Abdul Muthalib sangat dihormati di seluruh Jazirah Arab. Dia merupakan seorang pemimpin tertua di kalangan kaum Quraisy dan juga berkuasa ke atas Ka’abah. Sehamparan permaidani disediakan untuknya di Ka’abah. Tiada sesiapa pun yang berani duduk di atasnya walaupun anak-anaknya sendiri. Kedudukannya menjadi tauladan kepada masyarakat Arab ketika itu. Namun cucunya – Muhammad SAW telah mendapat beberapa keistimewaan melebihi anak-anaknya sendiri dan cucu-cucunya yang lain.
Semasa di Ka’abah, Muhammad sering berlari-lari ke arah datuknya. Memandangkan Abdul Muthalib adalah seorang pemimpin yang disegani, Baginda telah dihalang oleh bapa-bapa saudaranya. Namun Abdul Muthalib melarang perbuatan mereka itu dengan berkata, “Biarkan dia duduk di sampingku." Ini menyebabkan mereka kehairanan dan terfikir mungkin suatu hari nanti anak itu akan menjadi pemimpin seperti datuknya.
Abdul Muthalib mempunyai beberapa sebab mengapa Muhammad begitu dimanjakan. Muhammad adalah anak yatim piatu. Ayahnya, Abdullah adalah anak Abdul Muthalib yang paling disayangi. Abdullah hampir menjadi korban nazar ketika kecilnya. Sebagai penebusnya, 100 ekor unta telah disembelih sebagai ganti. Sewaktu Nabi Muhammad SAW masih dalam kandungan, ayahnya pergi mengikuti satu rombongan perdagangan menuju Syam. Perdagangan ini dirintis oleh Abdul Muthalib. Namun Abdullah meninggal dunia sebelum sempat pulang ke Mekah. Sebab itulah Abdul Muthalib merasa bersalah di atas kematian anaknya itu.
Azlan: Ikuti sambungannya nanti...
Sumber: Internet
Sumber: Internet
3 comments:
penuh keinsafan....
Keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dapat dilihat sejak baginda masih kecil lagi...
Selawat keatasya..Sunnah Rasullullah seelok elok nya kita ekot sedikit sebayk kita dekat dgn Rasulullah ..
Post a Comment