Teh O ais, teh tarik, milo ais, teh ais limau… tentu pernah dengar air ni, kan . Tambahan pula ia diminum dengan ais.. sedap sangat. Air ni biasanya diminta sewaktu kita makan di mana-mana. Jarang kita nak dengar orang minta air suam atau air kosong. Disini Cik Chie nak berkongsi rahsia kebaikan air kosong. Air kosong banyak manfaatnya kalau kita rajin amalkan. Banyak penyakit boleh dipulihkan dengan izin Allah jika ia dijadikan amalan.
Dalam penyelidikan di negara matahari terbit sana tu, kajian mereka menyatakan sakit yang insya-Allah boleh baik adalah… sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing. Tapi sekarang ni, kita susah nak minum air kosong sebab air ini tiada rasa. Lainlah kalau kita minta air yang berperisa sedap sikit ,kan. Cik Chie nak beritahu, penggunaan gula yang berlebihan dalam air pun tidak elok sebenarnya untuk kesihatan kita. Selain penyelidikan, petua meminum air kosong ini adalah dari nenek Cik Chie sendiri, minum air selepas bangun dari tidur tanpa memberus gigi adalah amalan nenek Cik Chie, awet muda katanya. Rupa takkan nampak tua dari usia sebenar.. sampai jumpa lain masa..
Uchee: Kesihatan yang baik bermula dengan diri kita sendiri…
9 comments:
banyak betul ek manfaat die
kena minum byk air kosong pas nie..tq for the info...
dah larh sedap.
banyak kebaikan pulak uh
minum air kosong kena 8 glas shari, kalu x minum alamatnyer keringlah bibir sampai mengelupas~
air kosong byk khasiatnya
nana byk minum water cooler jew..huhu..duk asrama malas nak masak2 air
Minum air kosong banyak manfaatnya jika nak dibandingkan dengan air2 lain.. W'pon ia air yang nampak biase tapi sbnarya ia luar biase..
Banyak kelebihannya jika nak dibandingkan dengan air2 lain.. air kosong dapat m'yembuhkan palbagai pyakit, mantain metabolism dan lain2.. kite sepatutnya minum air kosong sebanyak 8kali atau 1liter sehari..ia sgt b'manfaat utk kite..
Kite seharusnya m'gurangkan minum minuman yang manis sprti air teh, milo dan sbg supaya kita tidak mudah m'dapat pyakit sprti kencing manis.. Boleh diminum tapi jarang2 sahaja contohnya sekali s'hari supaya kita tetap ada tenaga..
So, b'fikir la untuk masa depan kite.. =)
memang air kosong ni banyak khasiatnya. nak awet muda pun boleh. mira skang ni memang sedang berjinak2 nak minum air kosong secara kerap.
air kosoang byk khasiat..leh putihkan kulit..merdukan suara...byk lagi lah..dan awet muda yg ni penting..bangun je tidur minum air dan baca selawat ke atas Nabi..Insya Allah akan awet muda...yang nie petua orang tua tua..
Post a Comment