Followers

Showing posts with label Jentayu. Show all posts
Showing posts with label Jentayu. Show all posts

Thursday, 23 February 2012

Ambil Iktibar Zaman Kekejaman Komunis


Salam. Kali ini topik pilihan ialah KOMUNIS. Terus terlintas dalam kepala Komunis tu kejam. Mula la teringat cerita-cerita mak kita tentang zaman penjajahan komunis. Pendudukan Jepun meninggalkan beberapa kesan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

Jentayu pernah ditugaskan untuk temu ramah beberapa orang wira yang menentang komunis ini. Macam-macam cerita jerih perih yang sepatutnya mereka hadapi semata-mata untuk  mempertahankan tanah air kita. Wanita pun boleh jadi Home Guard. Hebat kan. Mengikut cerita Che Minar Binti Pahang, ada di antara kawan mereka di paksa untuk makan daging kawan mereka sendiri. Dibakar hidup-hidup dan di paksa makan. Ada juga dikalangan mereka menjadi hamba abdi.

Untuk menjaga kawasan mereka dari di serbu, mereka sanggup bergilir-gilir berjaga malam. Mereka takut anak isteri dan suami mereka jadi mangsa tahanan komunis. Komunis menyeksa tahanan dengan cara yang  tidak berperikemanusiaan  contohnya dengan membakar rumah tahanan dan bunuh hidup-hidup siapa yang ingkar pada arahan mereka.

Dengan berbekalkan semangat berkorban dalam diri mereka sanggup mengetepikan bahaya dan menggadai nyawa demi mempertahan kubu mereka.Tapi di sebaliknya ada cerita sedih contohnya nak makan susah, terpaksa ikat perut.  Makan ibu rebus bakar, makan nasi dengan air garam.  Jentayu hanya mampu bayangkan sajer, tidak merasi penderitaan yang di tanggung oleh mereka.

Selain itu, pihak Komunis mengatur strategi  mensabotaj ekonomi tanah Melayu . Apa yang mereka mahukan ekonomi orang Melayu terus lumpuh. Orang kita hilang mata pencarian. Hidup merempat. Komunis juga menyebarkan ideologi mereka, tapi orang Melayu tidak dapat terima, kebanyakan di terima oleh orang cina. Mereka cuba menarik kaum lain untuk menganggotai Parti Komunis. Macam-macam strategi dilakukan untuk menarik perhatian untuk join mereka.






Jentayu: Generasi muda sekarang perlu jadikan kekejaman komunis ini sebagai pengajaran. Tolong jangan hancurkan negara kita sendiri. Siapa lagi kalau bukan kita rakyat Malaysia sendiri yang memakmurkan negara kita sendiri. 

Wednesday, 15 February 2012

Macam-Macam Penyakit Berbahaya Sekarang

Sejak dua menjak ni banyak kes yang kita dengan tentang penyakit berbahaya. Paling tops sekarang ialah Leptospirosis (kencing tikus). Dan yang penyakit yang paling latest ialah "Acute Gastroenteritis" (AGE). Dua-dua penyakit ini melibatkan kematian.
Sejak penyakit ini popular segala benda aku basuh sebelum guna. Buat masa ini juga aku hindarkan pergi pool atau jeram. 


Biasanya penyakit kencing tikus ini menunjukkan simptom demam panas.  Macam rakan artis Allahyarham Izwan Pillus.  Kencing tikus ini disebabkan oleh bakteria gram negatif dari genus Leptospira.  Hati-hati lah kawan-kawan bahawa kencing tikus ini boleh menjangkiti manusia secara langsung mahupun tidak langsung melalui pendedahan kepada air kencing haiwan pembawa tersebut. Bakteria genus Leptospira ini boleh memasuki saluran darah melalui luka, kulit  yang melecet dan melalui membran bermukus seperti mata, hidung dan mulut. Awasi la keluarga ahli keluarga masing-masing, sebab penyakit ini mengundang maut. 



Manakala kes terbaru di Perak Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes ‘Acute Gastroenteritis’ (AGE). Kes GE ia menunjukkan simptoms gejala cirit-birit serta muntah. Pesakit-pesakit ini pula hanya mendapat rawatan pesakit luar sahaja. Wabak Acute Gastroenteritis (AGE) atau penyakit berjangkit adalah bawaan air dan makanan. 






Jentayu: Hati-hati la bila makan kat luar. Pilih gerai yang bersih, untuk lebih selamat makan di rumah. Lagi bertambah risau kalau si kecil yang tak tau aper-aper tu kena penyakit ini. 



Wednesday, 14 December 2011

Waspada Banjir Kilat

Bandar Kajang

Baru-baru ni kita dikejutkan banjir kilat di Kajang. Jentayu pun tak terkecuali merasa detik cemas banjir di Kajang kerana rumah Jentayu pun ada di Kajang, alhamdulillah penyewa bagitahu, rumah tak terkena banjir. Saper tak risau kan? Risaukan nyawa dan harta benda. Air terlalu cepat naik menyebabkan 70 peratus bandar Kajang ditenggelami air. Puncanya hujan tak berhenti-henti dari petang lagi. Faktor utama boleh jadi banjir sebegini rupa disebabkan sistem perparitan sangat kecil dan air tersumbat, itu yang menyebabkan air melimpah-ruah ke jalanraya. Pembuangan sampah sarap dalam parit   ni pun juga punca  tersumbat. Laluan air tidak lancar. Sampah sarap yang banyak menjadi air sungai lebih dalam sehingga melimpah melepasi tebing sungai.   Jalan raya di sekitar pekan kajang ditutup dan  dibuka apabila keadaan benar-benar selamat untuk dilalui. 


Jalan Tun Razak
Saper cakap KL tak banjir? Tengok.......Semalam sekali lagi banjir kilat berlaku di sekitar Perpustakaan Negara. Kawasan ini ditenggelami air hingga ke kawasan ibu pejabat agensi berita Bernama yang terletak berhampiran. Ni bukan kawasan yang kerap banjir.
Hujan lebat selama lebih satu jam sejak pukul 4 petang itu menyebabkan air naik begitu cepat. Kesannya daripada banjir kilat ini, banyak kereta yang tersadai kerana rosak di tepi jalan. Jalan Tun Razak berlaku kesesakan yang teruk. Ramai yang terperangkap.
Bacaan tertinggi paras air Sungai Klang di Jambatan Tun Perak mencecah 28.36 meter direkodkan pada jam 5 petang hampir mencecah paras tebing sungai itu iaitu 30.24 meter. Jika air melebihi paras 30.24 meter, beberapa kawasan tumpuan di ibu negara seperti Stesen LRT Masjid Jamek, Jalan Masjid India, Dataran Merdeka, Jalan Dang Wangi, Jalan Sultan Ismail dan Lebuh Ampang akan ditenggelami air. (BERNAMA)
Hasil siasatan, punca berlaku banjir kilat di Jalan Tun Razak berhampiran Perpustakaan Negara dan kawasan sekitarnya disebabkan  kawasan tadahan Sungai Bunus mencatatkan jumlah bacaan hujan sebanyak 141 mm, sekali gus menyebabkan limpahan air di kawasan berkenaan.









Jentayu: Jangan buang sampah merata-rata, sebab sampah juga punca parit tersumbat. Jaga kebesihan di mana jua anda berada

Friday, 2 December 2011

Banjir Oh Banjir


Sekarang di corong-corong radio, televisyen, facebook duk cakap pasal banjir. Kelantan dan Terengganu adalah dua negeri yang boleh dikatakan teruk dilanda banjir.

Kampungku juga tak terlepas dari bencana alam ini. Malah tahun ini lebih teruk dari tahun lepas. Jalan nak menuju ke kampungku terputus. Ramai juga yang kena pindah. Orang kampung gotong royong membantu memindahkan mangsa banjir.

Langkah penting yang perlu di ambil ialah pergi ke tempat tinggi dan selamat. Minta bantuan penyelamat. Jangan sesekali lalu kawasan banjir dan arus deras. Ia sangat memberhayakan.

Tapi budak-budak yang paling seronok. Dah jadi pesta air, ingat Sunway Lagoon ke? Tambahan pula cuti sekolah.  Ibu bapa pastikan kawal keselamatan anak-anak. Awasi pergerakan mereka jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai dan lombong.  Dalam situasi ini juga kabel atau wayar sangat sensitif. Jauhkan diri dan tolong jangan sentuh kabel dan wayar jatuh.

Kalau anda tergolong dalam mangsa banjir ini pastikan dokemen penting simpan di tempat yang selamat. Kalau dah hilang semua tu bukan senang nak dapat balik.


Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui televisyen dan radio. Kalau nak dapatkan bantuan boleh  hubungi talian 999. Kalau dah musim-musim tengkujuh ni, tanah runtuh pun boleh berlaku. Struktur tanah yang lemah akibat hujan akan menyebabkan jalan tersebut agak merbahaya. Kadang-kadang ada juga pokok-pokok tumbang. Dengan itu rancang perjalanan anda. Pastikan perjalanan anda selamat. Setidak-tidaknya tak la sia-sia perjalanan anda.






















Jentayu: Penduduk di kawasan yang terlibat dengan banjir diminta berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan. 

Thursday, 24 November 2011

Suntikan Untuk Penggiat Sukan



Dalam belanjawan 2012 kerajaan telah memperuntukkan RM84 juta kepada penggiat sukan. Dengan adanya peruntukan ini, pelbagai program akan diadakan bagi mengasah bakat atlet muda untuk menjadi pelapis negara pada masa akan datang.  Peruntukan ini akan memartabatkan sukan negara.

Dalam arena sukan sekarang kita ketandusan pelapis, terutama untuk menggantikan nama-nama yang hebat di mata dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David. Sekarang pun dah jadi bualan rakyat Malaysia siapakah pengganti mereka nanti? Sudah ada ker bayangan siapa pengganti? Mesti kena ada kesinambungan.

Dengan adanya peruntukan RM84juta ini dapatlah mempertingkatkan prestasi atlet-atlet muda untuk melibatkan diri dalam sukan-sukan yang berprestasi tinggi seperti bola sepak, badminton, skuasy dan lain-lain lagi. Di samping itu juga peruntukan ini boleh melibatkan atlet-atlet ini untuk menyertai kejohanan di luar negara. Sekali gus menaikkan nama Malaysia di persada sukan dunia. Hebat!

“Satu Gelanggang Satu Mukim”. RM15 juta diperuntukkan untuk membina gelanggang futsal tambahan. Golongan belia bolehlah mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah daripada melepak membuang masa. Di samping itu, mereka boleh mengembangkan bakat mereka. Mana tau dengan peluang ini mereka boleh mengetengahkan bakat mereka. Daripada sekadar picisan jaguh kampung kepada jaguh dunia.
Selain itu, peruntukan tambahan RM50 juta bagi kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara.

Pelbagai aktiviti sukan akan dianjurkan di gelanggang ini selaras dengan konsep sukan untuk semua. Pembinaan gelanggang ini akan meningkatkan aktiviti riadah mereka. Ini merupakan salah satu cara untuk mendekati kaum belia. Diharapkan golongan muda belia manfaatkan kemudahan-kemudahan ini.


Tidak terlambat untuk Jentayu mengucapkan tahniah kepada Harimau Muda. Harimau Muda mengaum dengan kemenangan 4-3 menentang Indonesia. Bertambah lagi kilauan emas untuk Malaysia









Jentayu: Dengan sukan juga boleh mengeratkan hubungan dan memperkukuhkan semangat perpaduan.



Thursday, 17 November 2011

Anda Mampu Miliki....


Semua orang mengidamkan untuk membeli rumah sendiri. Rata-rata harga rumah sekarang makin lama makin melambung harganya. Itulah salah satu sebab golongan  muda tak mampu nak beli. 

Harga rumah meningkat disebabkan oleh kenaikan harga bahan binaan dan petrol. Harga rumah  di Lembah Klang sangat tinggi sebab harga tanah yang mahal. Sekarang rumah teres di Kuala Lumpur dijual pada harga purata kira-kira RM430,000. Era 90-an boleh la nak cari rumah harga  RM150 000-RM200 000. Sekarang nak cari harga macam tu kena pergi cari kawasan pedalaman sikit, jauh dari bandar dan kemudahan. Sekarang rumah harga RM250,000 sebuah, bayaran ansuran bulanan boleh mencecah sehingga RM1,200 sebulan selama 30 tahun.  

Tetapi kawan-kawan jangan la risau, sebab kerajaan ambil prihatin terhadap rakyatnya. Kerajaan menggalakkan kita untuk memiliki rumah pertama melalui “Skim Rumah Pertamaku”. Kita bersyukur dalam bajet 2012 PM dah umumkan had pinjaman maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM222,000 kepada RM400,000 untuk pinjaman suami isteri. 

Warganegara Malaysia, pembeli rumah pertama, berumur sehingga 35 tahun, pendapatan kasar tidak melebihi RM3000, sah dalam jawatan dan jumlah pembayaran balik tidak melebihi 1/3 dari gaji. Dah cukup syarat-syarat ni, dah boleh buat pinjaman. Sangat mudah kan…..golongan muda belia digalakkan beli aset ni, sebab ia  tak rugi. Harga rumah makin hari makin melambung tinggi. Belilah ikut kemampuan. 

Selain itu, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) menawarkan harga rumah yang lebih rendah, yang mampu di miliki oleh golongan yang berpendapatan rendah. Harga rumah ini di antara RM120,000 dan RM150,000. Pada tahun 2012 nanti sebanyak 7,700 unit rumah akan dibina di Cyberjaya, Putera Height, Seremban, Damansara dan Bukit Raja. Semua urusan dan pertanyaan berkaitan PR1MA boleh dirujuk kepada Unit PR1MA yang telah ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri. Booking sekarang. 









Jentayu: Ubahlah kepada kehidupan yang lebih selesa, anda mampu mengubahnya.

Thursday, 3 November 2011

Penjawat Awam Terima Durian Runtuh

Sekarang kat mana-mana pun isu bajet 2012 hangat dibincangkan.  Isu bonus dan kenaikan gaji kakitangan awam adalah topik utama di kalangan kakitangan awam...dalam pada itu ada jugak yang mengomel, tapi kita kena bersyukur dengan apa yang diberikan. 

Lebih kurang 1.3juta tersenyum lebar apabila PM mengumumkan kenaikan gaji tahunan akan ditingkatkan antara RM80-RM320 mengikut gred dan bagi mereka yang menerima opsyen ke SBPA (Sistem Saraan Baru perkhidmatan Awam) akan menerima kenaikan gaji antara 7-13 peratus.  Pesara juga menikmati faedah ini. Kerajaan mengambil prihatin terhadap semua lapisan masyarakat. Terima kasih PM. 


Lagi satu berita baik untuk kakitangan awam ialah pelanjutan umur persaraan dari 58tahun ke 60 tahun. Polemik usia persaraan ini akan terus dibualkan oleh setiap kakitangan dengan pandangan masing-masing . Ada yang setuju ada juga yang tidak setuju. Kononnya umur 60 tahun tak leh perform, kualiti kesihatan menurun, meningkatkan pengangguran dan sebagainya. Kata mereka idea orang muda boleh mejana ekonomi Negara.  Tetapi disebaliknya kita kena bongkar ada baiknya persaraan itu dilanjutkan ke umur 60 tahun. Kepakaran yang dimiliki oleh seseorang itu tidak dimilik oleh orang lain walaupun orang muda. Tambahan pula mereka mempunyai tahap kesihatan yang baik. 

Orang muda jangan terus melatah, sebab ia langsung tak menjejaskan peluang pekerjaan kerana sektor awam dan swasta  akan terus menyediakan pekerjaan baru. Selain itu, kadar kelahiran di Malaysia semakin mengecil. Majoriti memilih untuk mengurangkan bilangan anak dan mengakibatkan kadar penuaan meningkat. Perancangan keluraga dengan erti kata lain. Kalau kerajaan tak  lanjutankan umur persaraan ini, kerajaan akan menanggung kos gratuiti dan pembayaran pencen. Fikir-fikirkan lah…… kerajaan melihat isu ini dari pelbagai perspektif jangka panjang pembangunan Negara. Untuk saper jugak….untuk kita rakyat Malaysia. 

 






Jentayu: Habuan dah dapat, dengan itu marilah sama-samalah kita meningkatkan mutu kerja dalam bidang masing-masing.

Thursday, 29 September 2011

Penyakit Anorexia Nervosa



Perut buncit? Oooo....tidak. Masalah berbadan besar merupakan virus yang semakin menular dalam masyarakat kita sekarang. Senang cakap anorexia nervosa ni orang yang sangat obsess nak kurus. Pesakit ini mengalami gangguan makan. Mereka sanggup memuntahkan balik apa yang mereka  makan, dikhuatiri berat akan melepasi paras normal. Ini kategori bulimia nervosa.. Mereka sanggup buat apa saja untuk menjadi kurus. Golongan ini tidak akan puas dengan penurunan berat badan mereka. Mereka sentiasa berjaga-jaga terhadap pemakanan yang diambil. Penambahan berat badan akan membuatkan mereka panik, cemas dan mengalami tekanan. Mereka asyik mengatakan diri mereka gemuk, padahal kita tengok macam orang dah tak cukup makan, muka macam orang sakit dan  pucat.

“ko kena naikkan berat badan ko sikit, baru nampak cantik”. Tapi kata-kata itu langsung tidak dipercayainya. Lagi kurus lagi baik. Mereka terus dengan corak pemakanan mereka. Mereka ini sangat la berkira tentang pengambilan kalori. Kenaikan berat badan  pun datang dari banyak puncanya. Di antaranya ketidakstabilan hormon, ambil kalori berlebihan, kehamilan, stress dan diet yang tidak seimbang. Kenal pasti dulu corak pemakanan anda?


  
Mereka ini akan kelihatan kulit kering, rambut dan kuku mudah rapuh dan sensitif pada sejuk. Mereka sangat peka dengan ukuran dan timbangan berat badan. Ada juga yang melakukan perangsangan muntah. Mereka ini dikategori pesakit jiwa pun jiwa yer, sebab takut sangat nak makanan kononnya takut gendut walaupun badan dah sedia kurus. Mereka sanggup berlapar. Biasanya dialami oleh kaum wanita la. Body mass index (BMI) golongan ini mesti di bawah 16.










Jentayu: Bersederhanalah  ketika makan demi menjamin kesihatan anda. Kesihatan adalah harta yang bernilai.

Wednesday, 21 September 2011

Lemak VS Kolesterol


Dengan Term Lemak dah takut kan? Lemak sinonim dengan gemuk. Bila gemuk dah jadi tak sihat dan tak cantik? 


Lemak dikategorikan dua jenis. Lemak Tepu, ia membeku pada suhu yang rendah. Terdapat dalam sumber haiwan dan tumbuhan seperti makanan yang diproses seperti santan.  Lemak Tak Tepu pula ia bersifat lembut dan cair walaupun dalam suhu yang rendah, dan ia berasaskan dari sumber tumbuhan.  Lemak mempunyai kalori yang sangat padat.

Penimbunan lemak dalam arteri

Kolesterol adalah makanan yang bersumberkan haiwan seperti daging merah, makanan laut, dan mentega. Ia bersifat lembut dan berminyak dan tidak berbau. Ia dijumpai di seluruh anggota badan terutama otak, sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon seks. Terdapat dua jenis kolesterol iaitu HDL (High Density Lipoprotein) dan LDL (Low Density Lipoprotein). Dua-dua jenis kolesterol ini dihasilkan oleh hati dan bergabung di sini. 75 peratus dihasilkan oleh LDL manakala HDL 25 peratus. LDL tugasnya membawa kolesterol ke dalam arteri darah. Sementara HDL bawa kolesterol dari dalam darah untuk kegunaan hati.

Pengambilan berlebihan menyebabkan penyakit atherosclerosis. Bila kandungan kolesterol tinggi dalam darah, ia terus melekat pada dinding saluran darah. Saluran darah akan mengecil dan tersumbat. Kalau terkena pada otak, akan jadi strok dan sekiranya berlaku pada arteri akan memberi kesan kepada jantung. Masalah kegemukan sudah pasti. Bahayakan? 


Hadkan pengambilan lemak dan kolesterol.  Amalkan pengambilan makanan seimbang. Kalau boleh cuba elakkan dari mengambil makanan dari lemak tepu. Guna lemak monounsaturated contoh minyak canola atau zaitun. Lebihkan pengambilan serat. Serat boleh kurangkan kadar kolesterol. Selain itu, rajin-rajinkan diri anda untuk bersenam kerana bersenam akan meningkatkan HDL dalam darah. Cuba masak lemak dan kari guna susu rendah lemak, elak guna santan. Sediakan makan dengan cara bakar, rebus dan panggang. “Sangupkah anda?” 







Jentayu: Jagalah kesihatan dari awal, jangan menyesal bila dah kena....Anda mampu mengubahnya….

Monday, 12 September 2011

JANGAN Lupa Basuh tangan…..

 03.09.2011 adalah tarikh tak boleh Jentayu lupakan.  Masa perjalanan balik ke KL, anakku muntah-muntah dan cirit-birit. Setiap perhentian dan petrol pam berhenti. Aku  tak yah citer la lencur basah dengan muntah si kecil ni. Tapi mummy sanggup buat apa saje untukmu. Dia lak asyik tidur jer sepanjang jalan. Sampai di Raub suhu badan dia makin meningkat. Aku berhenti pergi klinik jap. Doktor just bagi ubat jer. Anakku semakin lemah. Mata tak boleh celik, berdiri tak boleh. Kejap-kejap aku kecut dia. Jalan jem teruk dari Benta ke Bentung. Sampai KL terus ke Kelana Jaya Medical Centre (KJMC).  Doc cakap your daughter very weak and pale. Kena jumpa doktor pakar pediatrik. Tangan si kecik ini bagai experiment cucuk situ sini cari urat tak jumpa-jumpa. Miii…diii….atik(sakit)…Air mata mummy dan daddy gugur tanpa dipaksa. Ambil darah untuk diuji. Rupa-rupanya kena virus infection.  Biasa la anak bandar balik kampung, baru jumpa itik, ayam, lembu, kambing. Biasa duk dalam sangkar burung, ni berpijak di bumi yang nyata. Beronok-ronok la dia. First time seumur hidup dia demam seteruk ni. Mummy lak shock sebab anak tak pernah alami demam seteruk ini.

Aku rasa semua ibu bapa sama seperti kami. Anakku terpaksa admitted di wad 316 sebab terlalu dehydration.  Selama 4 hari  beraya kat situ. Suhu sampai 40.4c,  hari ke 4 baru turun 36.5c. Kami terfikir-fikir penyebab virus? Adakah dari makanan, minuman, persekitaran, tangan kotor?  Memang ye pun. Tangan ada kuman, pastu sentuh mata, hidung, mulut dan macam-macam lagi. 


Menurut doktor kuman ada di mana sahaja. Jagalah kebersihan di mana jua anda berada. Train anak basuh tangan sebelum menjamah sesuatu makanan. Jaga kebersihan rumah.  Dalam handbang perlu ada sanitizer. 

Membasuh tangan dengan sempurna penting kerana tangan menyebarkan kira-kira 80 peratus penyakit berjangkit seperti demam dan selesema, maka dengan membasuh tangan - andai dilakukan dengan sempurna - adalah cara paling berkesan untuk mencegah penularan penyakit. (Sumber: Kementerian Kesihatan serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit)

















Jentayu: Penjagaan kebersihan diri harus diberi keutamaan bagi mengurangkan risiko daripada mendapat penyakit.

Monday, 22 August 2011

10 Minit Pun Ok Lah…..


Aktiviti berjalan kaki ni banyak faedahnmya…kalau 3 kali seminggu selama 10 minit sehari dah 100-150 kalori terbakar….baik terbakar daripada menternak kan…makin banyak ternak makin haru-biru jadinya. Pembakaran kalori bergantung pada berat, jantina, dan berapa pantas kita berjalan. Kalau melenggang macam mak limah balik umah memang tak terbakor la kalori dia. Yang penting jangan paksa diri berjalan, jadikan ia satu aktiviti santai dan rileks. Jangan berhenti atau duduk sepanjang waktu berjalan itu. Bagi meningkatkan lagi intensiti latihan  bawalah beban sikit. Sambil-sambil jalan tu bawa la dumbell atau plastik bag yang shopping tu…. Agak-agak dalam 2 paun berat dan hayunkan lengan anda sewaktu berjalan. Catwalk la sikit…..

Kalau tak nak jalan, berlari pun boleh…berlari mampu mengurangkan tekanan, menurunkan berat badan. Berlari dengan laju menjadi pilihan ramai untuk membakar kalori. Orang yang berat 140 paun boleh bakar 475 kalori semasa larian 45 minit. So korang nak berlari ke nak jalan ker dua-dua ada kebaikan masing-masing. Cuma malas dan rajin jer? 















Jentayu: Nak sihat dan nak cantik kena la usaha sikit, ia tak akan datang bergolek wahai kawan-kawanku…tak der jalan pintas untuk berjaya. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...