Followers

Wednesday, 27 June 2012

Resepi Raya 1#

Lama betul Cik Taring mendiamkan diri dari blog ni kan! ada yang rindu dengan Cik Taring tak?. Apa khabar semua? Sihat? Macam mana dengan iman korang semua ada OK!

Pejam celik pejam terbeliak dah nak masuk Ramadhan kan, tak sampai sebulan lagi kita akan berpuasa, wah! Excited nya nak sambut Ramadhan lepas tuh raya.Yeeaaaayy dapat duit raya hehehe. Sempena Ramadhan yang bakal tiba ni kan cik taring nak kongsikan saturesepi untuk hari raya nanti (terserlah excited cik taring kan). Resepi ni cik taring copy dari blog masam manis, dekat blog masam manis banyak sangat resepi yang menarik


MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan untuk loyang 9 inc
1 cwn serbuk koko
1 cawan air panas
1 cawan mentega ~ dilembutkan
2 1/2 cawan gula castor
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung kek
2 sudu teh Baking Soda
1 sudu teh Baking Powder
1/2 sudu teh garam
1 cawan sour cream ~ 200 gm

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan loyang berukuran 9 inci
Sapukan butter pada loyangdan lapik dasar loyang dengan kertas minyak ~ baking paper
Campurkan koko dengan air panas dan kacau rata hingga koko melarut dan ketepikan dalam bekas yang kering dan bersih
satukan tepung kek, baking soda, baking powder dan garam ayak dan ketepikan dalam mangkuk mixer satukan mentega dan gula, pukul hingga adunan gebu
Masukkan esen vanila dan telur sebijik demi sebijik sambil terus memukul hingga adunan sebati
Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak berselang seli dengan sour krim hingga adunan rata
Akhir sekali masukkan bancuhan koko tadi.
Tuangkan adunan ke dalam loyang
bakar dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak sempurna
Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastiukan kek telah di masak sempurna.
Lidi yang keluar kering dan licin menandakan kek telah di bakar sempurna
Keluarkan daripada acuan selepas 10 minit dan sejukkan atas redai
Potong kek kepada 2 atau 3 lapisan
Lapiskan dengan Chocolate Ganache
Sapukan keseluruhan kek dengan Chocolate Ganache dan hiaslah ikut kreativiti masing-masing.

CHOCOLATE GANACHE
450 gm Coklat Masakan ~ potong kecil
300 gm cream
satukan kesemua bahan di atas ke dalam periuk kecil dan masak dengan menggunakan api kecil sehingga coklat mencair
Sejukkan sebentar sebelum di sapukan pada kek.
MOIST SOUR CREAM CHOCOLATE CAKE 
Ingredients
1 cup Cocoa
1 cup Boiling Water
1 cup Butter - softened 
2½ cup Sugar
4 Eggs
2 tsp Vanilla Essence
3 cup Cake Flour*
2 tsp Baking Soda*
1 tsp Baking Powder*
½ tsp Salt* (* sifted together) 
1 cup / 8 oz Sour Cream (I used 200g packet)

Method
1. Dissolve cocoa & boiling water.
2. Cream butter & sugar until light.
Add in VE and egg, one a time while beating until well mixed.
Fold in flour and sour cream alternately, beating well after each addition.
Lastly, add in cocoa mixture.
3. Bake 170C for 1 hour until cooked when tested with skewer.
(I baked mine for 1½ hours, testing it every 10 minutes after 1 hr).
4. Unmould after 10min and cool completely before slicing then layer/spread with chocolate ganache.

CHOCOLATE GANACHE
450g Chocolate - chopped 
300g Cream
- Place both in a pot & cook small fire until chocolate melt.
- Cool slightly before layering cake & spreading on top.
Sumber : Fromintankitchen
untuk info lanjut tengok Sini 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...