Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia...
Lama sungguh ambo tak menulis di blog ni… ada ceritanya kenapa lama tak menulis ni. Ceritanya ambo cuti bersalin anak pertama Disember tahun lepas dan masuk kerja Hujung Mac lepas. Maka, bila masuk kerja selepas 3 bulan bercuti harap maklum lah kepadatan kerja yang perlu diselesaikan dan hari ni barulah ada masa untuk menulis. Jadi, apo kabo semua kawan- kawan ambo semua… harapnya sihat sejahtera la semua.
Apa cerita dunia gajet sekarang? Anda semua tahu ke apa perkembangan semasa dunia gajet sekarang. Rasa macam ambo dah banyak ketinggalan kut… tapi tak per ambo kejar balik. Jadi, cerita baru – baru ni ambo dengar Kerajaan China menyaman syarikat gergasi Apple untuk pemilikan nama iPad. Ambo ingat iPad tu nama kreatif yang Apple berikan untuk masterpiece dia yang satu ni rupanya ambil nama pinjaman semata – mata.
Akhirnya, terpaksa la Apple bayar syarikat China, Proview Technology sebanyak USD 60. Syarikat itu mendakwa mempunyai hak sebenar ke atas nama iPad. Dengar ceritanya sebelum ni Proview mengeluarkan set desktop pc yang dinamakan iPad, jadi bila Apple memasarkan tablet iPad di China, Proview memafilkan saman atas dakwaan bahawa Apple tidak ada hak untuk menggunakan nama iPad sebagai nama rasmi kepada tablet keluaran Apple.
Apple pula menafikan dengan berkata mereka telah membeli hak ke atas nama iPad daripada Shenzhen Proview Technology pada tahun 2009 lagi bagi menangkis dakwaan Proview. Kini masalah perebutan nama iPad itu sudah selesai bila Apple terpaksa bayar juga kepada syarikat tersebut untuk hak kepada nama iPad itu.
Nahaza: Ini perebutan nama je.. boleh sampai kena bayar berjuta. Memang inilah kuasa syarikat besar.
No comments:
Post a Comment