Hai semua.
Sahur.. sahur..sahur (teriak penduduk kampung)
Kalau dekat kampung cik taring bulan puasa mesti ada penduduk kampung yang kejutkan sahur sambil ketuk-ketuk pusing keliling kampung untuk kejutkan orang kampung bangun sahur.
Aish rindunya suasana kampung? bila lah nak raya kan hehe. Ada satu benda yang selalu menjadi persoalan bila datangnya puasa, boleh ke kita tak bersahur?. Masa sekolah dulu pernah seorang kakak senior Cik Taring dia cakap puasa Ramadhan wajib bersahur so Cik Taring pun percaya, ye lah waktu sekolah dulu lurus sangat kan terlalu percaya cakap senior-senior dan kebetulan ada beberapa orang kawan Cik Taring tanya sama ada ….Sah tak puasa kalau tak sahur ?
Jawapannya sah, sebab sahur ada lah perkara sunat. Tetapi bersahur ni adalah amalan penting dalam bulan Ramadhan kerana amalan bangun sahur ni lah yang membezakan puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.
Sesetengah orang malas nak bangun sahur sebab sayangkan waktu tidurnya kan, apa salahnya kita bangun sahur dan minum seteguk air itu pun di kira bersahur. Selain itu juga, sahur ni sebagai alas perut untuk kita sebab kita akan berpuasa dari makan dan minum. Jadi, dengan sahur ia akan memberi tenaga pada kita untuk terus bertahan.
Perkara sunat jika di buat akan dapat pahala.
Cik Taring : Allah sangat pemurah dalam memberi ganjaran kepada umatnya
No comments:
Post a Comment