Para belia tekun menjawab soalan yang dikemukakan dalam borang
Kajian Selidik Himpunan Belia 2012
Golongan belia yang hadir ke Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena Sambutan Hari Belia Negara tidak melepaskan peluang untuk hadir ke gerai pameran Bahagian Penerbitan Dasar Negara (BPDN), Jabatan Penerangan Malaysia. BPDN telah menyediakan pelbagai buku, risalah dan potret untuk diagihkan secara ‘percuma’ kepada orang ramai yang berkunjung ke gerai pameran jabatan.
Justeru itu golongan belia yang hadir ke gerai pameran BPDN tidak mahu ketinggalan mendapakan bahan bermaklumat secara percuma ini. Malahan mereka juga tidak keberatan untuk memberi kerjasama bagi menjawab soalan yang dikemukakan dalam Borang Kajian Selidik Himpunan Belia 2012.
Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara di Putrajaya telah diraikan bermula dari 23 hingga 27 Mei 2012. Pelbagai aktiviti yang melibatkan 500 aktiviti membabitkan 38 segmen dengan 1000 persembahan dan 24 pentas merangkumi bidang sukan, sukan lasak, hiburan, seni dan budaya telah disediakan. Sambutan yang bertemakan ‘Hari Ini Lebih Baik Berbanding Hari Esok’ mencipta rekod kerana berjaya menghimpunkan dua juta belia sepanjang lima (5) hari penganjurannya dan menjadikannya antara 10 karnival terbesar dunia.
Sambutan Hari Belia Negara tahun ini sekali lagi penuh bermakna apabila YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama isteri Datin Seri Rosmah Mansor melapangkan masa untuk hadir mengunjungi ke tapak karnival.
No comments:
Post a Comment