Apakah bayi SGA?
Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 3.4 hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.
Definisi
Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:
· Berat lahir kurang dari 10th percentile bagi usia kehamilan (minggu kehamilan).
· Berat dan saiz bayi ini kecil, kurang dan 90% berat bayi pada usia kehamilan sama.
· Berat bayi berada lebih dari10% berat badan di bawah garisan pembesaran bayi dalam kandungan.
Apakah jenis-jenis SGA?
Bayi SGA:
· Cukup bulan atau pramatang.
· Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang dari 2.5kg.
Jenis-jenis bayi SGA: :
· Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang
· Tidak setara - contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.
Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?
Sebab-sebab:
· Keturunan - ibu-bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang kecil juga
· Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).
Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intra Uterine Growth Retandation)?
Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen dan kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.
No comments:
Post a Comment