Followers

Showing posts with label Jako Geliga. Show all posts
Showing posts with label Jako Geliga. Show all posts

Tuesday, 2 August 2011

Simpulan Bahasa Huruf H

Kawan-kawan, kali ini mari kita belajar simpulan bahasa yang berhuruf  ‘H’ pula.

Halwa Mata

 

Kawan-kawan tau tak apa itu halwa? Halwa dan Hawa tak sama tau. Halwa ini bermaksud buah-buahan yang direndam atau dijeruk  dengan air gula. Ia juga boleh didefinisikan sebagai roti penganan yang manis. Jadi halwa ini membawa maksud sesuatu yang manis. Tapi kalau Halwa Mata pula apa ya, agak-agaknya? Baiklah, biar saya kongsikan maksud Halwa Mata. Ia bermaksud sesuatu pandangan (mata) atau persembahan yang mengasyikkan.

Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional yang telah dipersembahkan oleh penari dari Sanggar Budaya, Miri itu telah menjadi halwa mata para penonton.

Halwa Telinga

 
Kalau tadi kita telah pelajari maksud Hawa Mata, sekarang kita pelajari pula maksud Hawa Telinga. Halwa Telinga membawa maksud sesuatu perkara yang baik di dengar atau sesuatu yang menyedapkan telinga (seperti lagu dan lain-lain).

Contoh Ayat: Rancangan "Ritma Hati" yang sering ke udara di radio itu menjadi telah bekerja di Kuala Lumpur.
 
Hangus  Hati

 
Selalunya kita dengar orang pernah sebut rumah hangus, hangus rentung dan kek hangus (kek kukus Sarawak) pun ada. Tapi macam mana dengan Hangus Hati? Pernah dengar tak? Hangus Hati bermaksud sangat marah. Dengan kata lain yang lebih popular, Terbakar Hati.

 
Jako geliga tinggalkan pantun untuk kawan-kawan.

Lihat si dia  berjalan berdua,
Sambil berjalan berpegangan tangan,
Hati yang panas ku tahan jua,
Hangus hati diturut jangan.


Jako Geliga: Sehingga kita bertemu lagi di Simpulan Bahasa yang seterusnya…


Thursday, 28 July 2011

Simpulan Bahasa Bermula Huruf G


Gendang Paha = Bergendang Paha

Haa kali ini kita masih meneroka simpulan bahasa yang berhuruf G.. Pernah dengar tak Gendang paha @bergendang paha? Bukan gegendang ya kawan-kawan.. Simpulan atau perkataan ini selalu nya digunakan oleh orang dulu untuk merujuk sesiapa yang bersuka @ senang hati apabila melihat kesusahan orang lain.  
 
Contoh ayat: Sikap Pak Busu yang suka bergendang paha itu bukan sahaja tidak disenangi oleh penduduk kampung tetapi keluarganya juga.

Golok Kayu
 
Maksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.

Contoh Ayat: Sikap Misriza yang seperti golok kayu itu akhirnya memakan dirinya sendiri. Dia yang selama ini sombong dan selalu berfikir bahawa dia hebat di kelas akhirnya terpaksa akur dengan keputusan peperiksaannya yang tidak memuaskan itu.


Gunung Runtuh
 
Maksud: Bunyi bergemuruh.
 

Contoh Ayat: Penduduk di Kampung Bonggol telah bersepakat untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa kerana aktiviti letupan kuari batu kapur itu bising seperti gunung runtuh dan ini membuatkan mereka tidak berasa selesa.


 
 







Jako Geliga: Nantikan simpulan bahasa huruf H pula!

Thursday, 19 May 2011

Simpulan Bahasa Huruf G


Hai teman-teman.

Setelah lama tak menulis, hari ini saya sambung dengan simpulan bahasa yang bermula huruf G.

Ganti Tikar 
Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.

Ayat:
Daripada kecil lagi arwah isteri Rauf, Lya Atilia memang akrab dengan adik kembarnya, Tya Alia. Bahkan sewaktu Lya Atilia berkahwin dengan Rauf, Tya Alia sendiri yang menguruskan segala persiapan perkahwinan kakak kembarnya. Tetapi apa kan daya, kita tidak dapat melawan ketentuan-NYA. Pada usia perkahwinan Lya Atilia bersama suami mencecah usia lapan tahun, Lya Atilia telah pergi selama-lamanya meninggalkan suami, anak-anak serta keluarga tercinta kerana sakit barah hati yang dihidapinya. 

Selepas hampir empat tahun pemergian Lya Atilia, Rauf telah mengambil keputusan untuk mengahwini Tya Alia (adik isterinya) demi melihat anak-anaknya. Rauf tidak sanggup melihat anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Lebih-lebih lagi keadaan Rauf yang semakin sibuk dengan tuntutan tugasan di pejabatnya yang semakin berkembang maju. Perkahwinan Rauf bersama Tya Alia amat disenangi oleh keluarga dan  anak-anak Rauf kerana mereka memang maklum akan keakraban anak-anak dengan mama baru mereka itu. Perkahwinan Rauf dengan Tya Alia adalah dikatakan sebagai ganti tikar kerana Tya merupakan adik kepada arwah isterinya.

Gelegar Buluh  

Ada yang pernah dengar pasal gelegar buluh ni? Yang selalu kita dengar adalah meriam buluh. Gelegar buluh ini ada bau-bau bacang ngan meriam buluh ker? Kawan-kawan, kalau kita nak tahu, gelegar buluh ini langsung tiada kaitan ngan meriam buluh.  

Gelegar buluh merujuk kepada orang yang bercakap besar tetapi kosong. Ia lebih kurang sama dengan Tin Kosong. Cakap jer lebih tapi satu apa pun tak da.. Haaa tu ler maksudnya.. Ada faham?? Saya pun baru tahu Gelegar buluh ni rupa-rupanya sepupu sepapat ngan Tin Kosong..hehehe.

Kawan-kawan ingat yer, jangan jadi macam gelegar buluh tapi ikutlah resminya padi, semakin berisi tunduk ke bumi. Jangan jadi umpama lalang, tidak berisi namun terus meninggi.

 






 Jako Geliga: Nak tau simpulan yang lain lagi tak???Ada lagi perkongsian yang menarik lepas dua simpulan di atas.. Tunggu yaaa..  
 


Thursday, 21 April 2011

Bagi Huruf F Apa Pula Ya?



Fikiran Suntuk
Maksud: Picik fikiran
Contoh Ayat: Orang yang berfikiran suntuk selalu kecewa dan gagal dalam hidup.

Faham Kiri = Berfahaman Kiri
Maksud: Berfikiran politik yang radikal atau berfahaman sosialis.
Contoh Ayat: Semua penduduk tahu dia  berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

Fajar Menyingsing
Maksud: Awal pagi.
Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Kota Kinabalu sebelum fajar menyingsing.
 







Jako Geliga: Apa kata kawan-kawan buat ayat menggunakan simpulan bahasa ini. Boleh kita lihat sama-sama di laman komentar. 

Wednesday, 20 April 2011

Simpulan Bahasa dari Huruf E


Hai kawan-kawan! Hari ini, mari kita lihat pula Simpulan Bahasa dari huruf E.


Emas Tempawan
Maksud: Orang yang dikasihi.
Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.

Ereng Gendeng
Maksud: Hal-hal yang tidak patut
Contoh Ayat: “Cukuplah kamu uruskan rumah tangga kita ni, Timah. Jangan kamu buat perkara ereng gendeng itu. Tidak baik berbuat demikian.“ kata Pak Kasim kepada isterinya.

Ekor Lipas
Maksud: Rambut pada lubang tengkuk.
Contoh Ayat: Anak remaja lelaki sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.










Jako Geliga: Esok, kita sambung dengan simpulan bahasa huruf F pula.   

Friday, 18 March 2011

Jom Kita Lihat Pula Simpulan Bahasa yang Bermula dari Huruf D..




DAPAT TERPIJAK
Maksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.
Contoh Ayat: Haris sangat gembira kerana dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000 daripada majikannya.

DARAH DARU SETAMPUK PINANG
Maksud: Masih muda.

Contoh Ayat: Jangan dipandang  rendah anak bongsu Pak Yakub itu. Walaupun seperti darah baru setampuk pinang, dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.

DIAM-DIAM LEPU
Maksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.
Contoh Ayat: Jangan percayakan tutur bicara serta perwatakan Asqal itu kerana dia diam-diam lepu. Nampak saja baik tetapi ramai wanita telah ditipu dan terpedaya olehnya.

DIAM-DIAM PENGGALI
Maksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.
Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali. Bak kata orang dulu-dulu, “Malu Bertanya Sesat Jalan.”
 
DINGIN TANGAN
Maksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.
Contoh Ayat: Puan Ian dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanam olehnya menjadi belaka.

DUDUK PERUT

Maksud: Hamil.

Contoh Ayat: Encik Arash sangat girang apabila mendapat perkhabaran gembira daripada doktor peribadi keluarganya bahawa isterinya telah duduk perut

Friday, 11 March 2011

Pernah Dengar Tak Simpulan Bahasa Ni?


Bulan penuh 
Maksud: Cantik. 
Contoh Ayat: Semua tetamu yang hadir di majlis itu terpegun melihat wajah isterinya yang bak bulan penuh itu.

Bulan Kesiangan 
Maksud: Berwajah pucat. 
Contoh Ayat:  Muka pelakon terkenal itu  seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek. 

Cacing Naik Ke Mata 
Maksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau. 
Contoh Ayat: Perbuatan Kasim yang sewenang-wenangnya menuduh Atan mencuri kerbau nya itu ibarat cacing naik ke mata kerana tiada sebarang bukti pun yang menunjukkan Atan bersalah.

Cermin Bangkai
Maksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian. 
Contoh Ayat: Gadis mangsa rogol itu menangis teresak-esak sambil berkata,”Lebih baik saya mati daripada hidup seperti cermin bangkai.” 

Cupak Hanyut 
Maksud: Lenggang yang lembut. 
Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Timah bagai cupak hanyut sentiasa mencuri pandangan serta hati Pak Kasli (suaminya) walaupun bertahun lamanya mereka telah mendirikan rumah tangga bersama. Cinta di hati Pak Kasli tidak pernah luntur terhadap isterinya yang lemah lembut itu.

 







Jako Geliga: Nantikan keluaran seterusnya   



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...