Followers

Showing posts with label Siti Dewi. Show all posts
Showing posts with label Siti Dewi. Show all posts

Tuesday, 6 December 2011

Banjir Bukan Pesta Main Air




Musim tengkujuh datang lagi. Ini bererti akan berlakunya hujan tanpa henti yang membawa keadaan banjir atau bah. Menyentuh fasal banjir, teringat siti beberapa pengalaman lucu, maklumlah pernah berada dalam situasi itu.

Pengalaman bertugas di bilik Gerakan Banjir, tinjauan udara dengan menaiki helikopter bersama Jawatankuasa Bencana Alam Negeri, menaiki jentolak ke kawasan terlibat dengan banjir. Gerakan menyelamat bersama JPAM 3 dan macam-macam lagi. Tapi yang pasti banjir bukanlah satu pesta bermain air seperti mana lazimnya berlaku.
















Siti Dewi:  Ingatlah “kuasa air” akan membawa seribu satu musibah.

Wednesday, 22 June 2011

Fenomena Alam dan Kebesaran Ilahi


Perubahan iklim dan cuaca keterlaluan telah mengakibatkan bencana alam seperti kenaikan paras laut, tanah runtuh, hakisan pantai dan tanah, kebakaran hutan serta jerebu. Malah perubahan iklim adalah isu utama di dunia masa kini. Pelbagai aktiviti manusia dan proses semula jadi menyumbang kepada berlakunya perubahan iklim. Tetapi kita seolah-olah terlupa dengan hukum alam dan ketentuan Ilahi. 


 







Siti Dewi: Teringat penulis akan cerita tok nenek semasa kecil-kecil dulu, petanda-petanda sebegitu iaitu perubahan iklim dan fenomena cuaca yang tidak menentu melambangkan dunia akhir zaman.


Bila Sesekali Bersenam

Mula-mula rasa tertekan bila dapat tahu perlu hadir ke bengkel kesihatan. Berat bunyinya..entah apakah yang hendak dibuat…al-maklumlah bengkel bukannya kursus atau seminar.

Apakan daya dah diarah tambah lagi menggantikan bos. Saya menurut perintah ler…Bila dah pergi, join the group yang “ kita serupa” iaitu setahun sekali bersenam, riuh sekampung jadinya. ..kelakar, geli hati pun sama naik. Melihat gelagat masing-masing. “coach” kata pusing kiri, kita pusing kanan..pelbagai gaya, pelbagai rupa. Apa pun teruk kami dihayun dan dikerjakan. 

Senaman….senaman…senaman. Mulai 6.45 pagi dah jogging, pumping, tertiarap, telentang di court tenis, bersambung pula di Dewan Kuliah. 80% senaman dan 20 % sahaja ceramah. Mekar dan bongkar segala urat saraf. Apa tidaknya umur 50 karat gold baru nak bersenam. 









Siti Dewi: senaman dan gaya hidup sememangnya menjamin kualiti kehidupan.

Friday, 10 June 2011

Demi Masa


MASA. Putaran yang tidak pernah berhenti. Kita menjadi penghambat masa yang sering tercungap-cungap. Penat,  tergesa-gesa, nak cepat atas kadar segera, tengok-tengok dah masuk waktu lain. Sedar tak sedar dah masuk bulan Jun dah pertengahan tahun.  Kerja masih bertimbun. Hari ini tak selesai bawa esok pun tak selesai. Tapi jam terus berputar.

MASA. Perjalanan di bumi Allah semakin singkat. Makin dekat kepada masa kematian kita. Kubur kata mari, rumah kata pergi. Jadi menghitung baki tik tok tik tok jarum jam menjadi semakin penting dalam perjalanan hidup ini. 

MASA. Apabila kita sudah seimbang antara urusan duniawi dan ukhrawi . Bagi diri ini masih banyak kelemahan di sana sini. Oleh itu muhasabah la diri kita pada pertengahan 2011 ini.








Siti Dewi: Sesungguhnya kita rugi andai tak berubah

Thursday, 7 April 2011

Amal Jariah Vs Penipuan Berhemah



Aku percaya antara kita seringkali berdepan dengan mereka  yang membuka kata Assalamualaikum “puan”, “makcik”, atau “kak”, derma untuk anak yatim, untuk membina masjid atau untuk mengubati penyakit. Ada yang bawa “cetong” ke hulu ke hilir. Kadang-kadang disokong pula dengan surat sokongan rasmi pulak tu! Bagi RM 1  dapat tisu atau kismis. Baik punya strategi. Hati kecilku masih suci untuk menjawab salam mereka. Tetapi sekelumit terlintas di benak hati ini apakah tujuan ungkapan salam itu dihulurkan? Atau hanya sekadar syarat pembuka kata sahaja. Aku bukannya tak nak bagi tapi……..

Hati ini tidak puas untuk meneka apakah modus operandi mereka? Bukan aku berprangsaka buruk. Tapi lebih berhati-hati. Menderma tu kan amalan yang mulia. Kadang-kadang melihat peminta sedekah dan metodologi yang digunakan adalah seakan sama jer di tempat-tempat strategik seperti di kaki-kaki lima bank, ruang pejalan kaki mahupun datang ke rumah. Sedih aku tengok mereka ni. Budak-budak sebaya mereka sepatutnya ke sekolah menimba ilmu, tetapi mereka terpaksa menggalas tanggungjawab untuk mencari nafkah. Pendatang asing pun sibuk jer ambik kesempatan nak minta sedekah kan? Buat wayang pacak situ sini. Paling kesian peminta sedekah wanita. Mereka sanggup mendukung si kecil di tengah panas terik untuk meraih simpati orang ramai. Aku sendiri pun tak sampai hati nak tengok. Ku hulur seikhlas hati. Kalau hati ini tetap berdegil untuk berkata-kata, maka rasanya tidak menjadi pula pahala bersedekah.

Tak kan sampai ke akhir nafas nak jadi peminta sedekah? Adakah ia satu profession? Masyarakat Malaysia janganlah terlalu pemurah. Bersamalah kita menyokong usaha pihak berkuasa membanteras masalah ini supaya tidak menjadi lebih parah. Aktiviti-aktiviti meminta sedekah ini boleh mencemarkan imej buruk kepada negara. Sesungguhnya…tangan yang MEMBERI lebih baik daripada yang MENERIMA.
 







Siti Dewi: Pemurah biar la bertempat.....

Wednesday, 2 March 2011

Kemakmuran Malaysia Dikongsi Bersama, Sampai Bila…..




Betapa makmurnya negara kita Malaysia. Di sana-sini terdapat saja pekerja asing yang mencari rezeki dan menumpang tuah bagi menuruskan kelangsungan hidup. Sebagaimana rutin, pada hujung minggu, aku akan bergegas ke KL Sentral untuk perjalanan ke LCCT. Di lapangan terbang pun kalangan pekerja asing juga memonopoli kerja-kerja menolak troli bagasi, hampir terkena kakiku. Begitu juga kerja pembersihan mereka juga menguasai.

Dan apabila sampai di kampung halaman, kesempatan bercuti aku penuhi dengan berkunjung pekan di sempadan. Di sana pun pekerja asing juga mengambil kesempatan mencari rezeki . Cuma yang berbeza dari segi fizikal, warna kulit dan mungkin anutan agamanya.


 bersambung…...... 




Siti Dewi: Pedih Mata, Sakit Hati, sampai bila ianya dapat diatasi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...