Followers

Tuesday, 29 March 2011

Bagaimana Mengelak Penyakit Zon Selesa?



Bagaimana hendak mengelak diri dari terkena penyakit ini? Ada satu prinsip ringkas yang dapat kita lakukan bagi mengenal pasti kehidupan anda sekarang. Yang penting kita tahu posisi hidup sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Prinsip ini menyatakan, kehidupan ini merupakan lorong yang membawa kita ke sesuatu destinasi. Apakah bentuk destinasi itu? Ada dua kemungkinan sama ada ia merupakan destinasi kejayaan yang indah dan menyeronokkan ataupun mungkin destinasi kegagalan yang suram dan membebankan.


Apakah destinasi hidup anda sekarang? Saya tidak tahu. Tetapi anda dapat mengetahuinya dengan melihat pola dan corak kehidupan anda sekarang. Apa yang selalu kita fikir dan buat akan membentuk pola kehidupan kita. Corak dan pola itulah yang akan menentukan destinasi masa depan anda. Gambaran hidup inilah yang menentukan lorong hidup yang sedang kita lalui sekarang. Bagaimana hendak keluar dan mengubah lorong hidup kegagalan kepada lorong hidup kejayaan, ada jawapannya.
 







Cik Ai: Kenal pasti lorong hidup anda.  

11 comments:

SarahZin said...

hehehe..saya suka z0n selesa..tapi bahaya kan?c0z when da yang "attack" nt..kita terkejut..haha =p

story of my life said...

kita perlu berubah utk naju kehadapan..berubah utk kejayaan.. InsyaALLAH..

Unknown said...

=0
pikir dulu

aqishah said...

destinasi sy... of cos nak berjaya... hope impian akan jadi kenyataan

rusna wana said...

Setiap orang inginkan kejayaan..kejayaan lah penentu hidup seseorang..dihormati, disegani..

Unknown said...

jgn terlalu selesa dgn apa yg kita ada..

Anonymous said...

dgn kejayaan yg kita ada. kita akan lebih disegani dan dihormati.dan yg penting kita pun kenalaha or hormat padg lain jugak.

Sarah Naiema said...

Diri kite sendiri yang harus menetapkan mana hala tuju hidup kite..

Kite sdiri yang harus mencorakkan hala tuju diri kite.. contohnya, budak yang malas bila disuruh belajar tetapi malas jugak, degil dan selalu terlibat dalam gejala2 buruk..nampak sangat dia memilih destinasi yg gelap dan suram... tetapi ada lagi ruang untuk dia berubah..

jesteru sama2 la kite memilih jalan untuk kejayaan...berubah la kite demi mengejar kejayaan =)

amiraliyana said...

yeah! kita yang menetukan destinasi hidup kita. suka ayat2 perenggan kedua tu.

Wan_hazel said...

wan sndri tak taw destinasi hidup Wan..sebab skang nie masih kabur kabur lagi...

Anonymous said...

setiap orang tau dirinya pasti inginkan kejayaan...tapi jika matlamat itu diletakkan pada satu hala yang dilihat dari sudut positif semata2 pasti kita tidak dapat menjangka sesuatu tidak elok yang akan berlaku..

tips elakkan diri berada di zon selesa ialah sediakan plan B iaitu pelan atau rancangan kalau2 matlamat di lorong yang kita nak lalaui itu tercicir ke jatuh longkang ke apa2 je la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...