Followers

Friday, 1 April 2011

Tasik Biru….Seindah Nama.



Seorang teman yang akan ke Kuching bertanyakan Sally, apa yang menarik di bumi kelahiran ku? Banyak yang menarik wahai teman…tapi, sebelum Sally berganjak kawasan lain, ada baiknya Sally ceritakan dulu tempat menarik di daerah Sally yek.

Kali ini Sally suka nak berkongsi keindahan Tasik Biru yang terdapat di Bau, Sarawak. Dulu masa Sally kecik-kecik, kat sinilah bapa Sally bawak kita orang adik-beradik beriadah. Kebiruan air dan keindahan panoramanya suatu ketika dahulu terlalu sukar untuk diterjemahkan. Pendek kata, setiap orang yang bertandang ke Kuching pasti akan singgah ke Bau semata-mata  untuk menikmati keindahan Tasik Biru.

Masa kecik-kecik dahulu, iaitu tahun 1980an, macam-macam aktiviti yang dibuat di tasik ini. Segar lagi di ingatan Sally keriuhan dan kegirangan pengunjung yang berkelah bersama keluarga, berkayak, bermandi manda dan tidak kurang yang mencuba ‘jong’ untuk penyertaan pertandingan Jong Regatta. Sebenarnya, Tasik Biru ni, merupakan kawasan bekas lombong emas yang di usahakan oleh Borneo Company bermula tahun 1898 sehinggalah kejadian banjir besar pada tahun 1921. Dulu ianya dikenali dengan Tai Parit Lake namun, nama tersebut ditukarkan kepada Tasik Biru pada tahun 1970an.

Keindahan Tasik Biru tergugat selepas kemalangan yang berlaku ke atas bas sekolah yang terjatuh ke dalam tasik ini. Kemalangan tersebut telah mengorbankan pelajar sekolah seramai 28 orang dan 2 orang guru pelatih pada akhir tahun 1980an. Selepas daripada kejadian tersebut, Tasik Biru di tutup dan kegiatan melombong emas dijalankan semula sehinggalah awal tahun 2000. Kini Tasik ini dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan sebagainya.





Sally: Jadi pada teman-teman yang bertandang ke Serikin tu…singgah-singgahlah ke Tasik Biru..yang mana namanya seindah panorama kebiruan airnya..

15 comments:

SarahZin said...

bestnya..teringin nak g sana 1 hari nt..=)

Sherry Go Sharing said...

wah cantik tasik ni

story of my life said...

damainyaaa....cam nk p swimmming je pas nie...heheheh

Unknown said...

best nyer kalau dapat pegi sana.
mesti best.
terbaek tempat uh.

aqishah said...

bestnyer.... lum pernah gi sarawak lagi

Cute MuM said...

pernah pergi kuching..
tapi tak pernah singgah kat sini..

Joel Leslie said...

huhuhuh. :) bngga jadi sarawakian .. hehehe .. tapi x pernah pun pergi tasik biru ni .. maklumlah, bkn org kuching .. org miri .. hehehe

deqlis said...

deqlis Tasik Biru Kundang kecik2x dulu selalu lah pergi,...yg kat sarawak nie tak pernah pergi walau deqlis dah pernah sampai ke sarawak..haha..kena pergi lagi nie:-)

rusna wana said...

tasik biru - airnya mesti biru yg mendamaikan juga- ada rezeki kitak boleh datang ke sarawak..

Unknown said...

sarawak lg,hehe..jeles neh,teringin nak g sana

Sarah Naiema said...

Cantik kawasan tu,suasana seperti menarik..teringin sekali nak ke Sarawak..=)
Ley gunakan sbg info lau bercuti ke sana nti..^_^

amiraliyana said...

wah. sejarah tasik biru.. menarik..

Wan_hazel said...

mena eh...mek nunggah ktk kakak..ktk tua gik..kak sally..kat sarawak banyak tempat best..pasar satok pun best juak..pantey...ranchan..best eh bila g sia..rindu mok piknik2 tok...

Anonymous said...

wah..cantik~

suatu hari nanti pasti akan sampai jugak..harapannya

Wan_hazel said...

kaseh suci..

kalau ke sarawak tu roger2 lah wan k...jgn lupa..sarawak tempat yang lain dari negeri2 lain..Negeri yang makin membangun dan suatu hari nanti akan jadi tumpuan pelancong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...