Followers

Tuesday, 1 March 2011

Nilai Luhur Budaya Melayu



'Hai…selamat berkenalan. 

KakBa nak ambil kesempatan yang diberikan ini untuk berkongsi maklumat mengenai nilai-nilai luhur budaya Melayu. Kepada pembaca yang bukan Melayu jangan tak nak baca pulak tulisan KakBa ni. Walaupun dikatakan nilai-nilai ini adalah nilai luhur budaya Melayu tetapi jika diperhatikan, bangsa-bangsa lain juga boleh memanfaatkannya kerana ia sebenarnya bersifat universal. KakBa pilih tajuk ni banyak sebabnya. Pertama, KakBa perhatikan, anak-anak muda dewasa ini sudah hilang nilai-nilai luhur budaya Melayu kerana terpengaruh dengan budaya luar yang kononnya lebih maju dan moden. Kedua, sebab KakBa harapkan maklumat sedikit ini dapat mengembalikan nilai-nilai ini kepada masyarakat kita agar ia tidak terus ditelan zaman. Selain itu banyak lagi la sebab lain yang pembaca boleh fikirkan sendiri apabila membaca kandungan tulisan KakBa lepas ni. Jadi tungguuuuuuuu…


KakBa : Sajer nak timbulkan unsur suspen buat pembaca …jangan marah….



4 comments:

story of my life said...

suspen je kak BA nie tau...

rusna wana said...

nilai luhur dan budi bahasa telah hilang dek arus moden zaman skrang..

Sarah Naiema said...

Negara kita kaya dengan nilai2 luhur budaya dan adat2 melayu.. Jesteru, kite seharusya sentiasa menanam sikap kemelayuan supaya nanti tak luput ditelan zaman..

Melayu kite penuh dengan adab dan kesopanan.. kite seharusya sentiasa menyemai nilai2 luhur nie ke dalam diri kite sejak dari kecil lagi..Begitu juga gan anak2 kite nanti, didik la mereka dengan nilai2 luhur budaya melayu...

Kagumi la kemelayuan kite nie..Jangan hilangkan nilai2 luhur budaya Melayu nie dengan mengkagumi budaya luar atau budaya barat yang disukai budak2 zaman skrg.. Hargai la nilai2 luhur budaya melayu kite..=)

Wan_hazel said...

dulu org kata..biar mati anak janagn mati adat..Skang ramai lak yang buang anak (anak dibiar mati)dan adat entah kemana..Melayu melayu..melayu mudah lupa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...