Hai Kawan-kawan!
Seperti yang dijanjikan pada keluaran lepas, saya ingin berkongsi dengan anda petua-petua untuk berhenti menghisap rokok yang perlu diikuti.
- Beritahu kawan-kawan dan keluarga anda untuk berhenti merokok. Dengan sokongan dan galakkan mereka, perkara ini akan jadi lebih mudah.
- Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas habuk rokok.
- Minum lebih banyak air dan elakkan minuman arak, kopi dan lain-lain minuman yang mendorong anda merokok.
- Belajar untuk menolak tawaran rokok dari anda atau orang lain. Jauhi orang yang merokok.
- Mengadakan hobi atau kegiatan-kegiatan luar seperti berenang, jogging, berjalan dan sebagainya untuk memenuhi masa lapang anda.
- Makan lebih sayur-sayuran dan buah-buahan
- Sekiranya anda mengalami perasaan mahu merokok cuba tarik nafas panjang untuk menenangkan fikiran, atau minum air sejuk ataupun pergi mandi. Jangan menyerah kepada perasaan itu dan menghisap rokok semula.
PS Mubin: Dengan adanya amalan tidak merokok, tubuh badan seseorang itu pulih daripada kesan-kesan buruk akibat dari merokok dan hidup kita akan sentiasa sihat.
10 comments:
yg penting hati kita...klu nk berhenti - katakan 'tak nak rokok'...petua2 ni hanya sampingan jer...
kena print & letak kat bilik suh husbd baca nantih..huhuhuh
kene sebarkan nih!!!
yeahhh betul tu Ana...
kawal nafsu yg penting... dr diri sendiri jg
nana berjaya buat org benti mrokok..hehe...mula2 dia kurangkan kekerapan merokok dlm 1 ari tu...last2 dapat benti....bila ase teringin dia mkn coki2..hehe..sekarang neh dia xmrokok da:)
pernah kawan cita ayah dia cuba nak benti merokok tapi muka jadi biru. pegi jumpak doktor, doktor cakap suh teruskan merokok maybe sebab material2 dalam rokok tu dah sebati dalam badan dia kot sebab tu dia tak bleh benti merokok. wallahualam. hebat betul penangan rokok ni!
skang kan ade pil untuk berhenti merokok..papa Wan ambek macma mana pun..mesti nak merokok..susah kalaw dah jadi perokok tegar kan..papa papa..harapsatu hari nanti papa berhenti merokok..
Antara soalan yang popular berkaitan rokok sekiranya isu ini dibincangkan bersama kawan-kawan perempuan saya adalah :
"sedap ke rokok??"
Jawapannya saya sendiri tidak pasti. Tapi, yang pasti merokok bukan aktiviti yang baik untuk kesihatan. Banyak kesan negatif yang akan diperolehi sekiranya merokok sekian lama. Oleh itu, langkah-langkah yang bijak harus diambil untul mengatasi tabiat merokok ini. Entry ini bagus kerana dapat membantu para perokok sedar & boleh mengikut petua-petua di atas.
Si kOtAk HaTi
wan ade tanya dgn kawan wan...perokok tegar..wan tanya sedap ke rokok..apa hasil hisap rokok...
dgn jujur dia org jawab..tak de pape..hm..entah lah..pengaruh rkn mungkin yg sebabkn semua tu..
Post a Comment