Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Rakan1Klik.
Seperti yang dijanjikan, kali ni CikPanda ingin berkongsi sedikit pengalaman untuk mengambil gambar yang mempunyai ‘wow factor’.
Menghasilkan gambar yang mempunyai ‘wow factor’ bukanlah bergantung 100 peratus kepada kecanggihan kamera dan alatan yang digunakan. Sebaliknya daya kreativiti dan kemahiran yang ada dalam diri kita itu yang perlu digunakan.
Kreativiti pula terlalu luas maknanya. Jadi, kali ini CikPanda akan berkongsi maklumat yang tidak akan menyentuh mengenai aspek teknikal sebaliknya berdasarkan pengalaman.
Berikut adalah tip-tip untuk menghasilkan gambar yang mempunyai ‘wow factor’:
Berdasarkan pengalaman, saya merasakan perbezaan antara gambar-gambar yang dihasilkan adalah berkaitan dengan posisi. Tidak semua gambar yang diambil yang diletakkan di tengah-tengah bingkai (frame) akan menghasilkan gambar yang menarik. Sebaliknya, objek atau subjek akan kelihatan ‘hidup’ jika seorang juru foto itu dapat mengambil gambar objek dan subjek tersebut daripada posisi lain.
Subjek tidak semestinya di tengah-tengah frame
Mungkin ada pendapat yang kurang bersetuju dengan saya, tetapi, dengan kemahiran dan kreativiti anda cubalah mengambil gambar tanpa menggunakan flash sebaliknya menggunakan teknik bacaan yang tepat dan sumber cahaya yang sedia ada. Contohnya, ambil gambar senja dengan menggunakan ISO yang minimum dan bukaan kamera yang luas (nilai aperture yang kecil; contoh f3.5).
Hasil pemandangan senja di Pantai Chenang, Langkawi tanpa menggunakan flash
Menghasilkan gambar potret yang mempunyai ‘wow factor’ sekurang kurangnya mendedahkan satu elemen personaliti subjek. Subjek tidak perlu kelihatan kaku atau takut di depan kamera sebaliknya juru foto memainkan peranan yang penting untuk berkomunikasi dengan berkesan supaya subjek lebih santai dan menonjolkan sifat semula jadi dirinya.
Foto potret menceritakan elemen personaliti objek
CikPanda: Nanti CikPanda akan berkongsi pula teknik lain,ok!