Semalam sewaktu makan tengah hari seperti biasa CK melawat ayah yang sudah sebulan terlantar di Hospital Kuala Lumpur kerana penyakit kencing manis dan saluran darah tersumbat. Begitulah rutin harian CK kebelakangan ni. Alhamdulillah… bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk menjaga ayah yang sakit. Tapi bukan itu yang CK nak gossip kan hari ni.
Ceritanya begini, sedang CK menyuapkan makanan untuk ayah maka masuklah segerombolan doktor melakukan rutin lawatan untuk pesakit di sebelah katil ayah. Setelah melakukan pemeriksaan yang sepatutnya maka salah seorang doktor berbangsa Cina yang CK pasti adalah seorang doktor pakar telah berpesan kepada pesakit tersebut lebih kurang begini bunyinya “Pakcik, saya nak mintak jasa baik pakcik bagi tau pada anak-anak pakcik supaya tidak mengarahkan doktor. Kami cuba buat yang terbaik untuk pakcik supaya pakcik boleh sihat. Doktor pun manusia biasa juga pakcik perlukan masa rehat, kalau anak pakcik hendak berjumpa dan berbincang dengan doktor minta dia datang masa hari bekerja… semua doktor ada. Semalam hari cuti saya pakcik saya ada hal tak boleh nak datang bila anak pakcik telefon saya. Minta maaf ya pakcik. Niat saya ikhlas nak tolong pakcik anak pakcik kena faham ya.”
Kemudian bila semua doktor dah pergi masuk pula seorang jururawat untuk mencuci luka pakcik tersebut. Sambil mencuci luka jururawat terbabit telah memujuk poakcik tersebut supaya tidak berkecil hati dengan apa yang telah diperkatakan oleh doktor tadi. Jururawat tersebut dengan lembut menerangkan bahawa niat doktor tu baik dan dia tidak berkecil hati dengan pakcik dan anak-anak.
Huhh…tersentuh hati CK mendengar kata-kata doktor dan jururawat tu. Dalam hati CK berkata kita sebagai ahli keluarga pun belum tentu dapat bersembang sebegitu tulus dan ikhlas dengan ayah kita dan dapat menjaga ayah kita sebagaimana mereka menjaganya sebab CK tengok siang malam mereka berada di hospital. Tak tau lah CK bila mereka ni balik rumah. Jadi pada pendapat CK tak salah untuk kita bertanya kakitangan hospital tentang tahap kesihatan ahli keluarga yang dirawat tetapi jangan sampai kita mengganggu tugas-tugas seharian mereka kerana mereka cukup terlatih dan terikat dengan pelbagai prosedur yang perlu dipatuhi. Jika perlukan penjelasan jumpalah mereka semasa mereka bertugas bukan mengikut masa lapang kita. Cubalah kita selami dan fahami sikit tugas-tugas mereka ini.
Hmmm…mungkin ada rakan-rakan di luar sana yang punya pengalaman dengan perkhidmatan hospital bolehlah kongsi dengan CK ya kerana CK rasa lama lagi CK akan berurusan dengan pihak hospital ni…CK juga nak mengucapkan terima kasih untuk kakitangan wad 14 Hospital Kuala Lumpur. TAHNIAH kerana anda telah menjalankan tugas dengan hati dan perasaan!
CK: TAHNIAH kerana anda telah menjalankan tugas dengan hati dan perasaan!
8 comments:
sedih plak...
kekadang pesakit ni agak susah juga nak kata...
apa yg pasti kami akan berikan perkhidmatan terbaik semasa waktu berkerja..
dan selepas waktu keje kena la faham kan.. waktu rehat pun kena faham gak
tapi kekdg atas dasar kemanusiaan kami akan membantu sekiranya diperlukan seandainya ia bukan waktu berkerja...
Kite mesti la kena faham camne keje doktor.. Doktor tak semestinya merawat sorg jer pesakit..
Memang perlu untuk kite b'bincang m'genai pesakit tapi mereka juga memerlukan masa untuk b'rehat.. Abik la masa yang sesuai untuk b'jumpa dengan mereka time waktu b'kerja..
Orang tua lau sakit, perasaan mereka sensitif ckit dan lebih kpd k'budak-budakan..jadi, b'cakap kena la sopan dan pandai m'jaga hati mereka..=)
doktor ni memang kena jadi seorang yang prihatin. prihatin kepada pesakit.
sebab semua manusia biasa
eh-eh...CK pon penah jaga ayah kat hospital ke?
masa kite jaga ayah aritu ada sorang doktor laki tu...sampai skang kite ingat nama dia doktor za'im...
gayanya macam doktor yang CK cerita tu la...
masa tu ayah kite da sakit sangat2 pasal xleh nak buang air lepas tube yang smbung lepas operate tu d cabut..
kitorang pun cemas la kan...kakak kite da bgtau doktor tu macam2 la..sakit ayah ni..dia rileks aja dia explain kat kitorang...
'kakak..pakcik ni sebenarnya sakituntuk buang air..bukan x boleh buang air...jadi saya akan sambung balik tube tu'
lepas tu baru dia terkejar2 cari nurse untuk siapkan barang
terbaek..x kelam kabut n tenang je... kalau la dapat doktor tu jadik laki..bahagia kot...(ayat gatal)hehehe
Assalamualaikum...
Pertama sekali, saya harap ayah CK cepat sembuh.
Memikul tugas sebagai seorang doktor bukanlah sesuatu yang mudah. Saya faham, sebagai ahli keluarga pesakit..pasti mahu ahli keluarganya cepat sembuh. Namun, janganlah sampai mengarahkan doktor itu & ini. Mereka juga manusia biasa. Bukan hanya seorang pesakit yang perlu dirawat, tetapi ramai bilangannya. Teringat pengalaman semasa saya menjalani latihan praktikal di farmasi hospital. Pernah saya ditegur oleh seorang makcik dengan nada yang marah-marah. Katanya dia dah tunggu lama, tapi ubat masih belum dapat.sedikit tidak berpuas hati. Saya yang berada di kaunter terpaksa meminta maaf atas kelewatan utk mengelakkan salah faham. kadang2 ramai yang tidak faham, bahawa ramai sebenarnya orang yang menunggu. utk membaca prescription kdg2 juga mengambil masa terutamanya yang manual & bermasalah. saya faham, ramai yang tidak suka menunggu lama. tetapi, itu sememangnya prosedur. tapi xpe, saya suka kerja ini sebabkan dapat dekatkan diri saya dengan masyarakat..(^_^)
pesanan buat saya & anda :
bersabarlah & cuba faham tentang sesuatu tugas tersebut...
Bila kita pandang rendah tugas seseorang, kita akan perkecilkan mereka. Ramai yang merungut doktor kerajaan tak semesra dan secekap doktor swasta. Tapi tak ramai yang cuba letak diri mereka pada tempat doktor tu.
Beban tugas mereka banyak kerana jumlah pesakit yang ramai. Namun begitu mereka tak pernah abaikan mana2 pesakit. Kalau kita nak yang terbaik daripada seseorang, pastikan kita juga beri yang terbaik kepada mereka..
Post a Comment