Followers

Wednesday, 21 March 2012

Sedapnya Soto


Sebenarnya agak payah CB mahu berkongsi topik ini.  Bukan kedekut tapi sangat mencabar sebab ia mengenai sejenis makanan yang sangat terkenal di Sabah. Ok, ok, let me straight forward with you guys, its SOTO!

Ramuan utama soto ialah daging, perut, paru, nasi himpit.  Sebenarnya kalau dulu ada hati, lidah, limpa tapi sekarang ramuannya dikurangkan.  CB ndak kisah ramuan tu ndak ada sebab CB ndak suka hati, lidah dan limpa tu.

Tapi sebenarnya, kesedapan soto ni terletak pada kuah serta sambalnya.  Makin ditaruk banyak sambal, makin sedap!  Memanglah akan keluar sikit air mata dan hingus, tapi percayalah sama CB, memang ndak menyesal.



Kalau di Sandakan, soto yang paling popular ialah di Kedai Subur.  Dia ada dua cawangan iaitu satu terletak di bandar dan satu lagi di BDC.  CB sendiri pun kalau balik kampung, adalah menjadi satu kewajipan makan soto.  Kalau ndak sempat, ayah CB sendiri tolong tapaukan untuk CB.  Kalau ibu CB datang ke KL, memang gerenti CB minta tolong dia tolong bawakan.

Suami CB pun dulu mula-mula macam geli mahu makan soto. CB pujuk suruh makan sikit dulu.  Sekali telan, terus suka.  Sampai sekarang dah jadi gila soto macam CB. Nah, kamu sendiri cubalah soto. Kalau kamu datang ke Sabah tapi ndak cuba soto sandakan ni, memang rugi besar!  Ok, CB stop di sini dulu.  Nanti kita jumpa lagi di topik yang akan datang, ok.  Bye. 










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...