Terkedu sekejap CB bila dapat tahu orang yang membabitkan diri dalam kegiatan komunis tu dianggap perwira negara. Aduh, dari mana durang dapat idea tu?
Mat Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara ni masih dalam pemerintahan British. Mat Indera ni macam orang lain juga, mula-mula berniat mahu berjuang bebaskan negara kita ni daripada penjajah.
Tapi lama-lama dia joined pula Parti Komunis Malaya (PKM), gerakan komunis militan yang kita sedia tahu memang bersifat kejam dan ganas dalam setiap tindakannya. Paling ndak dapat dilupakan ketika PKM buat serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950. Bukan sahaja anggota polis di situ diserang dengan kejam, malah ahli keluarga mereka pun diserang sekali. Memang langsung ndak berperikemanusiaan.
Kalau buat sesuatu sampai mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam, mana layak dianggap sebagai pejuang kebebasan negara. Orang itu lebih layak digelar sebagai pengganas!
Bah, pendek kata, pandai-pandailah kita berfikir. Mengikut fahaman yang secara jelasnya haram dan salah di sisi undang-undang hanya akan merugikan diri sendiri. Negara sudah cukup aman, buat apa kita mo korbankannya, kan?
Cik Bibiran : CB benci komunis!
No comments:
Post a Comment