Pages

Tuesday, 12 April 2011

Atkins Diet

 

Kali ni Jentayu nak kongsi macam mana cara Jentayu diet. Korang tau tak pasal Atkins Diet? Lain orang lain caranya. Lain padang lain belalangnya kan? Jentayu amalkan makan makanan yang kurang karbo tapi tinggi protein. Firstly WAJIB minum air masak 3 liter sehari. Kurang jangan lebih tak pa. Elakkan minum air berkarbonat sebab ia mengandungi gula  yang sangat tinggi. Jentayu pun kurang minum minuman manis. Selain itu, Jenyatu kurangkan makanan yang berkarbo tinggi contohnya nasi, mee, roti, biskut, gula dan lain-lain. Seminggu sekali boleh la. Bukan tak sentuh langsung. Nanti kempunan pula. Nak tau Jentayu makan apa?…Jentayu makan lauk dengan sayur aje. Mula-mula tu memang lsusah nak telan, tapi lama-lama dah jadi kebiasaan. Jentayu juga suka makan keju jenama Kraf dan makan half boil egg . Paling penting, tidur mesti cukup.

Walau apa pun kita buat mesti ada matlamat. Jangan cepat putus asa. Kita kena tetapkan apa matlamat yang nak kita capai. Memang banyak dugaannya. Paling tak tahan dugaan makanan. Office ni kalau buat jamuan, pergghhhhh menunya memang marvellous. Siapa yang masuk sini semua dah kembang-kembang. Pastu salahkan office ni, padahal kita sendiri yang tak pandai kawal. Mulut-mulut orang ni tak perlu cerita la suka perli untuk menjatuhkan semangat ku. Tetapi demi “sesuatu” sanggup ku tepis bak bola ping pong. Akhirnya “sesuatu” yang Jentayu berjaya capai. KG aku pun dah back to normal. Sangat-sangat gembira. Suami pun puji. Alhamdulillah.

Kawan-kawan…….diet yang begini memang lambat turun, sebab Jentayu tak nak diet yoyo. Cepat naik cepat turun. Memang banyak produk pelangsing dijual di pasaran. Janji ada duit je. Order online pun boleh pastu Maybank2u. Makan dah abis sekotak tapi tak kurus-kurus. Mengharapkan produk tu semata-mata, tapi makan tak ingat dunia. Exercise langsung tak. Lemak-lemak tepu mula menapak dalam badan.  Pastu salahkan produk. Sebab tu lah Jentayu buat naturally diet. Siapa-siapa nak Tips Athkins Diets bagi tau, nanti Jentayu e-mel kan. Dah ada tau testimoni yang berjaya tau. Jentayu tak jual produk tapi berkongsi ilmu sahaja. Free of charge lagi!











Jentayu: Proses penurunan berat badan memerlukan disiplin yang sangat tinggi.

20 comments:

  1. nk kurus perlukan nilai kesabaran yg tinggi - kadang2 tak prlukan modal(RM) langsung pun - hnya sekadar menahan nafsu makan yg melampau...makan ikut keperluan bukan ikut nafsu makan yg inginkan semua nak telan....

    ReplyDelete
  2. jom sama2 kita diet.. saya pon nak try diet ni.. ni saya bagi link org diet atkins ni.. mungkin leh jadikan rujukan dan nak pelbagai menu...

    http://rahsiaaku-myoliza.blogspot.com/

    suka blog akak ni sebab boleh nak tiru cara dia pelbagaikan menu.

    http://www.taknakgemuk.com/

    adik ni mmg bersemangat waja dan berjaya jadi kurus dengan diet ni..


    good luck to us... hehehe

    ReplyDelete
  3. tengah cuba berdiet juga.

    tapi agak 'menggigil' bila tak makan nasi.kakaka.

    *semangat kena kuat.disiplin juga:)

    ReplyDelete
  4. Saya pun akan lakukan juga.

    ReplyDelete
  5. sbb masa saya gemuk ari tu...badan asyik lengu. ditambah lak suami dok perli2. mau tak sakit hati.Berat naik secara drastik. Ngeri tengok. Stress tau. Office wear byk kena jahit baru. Sekarang semua leh pakai termasuk bj n seluar b4 bersalin. Memang peringkat awal sgt susah, tp kena tuff la. terima kasih sbb share blog dengan saya....nnt kita share2 info lain....

    ReplyDelete
  6. hok hok hok... daku pun sudah terlebih lomak nih... adeiiii... tp nak makan juga yg sodap2... cam mana tuh...

    ReplyDelete
  7. sangat setuju dengan nota kaki itu!~~

    ReplyDelete
  8. tak boleh kalo tak makan nasi..
    mesti gastrik..

    ReplyDelete
  9. nak turunkan berat badan...tapi susah .. makan, tido, online, tngk tv jer kerja .. aduiii .. kalau cam tu, nak CUBA la kaedah ni :)

    ReplyDelete
  10. jom pakat diet!hehe..nana xboleh diet,cepat je lapar:)

    ReplyDelete
  11. baru kalai pertama dengar nama diet ne..hehe

    ReplyDelete
  12. Eh, bunyi mcm diet papa mia je.. hehe.. tapi diet papa Mia xda nama specifik nya.. hehehe takut kena marah doktor eh... hhehehee

    Nya sik ambik gula : sik ambik nasi, gula and sejenis nya lah.. so, bayangkan papa mia minum kopi O' Kosong.. pahit XP .. tapi papa mia dha biasa hingga klau papa Mia minum kopi yg ada sesudu gula pun, papa kata manis.. :)

    anyway, diet ini mmg berkesan dan tak mederita sgtlah... :) walaupun kesan lama.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Nak diet perlukan semangat dan usaha yang kental.. susah lau tergugat imannya..^^make sure da ciap dari segi mental dsn fizikal juga..

    Lau nak diet, make sure ia tidak memberi sebarang effect.. jangan la sapa tak makan, nanti lain pula jadinya.. cuma abik dalam kuantiti yang ckit, lebihkan pada protein dan vitamin..

    Lau macam sarah, makan ckit ker banyak berat badan mantain jer..=)

    Teringat adik Sara, dulu dia agak gemuk jugak la.. dia diet dalam 1, 2 tahun camtu la, tak makan nasi sangat tapi lebih pada protein dan skrg badan dia da kurus gile dan bertambah tinggi..^^

    ReplyDelete
  14. nak diet tapi bila tengok makanan feveret terus cair. aduhh

    ReplyDelete
  15. Semoga Allah memudahkan urusan jentayu untuk menurunkan berat badan. Amin.

    betul-betul, nak kurus, janganlah beli produk entah apa-apa, janganlah nak keputusan segera tapi boleh memudaratkan diri.

    Yang penting, disiplin diri. hasilnya lambat tapi kesannya MEMBERANGSANGKAN. biar lambat janji selamat.

    ReplyDelete
  16. macma mana lak law nak gemok..wan tak nak diet..terlampau kurus nie..ehehhe

    ReplyDelete
  17. orang yang xpernah gemuk mesti x pernah merasa seksanya diet kan,,

    tapi kalo semangat kental apa2 pun jadi la...

    good luck suma yang berdiet...jangan abaikan nutrisi korank ;)

    ReplyDelete
  18. kaseh suchi

    hehehe...a ah kan...macam wan nie tak pernah gemuk so tak merasa lah diet..posa tu biasalah kan..bulan posa bukan leh diet koz bila berbuka tu juadah berlambak2 lak..

    ReplyDelete
  19. saya baru masuk hari ke-3 diet atkins .. boleh share tak tips2 .... insya allah induction sye nak try smpi sebulan ...

    emel - gogumavillager890@gmail.com

    ReplyDelete