Manusia pada takdir
dan dasarnya adalah makhluk sosial yang tidak boleh menjalani hidupnya tanpa
adanya komunikasi antara manusia lain. Dalam perkembangan manusia, sudah
mengalami beberapa perubahan cara dan gaya berkomunikasi jarak jauh, bermula
dengan cara bergantung kepada makhluk ciptaan tuhan (Burung Merpati)
sehinggalah alat ciptaan manusia itu sendiri.
Mulai dari pertama
kali manusia diciptakan, perkembangan telekomunikasi sudah mula difikirkan agar
komunikasi jarak jauh lebih praktikal dan berkesan. Berbagai-bagai cara
dilakukan oleh para manusia di setiap zaman di mana sedikit demi sedikit
perubahan dilakukan sehingga terus berkembang menjadi sebuah evolusi telekomunikasi
seperti yang kita nikmati hari ini.
Perkembangan
tidaklah berjalan sesingkat seperti revolusi ataupun reformasi sesuatu
pemerintahan. Ia bergantung kepada tahap cara berfikir di setiap zaman, semakin
zaman itu berkembang semakin meningkatlah kecerdasan manusia. Berikut adalah
sorotan era demi era dan bagaimana kaedah telekomunikasi itu berkembang:
1. Era Telekomunikasi Dengan Burung Merpati
Menyedari Burung
Merpati mempunyai daya naluri navigasi yang semula jadi, ia membuatkan manusia
mencipta sebuah inovasi telekomunikasi yang pertama kali dimanfaatkan di Parsi
oleh Sultan Baghdad pada tahun 1456. Sultan Baghdad mula memberikan mesej
maklumat pada kerajaan-kerajaan di sekitarnya dengan menggunakan Burung Merpati
yang sudah dilatih.
Burung Merpati juga
digunakan oleh orang Yunani untuk memberikan maklumat para pemenang Olimpik.
Kemudian pada tahun 1914-1918 Merpati digunakan oleh para tentera Amerika yang
sedang menjalani perang dunia pertama.
2. Era Telegraf
Pada akhir tahun 1837,
manusia berjaya mencipta alat komunikasi untuk pertama kalinya yang dicipta
oleh Samuel F.B. Morse. Mesej-mesej
yang dikarang dihantar oleh pembekal dengan menggunakan laluan-laluan morse
atau lebih dikenali sebagai “kod morse”. Namun penemuan ini masih kurang
berkesan kerana yang boleh menggunakan alat ini hanyalah orang-orang yang
mengerti mengenai kod dan laluan-laluan morse.
3. Era Telefon
Pada sekitar tahun
1876, Alexander Graham Bell berjaya
mencipta inovasi telekomunikasi yang lebih sempurna, iaitu ia mencipta telefon.
Inovasi baru ini berjaya mencipta cara telekomunikasi yang lebih efektif dan praktikal
kerana tidak perlu lagi menggunakan kod morse yang tidak semua orang faham. Inovasi
baru ini boleh digunakan untuk menghantar dan menerima suara antara pemberi dan
penerima mesej.
4 Era Telegram
Pada tahun 1920, telegram
telah menjadi sebuah teknologi yang menggabungkan sistem telegraf. Telegram
mempunyai fungsi menghantar kod yang dihantar oleh telegraf. Penggunaan
Telegram lebih murah berbanding menggunakan telefon dan kadarnya berdasarkan
seberapa banyak watak dan tanda baca yang digunakan.
5 Era Pager
Era pager muncul pada
tahun 1956 yang dipelopori oleh MultiTone Electronic di Hospital St. Thomas,
London. Pada saat itu pager digunakan oleh para doktor sahaja, dan selepas itu teknologi
itu mula digunakan meluas oleh masyarakat.
6 Era Internet
Pada tahun 1969, Internet
muncul yang merupakan kata singkatan dari “Interconnected-Networking”.
Sistem ini dipelopori oleh United States of Defense Advance Reasearch Projects
Agency (ARPA). Kemudian pada tahun 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian
pusatnya dari NCP ke TCP / IP, kemudian kekal menjadi Internet seperti yang
kita dapati sehingga kini.
7 Era Telefon & Telefon Bimbit
Pada tahun 1973, Martin
Cooper dari Motoro
la mencipta alat teknologi yang lebih sempurna dan praktikal,
tanpa menggunakan sebarang kabel atau wayar (wireless) untuk berhubung. Ia mudah
digunakan untuk bertelekomunikasi jarak jauh dan menghantar mesej ringkas atau SMS
(Short Message Service).
8. Era Instant Message & Mobile Chat Messenger
Apabila Internet digunakan
secara besar-besaran, muncul sebuah perkembangan penghantaran mesej secara “real-time”
atau boleh menghantar mesej-mesej ringkas secara santai dan bebas. Teknologi
ini dipopularkan oleh America Online (AOL). Selepas inovasi ini muncul, Yahoo,
Google dan Microsoft juga mengeluarkan perkhidmatan yang lebih kurang sama
dengan nama Yahoo Massangger, Google+ dan Live Mesengger.
Penggunaan
teknologi ini lebih praktikal, berkesan, dan relatif lebih murah dibandingkan
SMS.
Kita juga boleh membuat ‘group chat’ yang memudahkan ahli-ahli dalam ‘group chat’ untuk saling menghantar mesej secara serentak dengan lebih daripada dua orang pengguna perkhidmatan tersebut.
Kita juga boleh membuat ‘group chat’ yang memudahkan ahli-ahli dalam ‘group chat’ untuk saling menghantar mesej secara serentak dengan lebih daripada dua orang pengguna perkhidmatan tersebut.
Kesimpulannya,
setelah dilihat dari sejarahnya, ia jelas menunjukkan manusia sangat memerlukan
alat untuk berkomunikasi yang semakin canggih, kerana semakin keperluan manusia
meningkat, semakin tinggi lah keperluan mereka akan maklumat yang cepat,
pantas dan mudah. Namun di sebalik perkembangan teknologi yang semakin canggih, ada juga perspektif negatif di mana terkadang mesej yang disampaikan sering mengalami perbezaan tafsiran oleh si penerima mesej kerana komunikasi yang dilakukan antara penyampai tidak mempunyai intonasi bahasa yang sesuai atau betul.
pantas dan mudah. Namun di sebalik perkembangan teknologi yang semakin canggih, ada juga perspektif negatif di mana terkadang mesej yang disampaikan sering mengalami perbezaan tafsiran oleh si penerima mesej kerana komunikasi yang dilakukan antara penyampai tidak mempunyai intonasi bahasa yang sesuai atau betul.
AveiroPJ - Sebagai
masyarakat yang berhemah, kita seharusnya mengembangkan teknologi dan memanfaatkan
kesan positifnya, dan mengelak serta meninggalkan kesan buruknya. Dengan
begitu, sinergi dalam berkomunikasi boleh berjalan dengan harmoni.
No comments:
Post a Comment