Pages

Thursday, 21 April 2011

Bagi Huruf F Apa Pula Ya?



Fikiran Suntuk
Maksud: Picik fikiran
Contoh Ayat: Orang yang berfikiran suntuk selalu kecewa dan gagal dalam hidup.

Faham Kiri = Berfahaman Kiri
Maksud: Berfikiran politik yang radikal atau berfahaman sosialis.
Contoh Ayat: Semua penduduk tahu dia  berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

Fajar Menyingsing
Maksud: Awal pagi.
Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Kota Kinabalu sebelum fajar menyingsing.
 







Jako Geliga: Apa kata kawan-kawan buat ayat menggunakan simpulan bahasa ini. Boleh kita lihat sama-sama di laman komentar. 

14 comments:

  1. oh fajar menyinsing tu kira skali ek
    ngatkn hanya kata2 kiasan

    ReplyDelete
  2. lama dah lupa simpulan bahasa ni... :)

    ReplyDelete
  3. kalau faham kanan tu maksudnya menyokong kerajaan le yer...:-)

    ReplyDelete
  4. biasa dengar fajar meenyising jer.. suntuk fikiran ni tak pernah dengar..skrg dah tahu la..bagusnya entry nie..

    ReplyDelete
  5. hehe, langkah kanan jap masuk blog ni. siap ada info pasal simpulan bahasa.

    ReplyDelete
  6. wah,simpulan bahasa pulak..hehe..teringat zaman skola rendah:)gigih beli kamus nak buat ayat..

    ReplyDelete
  7. Cikbintang, Fajar menyinsing tu bukan kata2 kiasan.hihik Org dulu2, kalau awal pagi, mrk selalu guna perkataan fajar menyinsing. Sekarang jarang menggunakan perkatan tersebut.Semua senang guna awal pagi.. Romantik kan org dulu2.. hihik

    Aqishah: ;)

    Story of my Life: Thanks. Saya pun suka coz dapat memperkasakan simpulan serta peribahasa kita.. Bahasa kita adalah khazanah Negara kita.. ;)

    Thanks Shafika. Sama2 kita belajar.. ;)

    Nanakimie: aa aah, siap beli kamus..hihik. Masa sekolah, kalau pelajaran Bm, kalau ada kuiz ttg simpulan bahasa, rasa seronok sangat..

    ReplyDelete
  8. Fikiran suntuk tu b'maksud orang yang b'fikiran sempit ker?
    contoh ayat> orang yang berfikiran suntuk adalah orang yang mudah gagal..

    Faham kiri tu biase dengar ia b'mksd b'pihak pada musuh..betul ker?

    Fajar m'yinsing sedap juga lau disebut dari awal pagi ^_^..

    ReplyDelete
  9. Selepas fajar menyinsing, pemuda yg berfikiran suntuk itu sudah mula ingin membahaskan tindakan kerajaan dan menentang keras usaha2 kerajaan seperti org yg berfahaman kiri

    Apa macam..? boleh tidak pass nie cikgu Jako Geliga..? hehehe.. acah je.. :) btw, thanks for the info.. mmg berguna.. and love the fajar menyingsing

    ReplyDelete
  10. jom bina ayat...
    huruf I pulak?

    ReplyDelete
  11. fajar menyising jek tau. huhu

    ReplyDelete
  12. fikiran suntuk..law sarawak..org cakap suntk tu..macm dah tak de duit lah.."suntuk bena."contoh ayat

    ReplyDelete
  13. fikiran suntuk betul la awek tu... baru kenal 2 bulan da ikut lalki tu nikah kat bangkok

    acecece

    ketika fajar menyinsing terdengar pergaduhan mila dan suaminya...(pagi2 da begaduh ke? teettttt)

    ReplyDelete
  14. kaseh suchi


    kan kan..kaseh ambek jurusan ape erk??

    ReplyDelete