Salah satu kunci
kejayaan adalah persiapan dan persediaan, kerana kita tidak pernah tahu apa dan
bila detik/situasi/perkara itu akan datang, namun jika kita boleh mempersiapkan
diri, hal tersebut akan ditangani dengan baik.
Mempersiapkan diri untuk
mengakhiri tahun 2015 dengan gemilang dan memasuki tahun 2016 dengan keyakinan
adalah salah satunya yang perlu kita semua fikirkan. Salah satu yang perlu difikirkan
dan dipersiapkan adalah segala permasalahan kewangan supaya kita dapat memasuki
2016 dengan perasaan lega.
Jadi jangan terus
menunda lagi, kerana kita tidak akan terasa bulan Disember ini akan berlalu
pergi. Berikut adalah beberapa cadangan berkaitan kewangan dan pelaburan yang
perlu anda persiapkan:
1. Mengurus Bajet Akhir Tahun Menjelang Cuti
Krismas dan Tahun Baru
Seperti biasa,
pabila menjelang akhir tahun, sambutan Krismas adalah sambutan “all-out”, di mana
segala jualan murah akan berlaku sebelum Krismas. Jika anda tidak membuat
anggaran perbelanjaan, kita akan menghadapi masalah. Jadi, persiapkan senarai
barangan yang dirasakan perlu untuk dibeli dan boleh dibeli jika ada sedikit
wang tambahan, jika tiada, maka cukuplah dengan perbelanjaan untuk senarai yang
perlu. Jika anda berkeluarga, pasti kan anggaran untuk perbelanjaan anak-anak
sekolah diutamakan dan berbelanja lah dengan cermat.
2. Mengurus Peruntukan Pelaburan
Menjelang akhir tahun,
anda perlu melakukan penilaian atas portfolio pelaburan anda. Jika anda
melakukan pelaburan di ASB, emas, saham atau bon, anda perlu mengimbangkan pelaburan dan
risikonya. Selain mengimbangi portfolio, anda juga perlu mula mempelajari instrumen
pelaburan yang baru untuk tahun 2016, dan membuat penilaian awalan supaya kita
tahu hasil awalannya jika kita berminat untuk membelinya kelak.
3. Semak Simpanan Persaraan
Meningkatkan jumlah
simpanan persaraan atau simpanan hari tua sangat penting untuk menjamin masa
depan anda. Biasakan kita akan meletakkan ‘target’ berapa jumlah yang anda mahu
setiap tahunnya. Jika anda belum mempunyai, maka sekarang adalah masa terbaik
untuk memulakannya. Pisahkan akaun untuk simpanan hari tua dengan akaun
pelaburan anda. Pasti kan anda tidak memggunakan simpanan hari tua untuk
melabur, kerana hal tersebut sangat berisiko.
4. Membayar hutang
Periksa keadaan
kewangan anda, terutama hutang. Jika boleh dilunaskan sebelum akhir tahun, lunaskan
dengan segera. Namun, jika kewangan anda tidak begitu baik, maka, senaraikan
hutang-hutang yang perlu dibayar segera dahulu seperti kad kredit atau kereta dan
langsaikan hutang-hutang lainnya dalam masa yang sesuai. Maklumkan kepada pihak
berkenaan jika tunggakan atau hutang itu tidak dapat diselesaikan dalam masa
terdekat.
Selain hutang, juga
jangan lupa untuk membayar cukai. Baik cukai pendapatan atau perniagaan.
Membayar cukai juga harus menjadi keutamaan anda supaya menjelang awal tahun depan,
segala tunggakan ini tidak perlu difikirkan lagi.
5. Insurans Kesihatan
Jika anda
mendapatkan insurans daripada syarikat, maka anda patut bersyukur. Namun ada
baiknya jika anda mempunyai cadangan untuk mengambil insurans peribadi dan
keluarga agar kesihatan dan perawatan untuk semua isi rumah terjamin.
6. Lakukan Pemeriksaan Kesihatan
Salah satu yang
jarang dilakukan oleh sebahagian besar masyarakat Malaysia adalah melakukan
pemeriksaan kesihatan atau ‘medical check up’. Ia sangat penting kerana anda
boleh mengenal pasti dan mengelakkan pelbagai penyakit dengan melakukan
pengesanan awal. Bukankah lebih baik mencegah daripada mengubati? Jadi pasti kan
anda menyediakan peruntukan dan waktu untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.
Ingatlah, kesihatan anda adalah pelaburan dan harta terbesar anda, kerana jika
tubuh sihat maka anda boleh melakukan pelbagai perkara. Sebaliknya, jika sakit
maka harta sebesar mana pun yang anda miliki, boleh habis dalam sekejap.
AveiroPJ - Gagal merancang
bererti kita telah bersedia untuk merancang kegagalan.
No comments:
Post a Comment