Ok, entry ni nampak macam kebudak-budakan sikit lah. Hari tu buka puasa makan Tutti Frutti, first time makan Tutti Frutti pun nak canang dekat orang ramai kan. Tapi tak kisahlah, nak juga bagitahu yang Cik Taring dah makan Tutti Frutti ni . Cik Taring sebenarnya dah lama teringin nak makan menda alah ni. Akhirnya niat tercapai juga.
Bagi Cik Taring, Tutti Frutti ni sedap lah juga tapi mahal tak payah cakap lah. Tutti frutti ni rasa yogurt (memang yogurt pun) dan ianya frozen. Topping dia pun Cik Taring suka. Cik Taring makan dekat Tutti Frutti Presint Diplomatik hari tu.
Cantik kan!. Cik Taring rasa semua tempat sama je design kedai dia. Haha. Cik Taring makan murah je RM 10. 50 je. Nak tahu apa je Cik Taring ambil ?
Cik Taring ambil flavor Apple. Banyak sangat choice dekat Tutti Frutti ni, pening kepala rasanya nak ambil mana satu. So, corn flakes menjadi pilihan. Kepada yang risau sangat nak makan Tutti Frutti ni, jangan risau sangat lah. Tak ada lah mahal sangat rupanya. Cik Taring ingat satu mangkuk yang kecil tu boleh mencecah RM20 something.
Kalau korang takut mahal, korang amik sikit-sikit je dan jangan amik banyak flavour nanti mahu kena bayar sampai 20 ringgit. Tak pun ajak kawan pergi Tutti Frutti biar dia yang beli dan korang tumpang sekaki!, kiki
No comments:
Post a Comment