Cantiknya Malaysia! Begitulah reaksi saya sekembalinya kami ke tanah air, selepas bermastautin di negara Qatar dan Jordan selama enam tahun. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kata orang,seronok lagi di negeri sendiri.
Baru saya tahu betapa subur dan hijaunya bumi Malaysia.Baru saya tahu betapa berharganya air hujan yang amat jarang sekali turun di negara-negara Timur Tengah.Saya jadi gayat apabila melihat air hujan di negara sendiri! Pelik bukan? Kini saya faham mengapa mereka di Timur Tengah suka hujan.Betapa nikmatnya apabila dapat menghirup udara bersih selepas hujan turun.Sesungguhnya hujan adalah rahmat yang tidak ternilai harganya bagi manusia.
Baru saya tahu orang-orang kita lebih sopan di jalan raya dan patuh pada undang-undang jalan raya.Cubalah memandu di negara-negara ini, kering darah kita dibuatnya! Hakikatnya, ianya sungguh mencabar kesabaran kita. Biasalah. Bila sudah lama berada di perantauan,masakan-masakan kampung amatlah saya rindui. Maklum sajalah, manalah nak dapatkan rempah ratus Adabi, Mak Siti, belacan, lengkuas, daun kunyit, daun limau purut dan serai di luar negara. Manalah larat nak telan roti qobus, beriani kambing, nasi mandi, mansaf, baklava dan sebagainya saban hari. Mengalahkan orang yang mengidam, saya ingin merasai semua jenis masakan selera utara,selatan dan timur! Malaysia bagaikan ‘syurga makanan’ bagi anak-anak perantau!
Setelah sekian lama berada di luar negara,Kuala Lumpur sudah banyak berubah wajah. Tercengang saya apabila melihat banyak bangunan-bangunan pencakar langit yang merubah ‘skyline’ Kuala Lumpur.Kuala Lumpur memang pesat dengan kemajuan dan pembangunan yang dapat kita sama-sama banggakan. Orang-orang Qatar dan Jordan yang pernah melancong ke Malaysia rata-rata sudah jatuh cinta dengan Malaysia dan mahu melancong lagi ke Malaysia.Bukan saja mereka , saya sendiri kagum dengan negara saya sendiri.
JMJ: Malaysia cantik!
yesss berbanggala dengan negara malaysia...
ReplyDeletekita rakyat malaysia penuh adab dan sopan disamping kemajuan negara yg bole dibanggakan
walau kemana jua ku pergi.. Malaysia tetap di hati ku..tempat tumpah darahku..
ReplyDeleteberbangga jadi rakyat MALAYSIA....
ReplyDeleteMemang kita sangat beruntung jadi MALAYSIAN !!! :) Alhamdulillah
ReplyDeletesaya bangga jadi anak MALAYSIA!:)
ReplyDeletetahun lepas ada peluang ke negara yg maju.. dalam hati..lebih kurang msia je.. bila adik nak g vacation ke sana saya pulak boleh cakap "tak payahla pergi, sama je dgn msia" hehe
ReplyDeleteMalaysia Boleh! :) I Love Malaysia...!
ReplyDeletehujan emas d negara org ujan batu dnegera sdri..
ReplyDeleteso???
apepun negara malaysia negara trhebat!!!
brdoa supya msia terus maju an aman damai aminn
walaupun jauh mengembara mesti kita akan ingat tempat tanah tumpah kita punya. hujan batu pun hujan batu laaa..hehe
ReplyDeleteMalaysia terbaik...
ReplyDelete1 malaysia jana transformasi..
Malaysia pesat membangun.Pejam celik, pejam celik dah banyak yang negara kita kecapi..Semuanya kerana usaha semua rakyat Malaysia..
ReplyDelete1 Malaysia
Yea, Malaysia tetap menjadi nombor satu dalam hati kita..
ReplyDeleteBile kita merantau dan tinggalkan negara kite tetapi negara kite, Malaysia tetap dirindui selalu..Tu la Tanah tumpah darahku..
Hargai dan sayangi la negara kite nie.. Sentiasa la doakan supaya negara kite sentiasa aman dan maju ke depan..^^
Apa yang membezakan negara kita dan negara lain ialah Mlaysia aman dengan pelbagai kaum dan agama Islam menjdi agama rasmi negara kita..Dan plg membezakan lagi ialah..Rakyat kita terlalu sombong dengn nikmat yang diberi..suka membazir dan tak pernh nak hargai sesuatu..mungkin pada sesetangah org tapi..sikit sikit lama lama jadi bukit jugak kan..
ReplyDeleteBangga jadi rakyat Malysia dengan keamanan dan jagalah kperibadian Mlaysia..
kita xdapat merasa nikmat sesuatu kalau kita x pernah kehilangan nya..
ReplyDeletemacam JMJ jugak la...walaupun malaysia ni sudah cantik...kita x perasan kalau kita x pernah tinggalkan dia kan...
macam kite jugak..x merasa indahnya berada n menjadi rakyat kelantan... bila da bekerja di luar negeri kelantan baru merasainya...
hujan batu pon xpa..janji COOL hehe