bagi!

Tak kisahlah kan, apa pun kita ni satu suara kan...ingat-mengingati satu kewajiban. Kena pula benda yang baik-baik ni. Mak bapa mesti bangga kan kalau anak depa cakap... kenapa asyik makan nasi lemak je... takde makanan lain ke? Paling busuk pun mak ke bapak ke, mesti jawab...bijaknya mulut engkau! Siapa ajar? Cikgu sekolah.


 




Missie68: Kerajaan memang prihatin. Era 70-an dulu, Sekolah Kebangsaan RLKT  Lasah sediakan makanan tambahan untuk murid-murid sekolahnya. Kami sudah dilatih untuk beratur, tak potong barisan. Upahnya nasi lemak dua kali seminggu.  

Wednesday, 16 March 2011

Senduk dan Termos


Sering kedengaran mereka yang berlatar belakang bidang perubatan menampakkan diri mereka terlalu ‘pembersih’. Bunyi macam kelakar. Ironinya, ia satu kebetulan sahaja, apa yang diajar dan dipraktikkan menjadi satu kebiasaan yang lebih bersifat ‘terbuka’ bersandarkan logik dan rasional.

Bertemankan seorang yang dikatakan ‘pembersih’ agak menjengkelkan atau membuatkan diri mengeluh, kenapalah saya ada kawan macam awak nihh hahaha...Jawapan yang diberikan, awak patut bersyukur, saya jadi kawan awak, sekurang-kurangnya orang macam sayalah yang sentiasa memikir ke arah yang terbaik untuk kesihatan sejagat! 

Tengok sahaja di kebanyakan restoran, mereka memasukkan senduk ke dalam termos nasi lemak yang bertutup rapat. Ya lah untuk mengekalkan kehangatan dan aroma nasi lemak..yum, yumm. TETAPI cuba kita fikirkan, adakah kita pasti pelanggan membasuh tangan sebelum beratur untuk mencedok nasi. Entah-entah mereka baru sahaja keluar dari tandas atau @#...Logiknya, nasi lemak sudah tercemar disebabkan senduk yang ada bersama di dalam termos itu. Kenapa tidak senduk itu di letakkan ditempat yang berasingan sahaja?  

 







Missie68: Masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat, tapi i ni rajin ke? 

Saturday, 5 March 2011

Iklan dan Mesej




Pada pandangan saya, iklan Lifebuoy  yang sering bersiaran di kaca TV berjaya membawa mesej personel hygiene yang terbaik untuk diamalkan. Dengan hanya mencuci tangan, ianya nampak mudah tapi sebenarnya memerlukan disiplin yang tinggi untuk dijadikan satu kebiasaan dalam diri setiap individu.

Teringat sewaktu menjadi student nurse, teknik sepuluh Langkah Mencuci Tangan menjadi salah satu cross yang wajib lulus...memanglah nervous bila practical ini di monitor oleh Staff Nurse Clinical yang ‘garang’. Berbisik-bisik bersama colleague, “setakat benda remeh ni pun, nak bising-bising...menyampah”. Sampai masa untuk mendapatkan cross, lima kali perlu di ulang kerana terlupa step dan bebelan Staff Nurse menjadi halwa telinga hanya kerana terlupa menutup kepala paip! Memang malu dan hati rasa merajuk tapi bila dikenang kembali, melucukan kerana merajuk tidak kena pada tempatnya J.

Apapun, setiap yang diajar sebenarnya membawa pengajaran yang kita tidak tahu kebaikannya sehinggalah kita sendiri sedar akan kepentingannya. Untuk itu, bagi setiap kempen kebersihan yang diusahakan perlulah dilakukan secara berterusan dan bersifat komprehensif agar maksud yang disampaikan difahami dengan sejelas-jelasnya dan tidak sekadar melepas batuk di tangga.


Missie68:  Belajar untuk faham erti sebab dan akibat




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...