Followers

Tuesday, 22 March 2011

Cuba cerita, Cuba cerita .....


“Aduh, hilang seri aku pagi ni kak?” teriak seorang teman kapada aku sejurus masuk ke pejabat. 
“Hai..solekan dah cantik, rambut pun bersikat elok, baju pun macam nak sambut raya, seri je aku tengok” balas aku dengan selamba.
“Penat tau aku sembur minyak wangi pagi ni, suku botol, masuk je tren (komuter) saya berdiri bawah ketiak bangla. Maklum la saya ni kan spesis comel” balasnya sambil tertawa kecil.

Itu antara peristiwa pagi, pengangkutan awam, aku dan  rakan-rakanku. Maklumlah orang macam aku ni memang  pengguna tegar pengangkutan awam. Ada lesen pun aku tak memandu. Perjalanan jauh, kereta pun satu, jadi mahu tak mahu terpaksa juga menyelesakan diri dengan apa juga medium pengangkutan awam yang tersedia. Aku redha.

Komuter ni memang dah sedia maklum perihal kesesakannya. Kalau nak balik ke arah Seremban tu, bersedialah dengan gelombang manusia yang bakal menjadi penghuni seketika tren komuter. Kalau naik awal tak apa. Tapi kalau dah naik selepas stesen Bank Negara, hmmmm…bersedialah. Apa-apa pun itu hakikat yang terpaksa kita terima. Mungkin itu sahaja medium pengangkutan terbaik buat kita yang tersedia.

Bajet demi bajet dah kita dengar, semuanya pasti tak lupa dengan idea dan peruntukan untuk meningkatkan pengangkutan awam sedia ada. Lawatan demi lawatan dan serba-serbi cuba disedia. Mungkin kita akan nampak perubahannya nanti. Perubahan bukan boleh berlaku sekelip mata. Jadi bersabar dan bersedialah. Kita lihat apa yang bakal berubah nanti…

 







JEGEN dengar:  Katanya Komuter nak tambah lagi tren (30) dijangka penghujung tahun ini. Harapnya betullah khabar tu. Tak delah nak bersesak-sesak lagi.

9 comments:

Unknown said...

=)
insyaallah

story of my life said...

harap2 akan dtg ada perubahannyer...

aqishah said...

x suke naik pengangkutan awam yg sesak ngan org d wak2 puncak... bole tension jadinya....

Unknown said...

btul2,xsuka sesak2,tp skg neh nek tren xase sesak da sebab ada koc khas untuk wanita..so,xdela kena berebut ngn lelaki..

Sarah Naiema said...

Kesesakan itu biase la berlaku time orang abis keje, musim raya dan laen2..

Tapi kite juga boleh membuat aduan mengenai nie supaya kesesakan nie boleh diatasi..=)

amiraliyana said...

hehe. hilang seri terus tu. kelakar laa..

Wan_hazel said...

memang betul tu..kat seremban tun samnthan.semua sesak...bagi yang baru pergi KL..macma Wan nie..jrg2 pergi seronok lak naik sesak..pengalaman..hehehe..kat sarawak tak de tren..

Anonymous said...

kalau x kena bersesak ngan warga asing xpala kan

Wan_hazel said...

kaseh..

pilih jugak warga asig tu..kalaiu kene dgn bangla..huh...lari jauh2 lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...