Followers

Showing posts with label Cik Ai. Show all posts
Showing posts with label Cik Ai. Show all posts

Thursday, 11 August 2011

Keinginan Yang Mendalam



Hasrat tidak akan mampu membuahkan sebarang hasil, tetapi keinginan yang mendalam merupakan perubahan yang akan mengubah seseorang individu dan seterusnya mengubah dunia ini. Bukti jelas, wujudnya keinginan adalah apabila seseorang itu mengambil tindakan ke arah mencapai keinginan tersebut.

Untuk bergerak daripada hasrat kepada keinginan adalah merupakan penghalang kejayaan yang paling besar bagi kebanyakan orang. Mereka mungkin tahu apa yang diinginkan daripada kehidupan ini tetapi mereka gagal untuk mengubah hasrat mereka kepada keinginan yang membara. Jika mereka berada dalam keadaan baik dan segala-galanya berjalan lancar, mereka akan meneruskan kehidupan ini seperti biasa tanpa memikirkan untuk membuat sebarang perubahan yang akan meningkatkan taraf hidup mereka. Tetapi, jika mereka dalam kesusahan, mereka akan terus menerus menyumpah dan menangisi nasib yang menimpa tanpa cuba untuk memperbaiki keadaan.

Seseorang yang mempunyai keinginan yang mendalam sentiasa aktif secara mental dan fizikal melakukan perubahan demi kebaikan hidup mereka. Mereka mengambil inisiatif untuk mengubah landskap persekitaran hidup mereka, mengatasi halangan hidup dan membina jalan ke arah kejayaan yang diimpikan.

 







Cik Ai: Apa saja yang minda kita mampu bayangkan dan percaya, kita pasti akan mampu untuk mencapainya.


Thursday, 4 August 2011

Titik Permulaan Kejayaan


Salam 1Malaysia.
Setelah sekian lama kita tak bersua, kali ini baru ada kesempatan saya untuk menyambung penulisan saya.

Titik permulaan kejayaan adalah dengan mempunyai keinginan untuk berjaya. Keinginan yang mendalam ini boleh diumpamakan sebagai sebiji benih yang menunggu masa untuk bercambah. Keinginan yang sangat kuat ini merupakan motivasi bagi menggerakkan manusia untuk menaruh harapan merancang dan merangsang minda untuk mengambil suatu tindakan yang amat insentif bagi mencapai sesuatu tujuan.

Keinginan yang mendalam ini sebenarnya tercetus daripada rangsangan. Rangsangan mencetus keinginan yang membara yang seterusnya akan memberikan kekuatan kepada diri kita untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sesiapa saja boleh memperoleh apa sahaja yang dihajatinya, jika ia benar-benar berhajat. Sesiapa yang mampu merangsang mindanya ke tahap keinginan yang amat mendalam juga mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidupnya.

Petuanya ialah dengan merangsang minda kita ke tahap keinginan yang mendalam yang akan menghasilkan desakan yang amat kuat untuk bertindak. Perlu diingatkan di sini bahawa menghasratkan sesuatu adalah tidak sama dengan menginginkannya dengan amat mendalam sehingga keinginan ini mendorong seseorang bertindak. Hasrat adalah semata-mata keinginan yang berbentuk pasif. Kebanyakan orang tidak berganjak dari kedudukan berhasrat dan mengharap sepanjang kehidupan mereka.

 







Cik Ai: Apa itu keinginan yang mendalam? 

Tuesday, 10 May 2011

Optimis Terhadap Apa Yang Dihadapi



Mereka yang bermentaliti  juara tidak mudah kecewa dan putus asa. Mereka positif dan optimis terhadap apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Mereka sentiasa ada dalam kawalan, kerana mereka tiada apa-apa yang hendak dipersalahkan.  Mereka sentiasa berfikir mencari ruang dan mencipta peluang, bukannya mencari kesalahan orang lain dan menuding jari ke arah orang lain. Mereka berfikir secara konstruktif dan inovatif, bukannya destruktif dan kritis.

Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa memikirkan perkara yang positif dan mengelakkan daripada berfikiran negatif. Kadangkala kita lebih suka mengkritik, marah dan mengherdik akan perkara yang tidak kita fikir terlebih dahulu, sedangkan kita boleh memikirkan perkara itu terlebih dahulu dan cuba memberi pandangan yang positif, berfikiran positif dan boleh membawa keputusan yang positif dan betul dari segi tindakannya.

Orang pandai belajar daripada kesilapan sendiri dan orang bijaksana belajar daripada kesilapan orang lain. Orang yang bebal enggan ataupun gagal belajar daripada kesilapannya.










Cik Ai: Sentiasa Optimis  

Tuesday, 12 April 2011

Pembentukan Nilai Diri

 

Nilai dalam eri kata yang lebih umum adalah falsafah dan pegangan umum atau world view yang menggambarkan kepercayaan ideologi tertentu. Ia adalah sesuatu yang mempunyai faedah dan kepentingan yang dikongsi bersama oleh sesuatu kelompok manusia atau masyarakat. Bayangkan jika hidup tanpa nilai, hidup jadi tidak berakhlak dan tidak bermoral serta lebih banyak perlakuan yang boleh merosakkan kehidupan sama ada individu atau kehidupan bermasyarakat.

Dalam pendidikan modal insan dan sahsiah diri, tumpuan adalah membina kekuatan dalaman, iaitu membentuk kekuatan rohaniah dengan pendidikan agama dan membentuk kekuatan akhlak. Ini bermakna tiga unsur utama perlu digembleng untuk melahirkan insan yang berjaya di dunia dan akhirat, iaitu
·          
      Unsur Ilmu membentuk intelek
·        Unsur Agama membentuk iman
·         Unsir Nilai membentuk akhlak

 







Cik Ai; Nantikan catatan pembentukan nilai seterusnya. 

Tuesday, 29 March 2011

Bagaimana Mengelak Penyakit Zon Selesa?



Bagaimana hendak mengelak diri dari terkena penyakit ini? Ada satu prinsip ringkas yang dapat kita lakukan bagi mengenal pasti kehidupan anda sekarang. Yang penting kita tahu posisi hidup sebelum mengambil tindakan yang sewajarnya. Prinsip ini menyatakan, kehidupan ini merupakan lorong yang membawa kita ke sesuatu destinasi. Apakah bentuk destinasi itu? Ada dua kemungkinan sama ada ia merupakan destinasi kejayaan yang indah dan menyeronokkan ataupun mungkin destinasi kegagalan yang suram dan membebankan.


Apakah destinasi hidup anda sekarang? Saya tidak tahu. Tetapi anda dapat mengetahuinya dengan melihat pola dan corak kehidupan anda sekarang. Apa yang selalu kita fikir dan buat akan membentuk pola kehidupan kita. Corak dan pola itulah yang akan menentukan destinasi masa depan anda. Gambaran hidup inilah yang menentukan lorong hidup yang sedang kita lalui sekarang. Bagaimana hendak keluar dan mengubah lorong hidup kegagalan kepada lorong hidup kejayaan, ada jawapannya.
 







Cik Ai: Kenal pasti lorong hidup anda.  

Wednesday, 23 March 2011

Zon Selesa


Salam sejahtera dan salam 1Malaysia,

Apa yang tidak kena dengan saya? Semuanya rasa okey! Orang yang selalu mengungkapkan kata-kata ini menghadapi satu penyakit iaitu Syok Sendiri. Penyakit ini disebabkan kita rasa selesa dan tidak memikirkan sesuatu untuk menjadi lebih baik. Bahkan kita rasa gembira dengan apa yang kita ada dan tidak berusaha untuk membawa hala tuju kehidupan yang lebih cemerlang. Menjalani rutin kehidupan yang sama setiap hari.

Ramai di kalangan kita merasakan diri mereka sudah cukup bagus atau mereka tidak berfikir pun apa yang sedang berlaku kepada mereka sekarang. Yang mereka fikirkan apa yang hendak dibuat hari ini, apa rancangan esok, ke mana hendak lepak, membeli-belah hujung minggu nanti ataupun bila nak tukar telefon bimbit baru. Inilah segala-galanya tentang hidup mereka. Mereka berada dalam zon selesa atau budaya selesa kerana tidak mahu memikirkan tentang masa hadapan mereka. Enak dan selesa, selesa, selesa.
 








Cik Ai: Bagaimana hendak mengatasi penyakit ini, nantikan…

Thursday, 17 March 2011

Berubah Demi Kebaikan


Kembali kita, Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, 

Mengapa kita mesti berubah? Selalunya kita nak berubah kerana hendak memperbaiki perkara yang tidak baik kepada perkara yang lebih baik. Kalau semalam kita buat perkara yang baik, hari ini kita nak buat perkara yang terbaik dan esok kita nak buat perkara yang lebih baik dan cemerlang. Perubahan tidak mungkin  datang cara mendadak, kita perlu berusaha menjadi lebih baik.

Kita mestilah berusaha menjadi pendengar yang baik, menjadi pemerhati yang baik dan membaca dan menuntut ilmu. Kerapkali kita tidak sedar atau melampaui batas atas perbuatan, tingkah laku, pertuturan dan apa saja  tindakan kita. Kita sering merasakan apa yang kita lakukan semuanya betul, kita pantang ditegur. Oleh satu usaha yang berterusan  bagi kita untuk berubah ialah dengan menilai diri kita sendiri dan buat pelbagai soalan untuk diri kita. Maka hanya kita yang betul-betul sedar dan insaf boleh mengubah diri kita sendiri. 

 





Cik Ai: Bertemu lagi pada keluaran seterusnya.    
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...