Sering kedengaran mereka yang berlatar belakang bidang perubatan menampakkan diri mereka terlalu ‘pembersih’. Bunyi macam kelakar. Ironinya, ia satu kebetulan sahaja, apa yang diajar dan dipraktikkan menjadi satu kebiasaan yang lebih bersifat ‘terbuka’ bersandarkan logik dan rasional.
Bertemankan seorang yang dikatakan ‘pembersih’ agak menjengkelkan atau membuatkan diri mengeluh, kenapalah saya ada kawan macam awak nihh hahaha...Jawapan yang diberikan, awak patut bersyukur, saya jadi kawan awak, sekurang-kurangnya orang macam sayalah yang sentiasa memikir ke arah yang terbaik untuk kesihatan sejagat!
Tengok sahaja di kebanyakan restoran, mereka memasukkan senduk ke dalam termos nasi lemak yang bertutup rapat. Ya lah untuk mengekalkan kehangatan dan aroma nasi lemak..yum, yumm. TETAPI cuba kita fikirkan, adakah kita pasti pelanggan membasuh tangan sebelum beratur untuk mencedok nasi. Entah-entah mereka baru sahaja keluar dari tandas atau @#...Logiknya, nasi lemak sudah tercemar disebabkan senduk yang ada bersama di dalam termos itu. Kenapa tidak senduk itu di letakkan ditempat yang berasingan sahaja?
Missie68: Masak sendiri dan bawa bekal ke pejabat, tapi i ni rajin ke?
14 comments:
Memang senduk patut letak di luar. Tapi bukan itu sahaja, lebih dahsyat lagi (dahsyat ke?) apabila kita memegang beberapa senduk yang lain apabila mengambil nasi, lauk-pauk dan sayur untuk makan tengahari...mulakan makan dengan bismillah, insyaallah selamat.
Betul tu. saya pun sokong sangat dengan cadangan tuan. Lepas ni semua pun kena beringat la kan demi kebaikan bersama.Renung2kan..
Yang penting basuh tangan sebelum makan dan betul kata Saudara Kamal, mulakan makan dengan bismillah
Betul kata saudara kamal, mulakan makan (bukan makan saje) - apa perkara pun mulakan dengan bismillah
Kalau nak dikira bukan senduk yang dalam thermos tu aje yang nak difikirkan keberihannya...cuba renung-renungkan pula duit yang kita pegang selama ni dah bertukar banyak mana tangan sebelum sampai ke tangan kita?????
hrmm..tetiba ase cam xmau makan ket tempat2 camni..huhu
halamak...tetiba geli plak tekak nie... wohoho
moral of the story: pilihlah kedai yg bersih ataupun bawalah bekal dari rumah - terjamin bersih...
Btol tu..senduk sepatutnya diletakkan diluar..tak pon tuan kedai sdri yang pakai sarung tangan m'yedok nasi utk p'langgan..Baru bersih..
Tangan juga harus bersih dan dimulakan dgn bismillah..=)
erk! geli plak baca.*baru tersedar ka camna*
memang nak makan kat luar kena berhati2. mudah terdedah ngan kuman2.
wow...baru terbuka minda wan.betul gak kan..niat nak jaga kebersihan..tapi memerangkap virus adalah..
aaahh...kite pun baru sedar..benda nampak remeh je kan...
tapi sapa sangka benda macam tu boleh bahayakan kesihatan kita...
elok jugak ada kawan cerewet sal makan ni...
macam kawan kite,,,tengok ja pinggan x bersih ke..lalat banyak ke...kdai makan tu berbau ke..terus blah...
kali ni kite lak bole ajak dia blah kalo tengok senduk x letak asing2 hehe
tengs mmisi comel..buka minda kitorang =)
kaseh suci..
lepas nie nak cari gak la kawan yg cerewet pasal tempat makan nie..
Post a Comment