Selamat pagi Cikgu!!
Ya…Selamat pagi semua!
Cikgu Bedah harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat selalu. Rasanya masih belum terlewat Cikgu Bedah mengucapkan TAHNIAH kepada para pelajar Tingkatan 5 yang memperoleh pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2010. Alhamdulillah, seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.
Wah! Bangga Cikgu Bedah dan seluruh para pendidik di negara ini melihat kejayaan anak-anak murid sekarang. Cuma, pesan Cikgu Bedah, janganlah pula lupa pada jasa ibu bapa dan guru-guru yang juga membantu kepada kejayaan anda. Di kesempatan ini juga, Cikgu Bedah nak bagi berita baik kepada mana-mana pelajar-pelajar lepasan SPM 2010 yang berminat untuk memohon Program Ijazah Luar Negara (PILN) 2011, bolehlah layari http://esilav2.jpa.gov.my/
Cikgu Bedah: Permohonan Akan Dibuka Selama 7 Hari Mulai Dari Hari Keputusan SPM 2010 Diumumkan.
9 comments:
alhamdulillah
=)
hmmm, tringat plak masa ambik spm beberapa thn yg dulu...~
tahniah...
kalo pelajar berjaya cikgu2 pun tumpang gembira
bestnya kan...
dulu2 spm x der la bagus sgt... :(
kalo org tnya nana apa perkara yg paling nana menyesal dlm hdup,nana akn jwb spm!nyesal sgt stdy maen2 masa tu..huhu...
Emm, t'igt jugak zaman spm dlu =)
tahniah diucapkan pada mereka yang bertuah, yang rasa tak bertuah tu mungkin ada rezaki dmasa akan datang..think positif=)
Tahniah kepada yang berjaya dalam SPM dan setinggi tahniah juga kepada guru yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada kita sehingga berjaya dalam peperiksaan dan berupaya memartabatkan bangsa melalui ilmu pengetahuan....Selaras dengan tuntutan agama yang mengalakkan kita menuntut ilmu pengetahuan...
Wah, Acid. Pasti awak pun salah seorang best student,kan. Tengok ayat awak ni.. Cikgu awak pasti bangga :)
Kejayaan tu akan datang lau kite rajin berusaha dan sentiasa bertawakal pada Nya..
Niat yang paling penting untuk kite berjaya dalam hidup.. Sentiasa ada niat yang baik dalam hati nie..
Guru2 jugak banyak membantu kite dalam pelajaran, jadi berterima kasih la pada mereka..^^
tak leh nak pandang sgt kejayaan pada peringkat nie..Law praktikal kurang kerja pun jadi hancur..lebih baik 50-50./law dapat pakej lagi baik..
Post a Comment