Jom kita serbu MAHA 2012!!!
Wah! Tak sabar nak tunggu 23 November ada MAHA International 2012 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang Selangor (MAEPS).
Kalau sebelum ni Cik Taring memang tak akan lepaskan peluang pergi MAHA, banyak aktiviti dan jualan dekat MAHA ni. MAHA akan diadakan cuma dua tahun sekali. Lagi pun ni lah salah satu cara mempromosikan industri pertanian sebagai satu pelaburan yang menguntungkan serta menjamin pulangan masa depan bagi menarik pelabur, usahawan dan generasi muda. Selain itu juga untuk mempamerkan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa dengan harapan ia boleh diaplikasikan dalam sektor pertanian Malaysia. Dengan ini, sektor pertanian negara akan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih viable dari segi komersial. Dengan demikian, taraf hidup dan pendapatan kumpulan sasaran turut ditingkatkan.
Seterusnya untuk menyediakan peluang kepada Kementerian / Jabatan / Agensi Kerajaan / Kerajaan Negeri, Syarikat persendirian dari dalam dan luar negara, usahawan dan kumpulan sasaran lain bagi mempamerkan produk, penemuan terkini, peluang pelaburan dan perkhidmatan yang ditawarkan dan akhir sekali menyediakan wadah pertemuan bagi penjual dan pembeli, pencipta teknologi dengan perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan antarabangsa.
Jom! Apa lagi jangan lupa serbu MAHA International 2012!
No comments:
Post a Comment