- Ubat Tradisional dan Komplementari dipraktiskan bersama, selain daripada amalan perubatan atau pembedahan, oleh pengamal perubatan berdaftar seperti yang ditakrifkan dalam Akta Perubatan 1971.
- Di bawah peraturan Kawalan Ubat dan Kosmetik, "ubat tradisional" bermakna sesuatu produk yang digunakan dalam amalan "ubat indigenus", di mana ubat tersebut mengandungi satu atau lebih bahan semula jadi/asli dalam tumbuhan, haiwan atau bahan galian dalam bentuk bahan mentah atau diekstraks secara kasar; dan perubatan homeopati.
- Pengubatan Alternatif dan Komplementari (CAM) adalah satu amalan penjagaan kesihatan yang amat luas, yang bukannya sebahagian daripada amalan perubatan moden. Ia termasuk semua amalan dan idea tersendiri pengamalnya sebagai langkah mencegah atau merawat penyakit atau meningkatkan kesihatan dan keadaan diri.
Mengenai Ubat Tradisional Dan Komplimentari
- Ubat-ubatan komplementari adalah satu terma yang boleh digunapakai dan ditukarganti dengan ubat-ubatan alternatif.
- Menggunakan banyak bahan semulajadi sebagai ubat (contoh: pokok, herba, haiwan dan bahan galian asas untuk ubat-ubatan).
- Boleh bersangkutpaut dengan penggunaan rawatan spiritual, teknik manual dan senaman.
- Kos TCM dianggap lebih murah berbanding dengan perubatan moden tetapi jumlah wang yang dibelanjakan oleh pesakit kadangkalanya tinggi.
- TCM adalah diterima secara meluas terutamanya di kawasan luar bandar (kerana kaitannya dengan budaya dan kepercayaan).
- Jenis Ubat tradisional yang terdapat di Malaysia:
- Ubat Tradisional Melayu
- Ubat Tradisional Cina
- Ubat Tradisional India
- Ubat Tradisional Iban
Keperluan Pendaftaran Untuk Ubat Tradisional
- Semua ubat-ubatan tradisional di Malaysia perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.
- Pendaftaran ubat tradisional adalah untuk memastikan ubat-ubatan tersebut adalah selamat dan berkualiti.
- Pengkelasan ubat tradisional:
- Produk dalam bentuk pil, tablet, kapsul dan sebagainya yang mengandungi bahan semulajadi daripada tumbuhan, mineral atau sumber haiwan dalam bentuk bentuk asalnya atau bentuk ekstrak secara kasar.
- Ubat tradisional untuk kegunaan luar yang mengandungi campuran kapur barus, menthol, dan /atau pati minyak (essentials oil).
- Produk kesihatan dan pemakanan yang mengandungi bahan semulajadi tumbuhan atau sumber haiwan dalam bentuk asal atau bentuk ekstrak secara kasar.
- Produk kosmetik yang mengandungi bahan herba yang digunakan sebagai rawatan.
- Alkohol berubat bagi tujuan perubatan, yang mengandungi bahan ubat tradisional.
- Teh herba.
- Sediaan antipigmentasi dan anti-kelemumur serta plaster yang mengandungi bahan aktif herba.
Klik Sini Untuk Seterusnya
Berita di sunting dari sumber :My Health
No comments:
Post a Comment