Followers

Monday, 16 July 2012

Mutiara Sabah




CB dah banyak cakap pasal makanan, sejarah itu ini, tempat menarik jadi kali ni CB mo kongsi satu lagi keistimewaan yang ada di Sabah iaitu mutiara Sabah. Kalau di KK selalu banyak dijual di Pasar Filipina, tapi CB ni orang Sandakan, jadi CB selalu beli di Pasar Sandakan ja.

Sebenarnya mutiara ni ada dua jenis iaitu mutiara air tawar dan air masin (laut dalam).  Tapi orang selalunya akan beli mutiara air tawar sebab harganya lebih murah dan mempunyai pelbagai reka bentuk.  Mutiara air masin pula bentuknya hanya satu jenis saja iaitu bulat dan harganya kira-kira RM95 sebutir, ingat ya SEBUTIR. Ni biasa orang-orang loaded bulihlah beli jenis air masin. Macam CB ni mampu beli yang murah-murah saja.






Biasanya mutiara ni akan digunakan sebagai bahan utama dalam membuat aksesori seperti gelang tangan, rantai dan kerongsang.  Tapi ikut suka kita, kalau kita mahu semua mutiara, boleh.  Kalau kita mahu rantai kita ada mutiara dan batu kristal Swarovski pun ndak ada masalah.  Yang penting, bagitau sama jurujual tu. Semua bisa diatur.

CB dulu selalu beli untuk koleksi sendiri yang kebanyakannya gelang tangan  sebab CB ndak suka pakai rantai. Tapi sejak ada anak ni, CB jarang sudah pakai atas faktor keselamatan.

Next CB akan share sedikit tips untuk mengenal antara mutiara asli dengan yang tiruan.  Bye!
















Cik Bibiran : Kali terakhir CB melaram pakai rantai, gelang dan subang mutiara Sabah sewaktu konvokesyen tahun 2005.  Anduh bah…..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...