Followers

Wednesday, 15 June 2011

Awas! Kesan Pemanasan Global


 
Kepanasan luar biasa yang berlaku di kebanyakan bandar utama negara, khususnya di Pantai Barat Semenanjung ketika ini adalah kesan pemanasan global dan perubahan tiupan angin monsun.
 
Fenomena dikenali `pulau bandar haba' (urban heat island) itu menyebabkan bandar yang padat dengan aktiviti penduduk dan pencemaran udara mengalami kepanasan melampau.  Pakar cuaca menyarankan supaya pakai baju nipis dan berkain kapas, kurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cahaya matahari dan banyak minum air bagi mengelak kekurangan air dalam badan, terutama bayi dan warga emas.

Pemanasan global berlaku apabila alam sekitar mengalami peningkatan suhu yang tinggi walaupun pada waktu malam. Kesan pemanasan global adalah serius walaupun hanya dapat dilihat dalam tempoh jangka panjang dan berlaku sedikit demi sedikit.

Banyak faktor menyebabkan pemanasan global, antaranya disebabkan oleh kesan rumah hijau, hujan asid, pelepasan CFC (clorofluorocarbon), pulau haba bandar dan pelbagai lagi.

Antara kesan pemanasan global ialah banjir,  ini kerana suhu semakin meningkat, ais di Kutub Utara mula mencair dan menyebabkan paras air laut meningkat. Apabila paras air laut meningkat, ini akan menyebabkan kawasan daratan semakin mengecil. Selain itu, kita juga dapat lihat apabila jerebu melanda negara kita akibat kebakaran hutan yang disebabkan peningkatan suhu. Jerebu amat berbahaya kepada kesihatan dan boleh menjejaskan penglihatan.

Kesan terbaru ialah tsunami yang melanda Jepun. Walaupun punca sebenar masih belum diketahui, tidak dinafikan ia ada kaitan dengan pemanasan global.   Ada laporan menyatakan ais di Kutub Utara akan cair antara 10 hingga 20 tahun. Apabila ini berlaku, ia mengakibatkan banjir yang memberi kesan kepada satu perempat penduduk dunia.

Fenomena bencana alam pula semakin ganas dengan ribut, banjir, tanah runtuh, kebakaran hutan, gempa bumi, tsunami dan sebagainya lagi, hinggakan negara kita Malaysia yang sebelum ini dikategorikan sebagai negara bebas bencana turut terjejas dengan tsunami dan gempa bumi yang kian dirasai.

Marilah kita sama-sama  melakukan perubahan  gaya hidup untuk mengurangkan kesan pemanasan global.

 







PS Mubin: Ambillah  iktibar dari bencana alam  yang berlaku  sebelum ini…

14 comments:

amiraliyana said...

bumi sudah tua..

10, 20 tahun kutub utara mungkin akan cair.. gulp! tu yang paling di takuti.

marilah sama2 kita berganding bahu mengurangkan pemanasan global nih!

Ummu Ukasyah said...

Bila difir-fikir balik, bila melihat muka anak, macam mana agaknya kehidupan mereka di masa hadapan. Dengan isu pemanasan global sekarang ni, mesti lagi teruk pada masa akan datang. Nauzubillahmindzalik.

Nak keluar rumah pun tak semangat dengan cuaca yang sangat panas, tambahan lagi kalau bawak baby.

langkah paling bijak, walaupun kecil adalah hentikan pembakaran terbuka. Kalau sampah kecik-kecik tak payah lah nak bakar, kumpul je, buang dalam tong sampah.

lagi satu ,bagi yang merokok tu, tak payahlah merokok. Berhentilah. Kalau susah sangat nak berhenti merokok. langkah paling mudah, jangan buang puntung rokok sesuka hati.

Mana tau andalah orang yang telah menyebabkan kebakaran secara tidak sengaja.

PS Mubin said...

amiraliyana: walaupun bumi sudah tua tp kalu penghuni bumi tu x rakus perkara ini x jadi isu. t.kasih atas komen anda

PS Mubin said...

Ummu Akasyah: T.kasih atas idea bernas anda. Kalu semua manusia ni berfikiran mcm Ummu Akasyah isu pemanasan global tak akan timbul.

Cikbintang said...

tiada kesedaran alam..itu harus dipupuk...walaupun kita kaya dgn harta...kalo xde kesedrn alam...tiada mkna smuanye tu..sbb ksdran alam adlm yg plg berharta skali..utk msa akn dtg...

Anonymous said...

kebanyakan ada setengah manusi masih ada lagi membakar secara terbuka..

amiraliyana said...

memang betul ckp myspace. sy cuma menyatakan ketakutan bumi sudah tua tu. mcm2 jadi skang ni. hmm

harap2 sama2 la kita menjaga bumi kita. mcm yg Ummu Akasyah cakapkan tu.

Unknown said...

time panas2 gini lah kesihatan kena jaga...banyakkan minum air, dan jangan bagi anak2 maen kat luar waktu panas..moga kita semua sama2 dapat kurangkan kesan pmanasan global, elak pembakaran terbuka dan sebagainya

The Girl of The Future said...

Seram juga difikirkan klau dalam 10 tahun kemudian, bencana alam teruk melanda .. Pada masa itulah, Kita baru tersedar dari mimpi dan impian duniawi dan duit hingga lupakan alam yg memerlukan pertolongan kita sekarang.. So, why not make a change NOW? yes, YOU and Now! why wait?

IntaNBerliaN said...

ya Allah.. sekarang ni memang panas2 yang amatlah.. sakit kepala terkena cahaya matahari..

Saya sangat tak suka bila orang buat pembakaran terbuka...

asap merosakkan bumi kita!! macamanalah anak cucu saya nak hidup dekat bumi ni nanti..!

rusna wana said...

terdetik dihati, apa akan dlm jangka 10, 20 atau 30 tahun akan datang..? dunia semakin panas, bencana alam semakin berleluasa...

salah siapa..?

bumi akan binasa disebabkan oleh manusia durjana yg tidak tahu menjaga bumi...

betul kata PS MUBIN, mari kita melakukan perubahan gaya hidp yg baik utk mengurangkan kesan pemanasan global utk kesejahteraan bersama...

Joel Leslie said...

cuba bayangkan kalau kita di bumi ini tidak mengambil sebarang tindakan utk mengurangkan pemanasan global...bukankah kita sendiri yg akn ditimpa masalah ? kita juga akan mengalami kesan buruk atas tindakan yg tidak memikirkan bumi kita ni. Sekarang, saya semakin sedar bhw bencana2 alam yg pernah berlaku menlagi contoh yg betul. Saya tak nak hidup susah sbb bencana alam masa sy dh besar nnt. saya nak hidup aman, harmoni dan damai tanpa sebarang bencana2 yg ada.

Wan_hazel said...

mungkin suatu hari nanti Mlaysia maju dalam air...susah nak bayangkan ..dan terima kasih jugak untuk kerajaan Malaysia dan negara negara lain sebab memberi kesedaran kpada masyarkat dan menganjurkan pelbagai kempen untuk bumi kita.

aqishah said...

tempias tsunami pernah melanda d negara kita sedangkan sebelum ni x mungkin dan x terfikir ianya akan berlaku d malaysia.. nampaknya pemanasan global bumi sudah berubah.. sama2lah kita menyayangi bumi dan join kempen save the earth..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...