Followers

Showing posts with label Zarra. Show all posts
Showing posts with label Zarra. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Kepentingan Memeluk Anak

Salam semua... 

Pernahkah ibu-ibu serta bapa-bapa semua berfikir, berapa kerapkah anak memeluk anak anda? Tahukah anda, ketika sedih, anak mahu dipeluk. Ketika hendak berpisah dengan anda, dia juga mahu dipeluk. Pelukan juga mampu untuk menghentikannya dari mengamuk. Dengan pelukan, anak boleh merasakan cinta anda. 

Anda sudah membuktikan kebaikan pelukan kepada bayi baru lahir. Ketika bayi menangis, tangisannya beransur reda apabila ibu atau bapa memeluk dan menepuk perlahan tubuhnya. Jadi, berapa kali anda memeluk anak hari ini?


Pelukan Ubat Mujarab

Mengurangkan depresi dan meningkatkan kekebalan tubuh. Pelukan juga boleh memberi tenaga baru pada tubuh yang kepenatan menjadi segar dan merasa muda. Pelukan yang dilakukan di rumah secara rutin akan memperkukuhkan kasih sayang.

Jumlah hemoglobin atau sel darah merah dalam darah akan meningkat ketika seseorang disentuh. Hemoglobin adalah darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh termasuk ke jantung dan otak. Peningkatan jumlah hemoglobin boleh mencegah dan menyembuhkan penyakit.

Peluklah anak sebelum ke tempat kerja. Ini akan membuatkan ibu bapa fokus pada pekerjaan, berasa bahagia dan menjadi produktif.

Manfaat pelukan untuk anak:

•  Merangsang perkembangan sel otak
•  Mengurangkan stres.
•  Merangsang rasa mengantuk
•  Membangun konsep diri  yang positif.
•  Mengurangkan emosi negatif seperti kesepian, cemas dan kekecewaan.
•  Mengatasi rasa takut.
•  Peralihan tenaga.

Mummy pernah menghadiri satu ceramah keibubapaan, penceramah ketika itu pernah berkata untuk mendapatkan anak yang 'lembut', peluklah anak anda sebanyak 8 kali sehari!



Mummy: Walau sesibuk mana pun kita, anak juga perlukan perhatian.. Cuma peluk sahaja anak anda!


Sumber: Mingguan Wanita

Wednesday, 22 January 2014

Bantuan Persekolahan

Salam semua... Lamanya Mummy tak menulis kat sini.. Rindu pulak rasanya dengan blog ni!

Hari ni Mummy nak cerita pasal bantuan persekolahan... Mummy dok dengar daripada kawan-kawan pejabat Mummy, ramai yang dah amek bantuan persekolahan anak-anak di sekolah masing-masing.. Wah, untunglah, Mummy belum merasa lagi sebab anak Mummy yang besar pun baru 5 tahun...

Kisahnya Bantuan Persekolahan ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada Oktober 2013. Dan bantuan ini mula dibayar kepada ibu bapa atau penjaga pelajar sekolah bermula 15 Januari 2014. Tujuannya hanya satu, iaitu untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa pada awal tahun.


RM100 jumlah yang diterima oleh setiap pelajar! Bunyi macam sikit kan RM100 tu, tapi bagi ibu bapa yang tidak berkemampuan, RM100 itu sangat mereka perlukan.. Tahu sajelah awal tahun kan, macam2 perlu dibeli untuk persiapan persekolahan anak-anak. Mummy ni pun, walaupun anak belum masuk sekolah rendah, tapi bab membayar yuran tadika dia tu pun dah buat 'tercekik'. Jadi bersyukurlah dengan bantuan yang diberikan ini ye!


Mummy : Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Terima kasih Kerajaan!

Monday, 15 July 2013

Terapkan Semangat Kemerdekaan di Kalangan Kanak-kanak

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah


Lagu di atas sangat sinonim dengan bulan kemerdekaan. Anak kecil juga tahu menyanyikannya. Tapi tahukah mereka apakah maksud merdeka? Apakah peranan kita sebagai ibu bapa dalam menerangkan erti kemerdekaan serta bagaimana untuk menerapkan semangat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak?

Ha, sempena bulan Ogos yang akan menjelma tidak lama lagi, kali ini Mummy nak berkongsi beberapa cara untuk memupuk semangat cintakan Negara di kalangan kanak-kanak. Anak-anak Mummy masih kecil, tapi satu hari nanti pasti Mummy perlu mainkan peranan dalam memastikan anak-anak Mummy faham apa erti merdeka!
 
Antara kaedah untuk memupuk jati diri dan semangat cintakan negara dikalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:

•   Ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka bahan-bahan bacaan yang mengisahkan susur-galur pembangunan dan sejarah negara. Di pasaran kini, terdapat juga kaset atau cakera padat yang memuatkan lagu-lagu patriotik yang boleh dibeli dan seterusnya diperdengarkan kepada kanak-kanak.

•   Di peringkat komuniti dan sekolah, pertandingan dan kempen yang bertemakan kemerdekaan turut menyumbang kepada penyampaian mesej cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Misalnya, pertandingan membaca bahan bacaan kemerdekaan, deklamasi sajak dan nyanyian lagu patriotik.

•   Beli bendera dan galakkan mereka sertai kempen kibarkan Jalur Gemilang atau galakkan mereka menggantung sendiri bendera di rumah atau di kereta.

•   Sokong mereka untuk sertai sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan. Ia adalah satu platform yang terbaik untuk kanak-kanak. Bawalah mereka melihat sendiri sambutan ini atau menontonnya di kaca televisyen.


Dalam usia muda sebegini, jika pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak ini telah diterapkan dengan nilai-nilai patriotisme, adalah diyakini mereka akan terus menjadi generasi yang kental dengan semangat sayangkan Negara.

Mummy: Melentur buluh biarlah dari rebungnya..  

Thursday, 7 February 2013

Didikan Anak-Anak Menurut Islam

Salam semua.... Dah lama rasanya Mummy tak menulis, tapi hari ini Mummy terjumpa satu artikel yang menarik untuk kita kongsi bersama. Sebagai ibu, banyak perkara yang Mummy belajar menerusi artikel ini. Jadi moga-moga ianya bermanfaat untuk anda juga! Selamat membaca...

DIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas


2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak menggunakan tangan kita. Ini kerana anak akan bertambah degil dan nakal serta tidak boleh dikawal.


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak


4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ  yang lebih kuat daripada anak yang  jarang dipeluk)




6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


7) Berikan penghargaan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga 


10) Jangan mengeluh di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakanlah hadiah hari lahir  yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2  yang datang daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).






15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkan masa bersama anak anda di luar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibu bapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.



Mummy: Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi!

Thursday, 13 December 2012

Chicken Pox atau Cacar Air.. Wajib Tapi Seksa…

Salam Semua…

Dah lama rasanya Mummy tak menulis di sini.. Kali ni, Mummy nak kongsi perihal chicken pox atau cacar air… Dua-dua anak Mummy baru je kena chicken pox.. Si kakak berusia 3 tahun, yang sedihnya adiknya yang berusia 7 bulan lebih masa tu pulak berjangkit.. Nak buat macam mana kan, dah duduk serumah.. Pasrah jela.. Nak tau fakta berkenaan chicken pox??
  • Cacar air berjangkit disebabkan virus Varicella. Ia amat mudah berjangkit, biasanya pada kanak-kanak.
  • Penyebaran adalah melalui sentuhan atau titisan cecair daripada orang yang dijangkiti, melalui bahan tercemar dengan cairan cacar seperti pada pakaian atau tuala penghidap.
  • Penghidap chicken pox boleh merebakkan virus sehingga 48 jam sebelum ruam timbul dan boleh menjangkitkan orang lain sehingga cacar air menjadi kering dan berkeruping.

Ini anak Mummy yang kena chicken pox bulan lepas.. Dah berparut dahinya.. :(


Tanda dan Gejala Cacar Air
  • Penghidap cacar air akan mengalami demam dengan bintik-bintik merah pada kulit. 
  • Bintik-bintik merah yang baru akan mula timbul dalam beberapa hari dan kemudian membentuk gelembung berisi air. 
  • Apabila gelembung berisi air itu pecah, ia akan menjadi kering dan berkeruping, serta menimbulkan rasa gatal.

Cara merawat? Rasanya semua pun sedia maklum bahawa pesakit chicken pox hanya diberi ubat paracetamol untuk mengurangkan demam dan calamine losyen yang disapu untuk mengurangkan gatal akibat chicken pox. Selebihnya, kalau boleh asingkan anak yang dijangkiti chicken pox dengan kanak-kanak lain. Bagi ibu bekerjaya, simpanlah cuti anda untuk kes-kes kecemasan sebegini… 


Zarra: Rasanya tiada siapa yang terlepas daripada terkena chicken pox… Kata orang biar kena masa kecil, sebab kalau kena ketika dewasa, sakitnya lebih teruk lagi..

Wednesday, 3 October 2012

Perangai Si Kecil…




Salam semua.. Bertemu sekali lagi kita di alam maya yang penuh maklumat ini!

Kali ini, Mummy nak berkongsi satu maklumat yang Mummy jumpa dan Mummy rasa ia sangat penting untuk dikongsi bersama pembaca blog ini… Anda mempunyai anak kecil yang berusia kira-kira 1 tahun setengah sehingga 2 tahun setengah??



Tahukah anda, anak seusia ini akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Sebenarnya, dia sedang belajar untuk menunjukkan sikapnya akibat dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- peluk dia dari belakang
2- bisikan anda sayang padanya dan cuba fahami perasaannya

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kepadanya dan anda
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda juga perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.





Ha, menarik bukan? Kita pun tak sangka yang perlakuan ‘pelik’ anak kita itu sebenarnya menunjukkan dia letih atau kecewa.. Jadi, sekarang dah tahu, sila la gunakan tips di atas agar hubungan kekeluargaan kita akan bertambah kukuh!






Mummy: Perangai anak memang macam-macam…

Sumber: Prof. Dr. Rozieta Shaary

Friday, 7 September 2012

Adakah Anak Anda Hyperactive?

Salam semua…

Rasanya tak terlewat lagi untuk Mummy ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog Rakan1Klik. Macam mana sambutan hari raya anda? Pada yang mempunyai anak-anak mesti meriah kan!




Ada tak di kalangan pembaca ni yang mempunyai anak-anak yang sangat aktif atau ‘hyperactive’? Selalunya anak-anak kecil yang tidak tahu duduk diam dikatakan hyperaktif. Benarkah mereka ini hyperaktif atau sebenarnya hanya aktif?

Tahukah anda?
  • Anak kecil sememangnya aktif kerana mereka tidak ada beban emosi yang menghantui mereka.
  • Badan mereka juga kecil untuk mereka bawa ke sana ke mari. Jadi untuk mereka bergerak adalah senang dan mudah bagi mereka.
  • Mereka ada banyak tenaga untuk digunakan.

Jadi, jika anak anda suka bergerak, memanjat, melompat terutamanya lelaki, jangan terlampau cepat menamakan mereka hyperactive child.

Ini kerana hyperactive adalah satu penyakit. Tetapi kebanyakan kanak-kanak adalah bijak dan mempunyai tenaga yang banyak. Disebabkan itulah mereka aktif!

Oleh itu ibu bapa sekalian,  galakkan anak anda untuk berjalan, berlari dan melompat sekerap mana yang mereka mampu, kerana duduk diam atau cuma membiarkan mereka membaca bukanlah satu-satunya cara memberi pendidikan kepada mereka!

Sumber: Prof. Dr. Rozieta Shaary 




Mummy: Kanak-kanak yang aktif adalah kanak-kanak yang bijak!



Friday, 3 August 2012

Kepentingan Susu Ibu Kepada Bayi

Salam Semua.

Kita sambung lagi topik mengenai susu ibu. Kali ni Mummy nak kongsi pula mengenai kelebihan susu ibu kepada bayi. Dalam post lalu Mummy dah kongsi mengenai kelebihan susu ibu kepada si ibu sekarang kita tengok apa pula kelebihannya pada bayi.

Kepentingan susu ibu kepada bayi:
  •  Perkembangan psikomotor, emosi & sosial yang lebih baik
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ tinggi)
  • Kurang risiko diabetes kanak-kanak (infantile diabetic), kanser, jangkitan telinga dan pneumonia (jangkitan paru-paru)
  • Antibodi tinggi untuk melawan penyakit
  • Kurang risiko Insiden Sindrom Kematian Mengejut ( Sudden Infant Death Syndrome)
  • Komposisi zat makanan yang mencukupi
  • Penghadaman yang mudah

    Ish banyak betul khasiat susu ibu kepada bayi. Bukanlah nak kata susu formula tu tak bagus, cumanya susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi.

    Zarra: Jadi wahai ibu-ibu, susukanlah bayi anda selagi mempunyai kemampuan!

    Wednesday, 1 August 2012

    Polisi Penyusuan Susu Ibu

    Salam semua…

    Seperti yang dijanjikan dalam post sebelum ini, Mummy nak sambung lagi cerita mengenai susu ibu.. Kali ini jom kita kongsi polisi penyusuan susu ibu.

    Semua ibu digalakkan menyusui anak dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.
    Ini bermakna dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi :
    • Diberikan susu ibu sahaja
    • Tidak perlu air atau susu tambahan
    • Tidak perlu makanan pelengkap
    Ingat, jangan berikan makanan kepada bayi sebelum berusia 6 bulan.. Ini kerana Mummy pernah dengar ada kes, bayi meninggal dunia disebabkan usus pecah akibat diberikan makanan seawal 3 bulan! Subhanallah, maknanya usus bayi hanya bersedia menerima makanan selepas 6 bulan...

    Zarra: Banyak sungguh khasiat susu ibu!

    Friday, 27 July 2012

    Khasiat Susu Ibu

    Salam semua.

    Dah lamanya Mummy tak menulis.Rindu rasanya…Mummy tak ke mana-mana, Mummy baru je habis cuti bersalin 3 bulan. Alhamdulillah Mummy dapat lagi seorang  baby girl! 

    Post kali ni, Mummy nak kongsi tentang khasiat susu ibu.. Sekiranya ibu mampu menyusukan anak secara eksklusif, bertuahnya.. Namun ada pula yang tidak berjaya menyusukan anak sepenuhnya atas beberapa faktor. Tak kisahla kan, rezeki masing-masing, asalkan anak kita sihat cukup.


    Khasiat Susu Ibu
    • Mengecutkan rahim dan kurang risiko pendarahan
    • Kurang risiko kanser payudara dan ovari
    • Penyusuan eksklusif membantu menjarakkan kelahiran
    • Kurang tekanan perasaan selepas bersalin
    • Mengembalikan bentuk badan ibu kepada asal
    • Jalinan emosi yang erat "bonding" antara ibu dan bayi
    • Mudah dan tidak memerlukan banyak persediaan
    • Menjimatkan masa dan wang

    Banyak kelebihan susu ibu ni kan! Jadi para ibu, cubalah untuk menyusukan bayi anda seberapa lama yang boleh seandainya anda mampu melakukannya.

    Zarra: Post akan datang Mummy akan kongsi lain-lain perkara mengenai susu ibu lagi ye.

    Friday, 17 February 2012

    Perlu Atau Tidak Cukur Jambul?

    Salam semua.. Post kali ini Mummy akan berkongsi mengenai amalan mencukur jambul! Semua mesti tahu apa itu cukur jambul kan! Selepas melahirkan bayi, mesti ibu bapa akan berfikir untuk mengadakan majlis khas untuk mencukur rambut bayi. Sebenarnya perlu atau tidak cukur jambul ni?
    Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan dalam Islam. Sudut Sains pula melihat membuang rambut atau membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak hanya terhad kepada orang Islam, sebaliknya kaum lain turut melakukannya. Apa kebaikan cukur jambul?

    ·         Membuang kekotoran
    Secara kasar rambut bayi dilihat bersih selepas dicuci dengan syampu. Walau bagaimanapun, ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut, apatah lagi ia berada lama di alam rahim.

    ·         Tidak mudah kena radang
    Keadaan bayi yang botak memudahkan ibu bapa mengamati apa-apa yang terjadi kepada bayi seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya.

    ·         ‘Menyejukkan’ kepala
    Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepala bayi. Tapi menurut Sains, bayi yang tinggal di kawasan panas pastinya akan berasa selesa dengan kepala botak.

    ·         Rambut baru akan tumbuh
    Ramai yang ‘sayang’ akan rambut asal bayi. Ramai yang percaya rambut baru yang akan tumbuh tidak akan sama dengan rambut sebelum dicukur. Namun tidak perlu risau kerana rambut baru pasti akan lebih bersih.




    Mummy: Amalan mencukur rambut dah jadi seperti ‘trend’ sekarang ni.. Ada yang mampu, mereka adakan majlis besar-besaran seolah-olah majlis perkahwinan!


    Monday, 30 January 2012

    Fahami Tabiat Makan Anak


    Salam semua… Post kali ni Mummy akan berkongsi fakta mengenai tabiat makan anak.. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang membesar, kadang-kadang mesti pening memikirkan soal makanan anak. Kadang-kadang selera mereka melampau, kadang-kadang tak nak makan! Betul tak? Jadi jom kita tengok tabiat makan anak kita….
    Berapakah jumlah sebenar makanan yang perlu diambil oleh kanak-kanak?
    Kanak-kanak berusia di antara satu hingga dua tahun hanya boleh makan kira ¼ atau ½ daripada saiz orang dewasa.
    Berapa kerapkah kanak-kanak perlu makan?
    • Saiz perut kanak-kanak sangat kecil dan mereka tidak mampu untuk kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa. Namun, kanak-kanak kerap makan!
    • Kanak-kanak perlu mengambil snek dua hingga tiga kali sehari selain hidangan utamanya
    • Tawarkan pelbagai snek berkhasiat di antara waktu utama makan utama anak anda.
    • Susu dan jus merupakan pilihan snek yang baik, namun jangan terlebih beri kerana  minuman itu mengandungi manisan semula jadi.
    • Kopi dan teh tidak sepatutnya diberikan!
    Bagaimana jika anak enggan makan sesetengah jenis makanan?

    Seperti orang dewasa, selera kanak-kanak juga pelbagai. Jika hari ini dia menolak roti, ini tidak bermakna dia tidak akan makan roti selama-lamanya. Yang penting jangan berputus asa!
    Perlukah vitamin?
    Pil vitamin sebenarnya tidak mampu memberikan nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Paling penting adalah pengambilan diet seimbang!




    Mummy: Pastikan anda beri anak anda makan mengikut piramid pemakanan Malaysia yang telah disusun khas untuk rakyat negara ini.


    Friday, 27 January 2012

    Tip Keselamatan Anak


    Salam semua… Seperti semua sedia maklum, anak yang sedang membesar sememangnya sangat lasak dan ada kalanya sukar dikawal. Kejadian kehilangan anak terutama di tempat-tempat tumpuan awam boleh berlaku seandainya ibu bapa tidak memberi perhatian sepenuhnya kepada anak-anak. Untuk post kali ini, Mummy suka untuk berkongsi tips seandainya anda menghadapi saat-saat kehilangan anak, dan tips untuk mengelakkan anak hilang!
    ·         Ambil tindakan segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati anak hilang
    ·         Jangan panik sekiranya berlaku kehilangan, rancang tindakan yang perlu dilakukan seperti memaklumkan kepada pihak berkuasa dan membuat hebahan awam.
    ·         Sebarkan gambar anak hilang di kawasan tumpuan awam, dan sertakan nombor telefon anda
    ·         Simpan potret anak dengan pelbagai sisi
    ·         Ambil tahu anak berkawan dengan siapa
    ·         Pantau kegiatan mereka jika mereka sering berkomunikasi dalam talian
    ·         Pastikan rumah berkunci untuk mengelakkan anak keluar tanpa kebenaran




    Mummy: Minta dijauhkan dari kejadian kehilangan anak!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...