Followers

Thursday, 5 July 2012

Rahsia Superb Cantik Gadis Jepun

Lumrah lah kan semua orang nak cantik nak hansem dan gorgeous gituh !. Cik Taring jealous betul tengok kulit-kulit orang jepun, korea tuh semua. Kulit depa superb lawa lah kan. Lepas tuh mula lah fikir “kenapa lah kulit muka aku ni tak lawa macam artis jepun tuh”, “nak kulit macam tuh, lawanya”..sampaikan bermacam-macam-macam produk kita guna semata-mata nak dapatkan kulit yang superb lawa. Biar pengsan laki dekat rumah tengok hehehe

Suami mana tak suka tengok bini dia lawa kan, walaupun Cik Taring ni masih singel ehemehem tak bersuami nak juga lawa-lawa. Hari ni Cik Taring nak share sikit rahsia superb cantik gadis jepun. Info ni Cik Taring dapat dari kawan Cik Taring yang belajar dekat Jepun, so hari tuh masa Cik Taring gosip-gosip dia bagi tau lah pasal benda ni. Sharing is loving kan, right !

Gadis jepun majoritinya mempunyai wajah yang putih, lembut dan halus. Pasti korang tertanya-tanya apakah rahsia dia oranag kan? antara amalan yang dilakukan untuk kulit cantik adalah melakukan perawatan tradisional menggunakan bahan semula jadi sejak turun temurun lagi. Jom continue baca ;-)

Vitamin C
gadis jepun percaya vitamin c baik untuk kulit dan memiliki khasiat untuk memutihkan kulit. oleh sebab itu, mereka mengamalkan makan buahbuahan yang kaya dengan vitamin c bertujuan untuk memecah dan mengoksidakan melanin sehingga menjadikan kulit putih. Cik taring suka vitamin c

Kacang merah
gadis jepun memanfaatkan azuki, sejenis kacang merah yang digunakan sebagai bahan untuk menggosok wajah sejak dulu lagi. hasilnya, wajah menjadi lebih halus dan bebas daripada sebarang masalah jerawat Beras Merah bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Beras Merah
Bahan yang digunakan oleh gadis jepun untuk memelihara kulit dan sentiasa awet muda. bukan itu sahaja, bahan semula jadi ini juga berkhasiat mencegah kedutan, lingkaran hitam di bawah mata dan mengawal pengeluaran minyak secara semula jadi kulit.

Pengelupasan
Gadis jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dari wajah hingga membuatkan wajah mereka tampak berseri dan tidak nampak kusam. Cik Taring pun suka dengan pengelupasan ni, tapi boleh ke Cik Taring buat, maklumlah kulit Cik Taring ni sensitif macam orang nya

Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemukan di perairan jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi terbaik. Wakame melindungi kulit daripada sinar ultra violet serta kerosakan kulit. bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.



Sumber :Remaja.Karangkraf
                                                                                                                                         

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...