Followers

Saturday, 21 July 2012

Jenayah Kolar Putih

Assalamulaikum semua,

Macam mana dengan hari pertama berpuasa? Mudah-mudahan kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan baik. Sofystella bersyukur dapat berjumpa Ramadhan kali ini. Hari ini Sofystella nak berkongsi info tentang “Jenayah Kolar Putih”. Rakan-rakan mesti pernah dengar,kan?

Dari Kamus Dewan Edisi ke-4 yang Sofystella rujuk, Jenayah Kolar Putih adalah satu jenayah yang dilakukan oleh mereka yang berstatus tinggi dalam pekerjaan dan kegiatan yang dilakukan secara terhormat. Boleh dianggap sebagai jenayah korporat jugalah.

Jenayah ini dilakukan untuk penipuan, rasuah perdagangan orang dalam, gelapkan duit syarikat, pencurian identiti, pemalsuan dan Sofystella baca jenayah siber juga berkaitan.

Sofystella rasa perkara-perkara begini dilakukan oleh orang-orang yang professional dan tanpa menggunakan kekerasan. Contoh kes yang boleh Sofystella beri ialah : 
·         Curi wang dalam akaun pengguna
·         Pihak berkuasa yang menerima rasuah
·         Memberi kontrak kepada syarikat sendiri.

Negara kita ada undang-undang. Setiap perbuatan akan dikenakan tindakan sewajarnya. Sofystella mahu berpesan kepada semua, mestilah ada sikap amanah dalam melakukan kerja.



SofySteLLa : Kerana kesenangan orang sanggup buat apa sahaja.






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...