Followers

Showing posts with label Soon. Show all posts
Showing posts with label Soon. Show all posts

Tuesday, 17 January 2012

Tahun Baru Cina II



Kuil Bakul (甜糕)
Satu lagi makanan kegemaran masyarakat Cina dalam Tahun Baru Cina. Dengan adanya kuil bakul yang sebegitu manis dalam sepanjang Tahun Baru Cina, ia menandakan kehidupan masyarakat Cina tersebut akan bertambah manis, gembira dan bahagia.



Warna Merah Sebagai Warna Dominan
Warna merah dan kuning akan diguna pakai sekiranya ia melibatkan peristiwa menggembirakan termasuk Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan, kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik. Apa-apa saja warna, warna merah akan diutamakan terlebihdahulu. Sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina, rumah mereka akan dihiasi dengan warna merah. Mengikut tradisi lama, masyarakat Cina dikehendaki memakai pakaian berwarna merah atau kuning pada hari pertama Tahun Baru Cina. Malah mereka dilarang sama sekali memakai pakaian orang mati atau pakaian gelap seperti hitam, biru tua, hitam-putih, hitam-biru tua, hitam-biru tua-putih dan biru tua-putih. Warna ini akan memberi makna simbolik yang negatif seperti mati, kemalangan, malapetaka dan sebagainya kepada masyarakat Cina sepanjang tahun. Tetapi, generasi muda pada zaman sekarang tidak lagi mengikut tradisi ini. Jadi, pastikan anda memakai pakaian cerah semasa mengunjungi rumah masyarakat Cina.

Gong Xi Fa Cai (恭喜发财)
Ayat ini merupakan ayat yang wajib diucapkan semasa bertembung semasa Tahun Baru Cina. Tahukah apa maksudnya? Gong Xi bermaksud Selamat dan Fa Cai bermaksud Mengembangkan Kekayaan. Jadi, sekiranya anda melawat rumah masyarakat Cina sepanjang Tahun Baru Cina, ucaplah dulu Gong Xi Fa Cai kepada tuan punya rumah. Mereka mempercayai mereka akan dimurahkan rezeki dan kekayaan mereka dikembangkan sepanjang tahun tersebut.




Soon: Selamat Tahun Baru Cina buat semua teman dan ahli keluarga! Gong Xi Fa Cai

Monday, 16 January 2012

TAHUN 2012 SEBAGAI TAHUN NAGA (龙年)


Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, setiap tahun akan mengikut putaran sistem zodiak Cina (十二生肖). Antara sistem zodiak Cina, zodiak naga sememangnya  amat dinanti-nantikan oleh semua masyarakat Cina dan Tahun 2012 merupakan Tahun Naga. Ini disebabkan naga merupakan haiwan suci yang tidak boleh kelihatan di dunia dan ia merupakan haiwan kayangan yang hanya boleh dijumpai di Alam Syurga.

Tahukah anda? Masyarakat Cina menganggap tahun naga dipenuhi dengan tuah, suci, berkat dan mendatangkan sesuatu yang baik. Disebabkan itu, hanya maharaja dan dewa-dewi yang boleh memiliki naga. Ia jelas kelihatan pada pahatan dan gambar naga yang berada pada patung dan gambar dewa-dewi. Jadi, tidak hairanlah masyarakat Cina akan memilih tahun sedemikian untuk melahirkan anak dan menganjurkan peristiwa menggembirakan seperti perkahwinan bagi menambahkan tuah dan berkatnya. Bagi kelahiran anak, mereka percaya anak yang dilahirkan dalam tahun naga akan menyebabkan anak mereka mendapat kekayaan, tuah, berkat yang melimpah ruah dan aktif seperti naga serta menjadi pegawai berjawatan tinggi apabila mereka membesar kelak. Malah mereka juga sengaja menamakan anak mereka dengan perkataan naga ().

Amalan Tahun Baru Cina
Tinggal seminggu lebih lagi, masyarakat Cina sedunia akan menyambut Tahun Baru Cina. Bagi mereka, ia menandakan tahun baharu yang penuh dengan harapan baharu mengikut kalendar Cina. Tahukah anda? Apakah makanan atau buah-buahan terpenting dalam sambutan Tahun Baru Cina? Apakah warna yang menjadi dominan dalam masyarakat Cina? Tidak hairanlah buah-buahan, makanan dan warna yang akan saya jelaskan digunakan dalam semua perkara termasuk pakaian, pemujaan dewa-dewi dan sebagainya sepanjang Tahun Baru Cina.



Oren Mandarin (柑)
Oren Mandarin memainkan peranan yang amat penting dalam masyarakat Cina. Sambutan masyarakat Cina terhadap Tahun Cina dianggap tidak sah sekiranya tiada oren Mandarin. Jadi, kenapakah oren Mandarin dikatakan begitu penting? Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, oren Mandarin dianggap sebagai kekayaan, tuah dan berkat kepada seseorang. Tidak hairanlah sekiranya mereka mengunjungi saudara-mara dan rakan taulan dan menganjurkan rumah terbuka, oren Mandarin adalah wajib diberikan ataupun dihidangkan. Rasionalnya adalah saling pertukaran kekayaan, tuah dan berkat kepada seseorang. Oleh yang demikian, pastikan anda membawa oren Mandarin sekiranya melawat atau mengunjungi rumah masyarakat Cina. Bilangan oren Mandarin yang ideal adalah nombor ganjil. Elakkan daripada memberikan 4 biji oren Mandarin kerana masyarakat Cina mengaitkan perkataan 4 dengan mati iatu si () dan dipercayai kehidupan mereka dalam tahun tersebut akan dicemari dengan peristiwa menyedihkan seperti kematian, kemalangan dan sebagainya.

Soon: Ikuti sambungannya lagi esok,k. Jumpa lagi.

Wednesday, 4 May 2011

Long Atau Naga Cina: Haiwan Mitos Masyarakat Cina II


Seperti yang dijanjikan, ini sambungan artikel saya, tempoh hari.

Selain itu, naga juga digunakan untuk melambangkan jantina seseorang. Semasa perkahwinan, gambar naga dan burung feng (phoenix) diletakkan. Naga bermaksud lelaki manakala burung feng melambangkan perempuan. Penggunaan naga dan burung feng digunakan dalam perkahwinan adalah bertujuan untuk mendoakan sepasang pengantin agar dapat bahagia dan gembira selama-lamanya


Dalam kalangan masyarakat Cina, pepatah Cina ada menyebut: wang zhi cheng long (harapkan anak dapat menjadi naga). Naga di sini bermaksud menjadi pegawai kerajaan tertinggi seperti  menteri, timbalan menteri, presiden dan sebagainya dan bukannya menjadi naga.  Bagi masyarakat Cina, mereka amat mengharapkan anak mereka menjadi pegawai kerajaan tertinggi kerana ia dapat mengharumkan nama keluarga dan nenek moyangnya di negara China.

Dari segi mimpi, sekiranya seseorang termimpi seekor naga. Ia merupakan petanda yang baik kerana naga biasanya akan membawa mesej tertentu. Contohnya, ia dipercayai seseorang itu akan menjadi menteri atau timbalan menteri atau memegang jawatan tertinggi dalam masa terdekat, melambangkan seseorang itu bertuah dan akan mendapatkan kekayaan dan kegembiraan dalam masa terdekat.

Di samping itu, memandangkan masyarakat Cina menganggap ras sendiri adalah ras yang paling mulia dan suci, mereka  akan mengaitkannya dengan naga. Bagi mereka, populasi bangsa Cina yang bertaburan di pelosok negara dan kawasan dianggap sebagai long de chuan ren atau keturunan naga. 


Soon: Semoga berjumpa lagi...

Tuesday, 3 May 2011

Long Atau Naga Cina: Haiwan Mitos Masyarakat Cina



Long (naga) merupakan haiwan imaginasi yang dibayangkan oleh masyarakat Cina. Bagi semua peristiwa Cina, diwajibkan bagi mereka meletakkan gambar long member makna simbolik seperti tuah, kekayaan, kegembiraan dan sesuatu yang amat baik dan suci. Atas kesucian naga, masyarakat Cina menghormati naga seperti dewa-dewi sehingga mereka menamakan nama anak dan keturunan mereka dengan menggunakan long. Tahukah anda? Haiwan ini merupakan percantuman beberapa anggota badan haiwan tertentu sehingga menjadi seekor naga. Kalau ikut kepercayaan masyarakat Cina, naga hanya boleh didapati di syurga dan hanya boleh digunakan oleh dewa-dewi atau Tuhan sahaja. Tapi, kadang-kadang  naga dianggap sebagai pembantu khas dewa-dewi atau Tuhan. Kalau anda nak tahu, biasanya warna yang digunakan untuk melukis dan mengukir patung naga adalah merah dan kuning sebab kedua-kedua warna tersebut adalah warna tuah bagi masyarakat Cina. Berikut adalah deskripsi anggota badan naga:

Tanduk seperti tanduk rusa jantan; kepala seperti kepala haiwan acamel; mata seperti mata syaitan; leher seperti ular; perut seperti kepah; sisik seperti ikan kaloi; cakar seperti burung helang; tapak kaki seperti harimau; telinga seperti lembu. Terdapat sesuatu benda yang berupakan benjolan besar di atas kepalanya, ia dipanggil sebagai chi mu yang berfungsi untuk membolehkan naga naik ke langit.

Pada masa dulu, masyarakat Cina menggunakan naga untuk melambangkan kekuasaan dan kesucian maharaja Cina. Kalau terlihat simbol naga, ia bermakna maharaja. Disebabkan kesucian naga, maharaja Cina mengharamkan sebarang penggunaan naga dalam semua tujuan bentuk ukiran, pemakaian, gambar dan sebagainya pada rakyat biasa. Ini bermakna hanya maharaja saja yang layak menggunakan simbol naga.

Disebabkan itu, masyarakat Cina telah mengaitkan kesucian naga dengan  Yu Huang Shang Di Shen (Tuhan Maharaja Jed). Masyarakat Cina mempercayai Tuhan tersebut adalah ketua bagi semua dewa-dewi dan Tuhan dan semua alam dan mempunyai fungsi yang sama dengan maharaja Cina.


Soon: Ikuti sambungan ‘kisah naga’ pada keluaran akan datang.


Tuesday, 19 April 2011

Perayaan Cheng Beng


Terima kasih kerana masih lagi membaca segmen Budaya Cina. Kali ini, saya nak bercerita tentang Perayaan Cheng Beng. Perayaan tersebut merupakan perayaan yang kedua penting bagi masyarakat Cina di Malaysia kerana ia merupakan perayaan untuk memperingati roh nenek moyang. Oleh yang demikian, sekiranya boleh, semua generasi muda seharusnya balik untuk menziarahi/menyapu kubur roh nenek moyang. Dalam tahun 2011, ia jatuh pada 5 April 2011. 


Tahukah anda? Perayaan ini mula disambut sepuluh hari sebelum dan selepas pada hari Perayaan Cheng Beng. Dipercayai pada hari tersebut, ia akan hujan untuk menggambarkan perasaan sedih kepada roh nenek moyang. Dalam tempoh tersebut, ramai masyarakat Cina akan mengadakan upacara pemujaan makanan kepada roh nenek moyang di kubur. Sebelum upacara tersebut dilakukan, upacara pemujaan akan dilakukan terlebih dahulu kepada patung Dewa Tua Pek Kong yang terletak di tanah perkuburan Cina sebagai tanda menghormati kepadanya. Selepas itu, ia diikuti dengan upacara pemujaan kepada patung Hou Tu Shen (Dewa Penjaga Kubur Tertentu) yang terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. Kemudian, ia disusuli dengan ritual pemujaan kepada roh nenek moyang.

Semasa upacara pemujaan dilakukan kepada roh nenek moyang, cucu-cicit mula meletakkan pek ji (duit kertas putih) dan ooi ji (duit kertas kuning) di atas tanah kubur Cina. Ia menandakan tanah kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh keturunannya. Fungsi simbolik bagi kedua-dua kertas tersebut adalah merupakan duit kepada roh nenek moyang. Kedua-dua duit kertas tersebut hanya boleh diletakkan sekali saja. Sekiranya terdapat keturunan yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membakar kepada roh nenek moyang sebagai tanda pemberian kepadanya.

Sepanjang tempoh perayaan Cheng Beng, masyarakat Cina tidak dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa ang su (peristiwa menggembirakan) seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka, perayaan tersebut adalah perayaan hantu yang mampu membawa sial.

Soon: Kita jumpa di keluaran akan datang..

Friday, 8 April 2011

Ang Su dan Pek Su



Hai kawan-kawan. Hari ini saya ingin berkongsi dengan kalian, tentang Ang Su dan Pek Su. Pernah dengar tak? Setiap orang pasti mengalami dua peristiwa dalam hidupnya. Peristiwa gembira dan sedih. Bagi orang cina, mereka guna warna kalau nak bezakan perkara tu baik atau buruk. 

Dalam amalan kepercayaan masyarakat Cina, ang su bermaksud peristiwa yang akan memberikan sesuatu yang baik kepada mereka seperti tuah, kekayaan, kebahagiaan, keharmonian, kegembiraan, kemajuan dan unsur-unsur positif. Antaranya perkahwinan, Tahun Baru Cina, hari jadi, kejayaan seseorang dan sebagainya. 

Sebaliknya, pek su bermakna peristiwa yang memberikan sesuatu yang tidak baik kepada mereka seperti kesedihan, sial, kemerosotan perniagaan dan unsur-unsur yang negatif.  Contohnya, kemalangan dan kematian.

Bagi diorang pek su dan ang su adalah dua entiti yang bercanggah antara satu sama lain. Ada garisan sempadan dua-dua peristiwa ni. Especially, bahan makanan, amalan, pemujaan dan pakaian. Ang su dilarang sama sekali dicampuri atau dicemari dengan unsur pek su kerana ia dipercayai akan menyebabkan maksud simbolik ang su lenyap dan seseorang dipercayai akan sial sepanjang tahun. 


Soon: Semoga dijauhkan daripada pek su

Thursday, 10 March 2011

Sistem Keagamaan Masyarakat Cina

Hai Semua! 

Saya, Soon. Di ruangan ini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan tentang budaya, agama, adat resam, dan lain-lain pasal masyarakat Cina di Malaysia.  Hari ni, saya nak kongsi tentang sistem keagamaan masyarakat Cina atau dikenali juga sebagai keagamaan rakyat Cina (min jian xin yang). Dalam keagamaan ini, ia lebih bersifat sinkretisme iaitu campuran agama, adat-resam, kepercayaan lokal, pantang-larang dan sebagainya sehingga terbentuknya satu keagamaan baru. KAlau rakan-rakan nak tahu, secara asasnya, majoriti masyarakat Cina adalah beragama Buddha. Dalam masa yang sama, mereka juga mempercayai atau mengamalkan agama Tao, ajaran Konfusianisme, Kristian, Sathya Sai Baba dan sebagainya. Bagi mereka, selagi agama atau kepercayaan tersebut dapat dimanfaatkan, memajukan kehidupan mereka dan memenuhi keperluan kerohanian, mereka akan mencampur-adukkan keagamaan mereka.



Walaupun mereka juga percaya dengan semua agama, doktrin asas Buddhisme seperti konsep karma (yin guo) masih lagi kuat mempengaruhi fikiran mereka. Dengan kata lain, dalam konsep tersebut, sesiapa yang melakukan baik akan dibalas baik. Sebaliknya, sesiapa yang melakukan jahat akan dibalas buruk. Sebab itulah, mereka menjalani kehidupan dengan berpandukan  konsep karma. Sebab mereka percaya amalan karma yang dilakukan olehnya akan mempengaruhi keturunannya. Seboleh-bolehnya, mereka akan cuba elak daripada buat perbuatan dosa kerana ia dipercayai akan membawa musibah bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada anak dan keturunannya.



Soon
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...