“Aduh, hilang seri aku pagi ni kak?” teriak seorang teman kapada aku sejurus masuk ke pejabat.
“Hai..solekan dah cantik, rambut pun bersikat elok, baju pun macam nak sambut raya, seri je aku tengok” balas aku dengan selamba.
“Penat tau aku sembur minyak wangi pagi ni, suku botol, masuk je tren (komuter) saya berdiri bawah ketiak bangla. Maklum la saya ni kan spesis comel” balasnya sambil tertawa kecil.
Itu antara peristiwa pagi, pengangkutan awam, aku dan rakan-rakanku. Maklumlah orang macam aku ni memang pengguna tegar pengangkutan awam. Ada lesen pun aku tak memandu. Perjalanan jauh, kereta pun satu, jadi mahu tak mahu terpaksa juga menyelesakan diri dengan apa juga medium pengangkutan awam yang tersedia. Aku redha.
Komuter ni memang dah sedia maklum perihal kesesakannya. Kalau nak balik ke arah Seremban tu, bersedialah dengan gelombang manusia yang bakal menjadi penghuni seketika tren komuter. Kalau naik awal tak apa. Tapi kalau dah naik selepas stesen Bank Negara, hmmmm…bersedialah. Apa-apa pun itu hakikat yang terpaksa kita terima. Mungkin itu sahaja medium pengangkutan terbaik buat kita yang tersedia.
Bajet demi bajet dah kita dengar, semuanya pasti tak lupa dengan idea dan peruntukan untuk meningkatkan pengangkutan awam sedia ada. Lawatan demi lawatan dan serba-serbi cuba disedia. Mungkin kita akan nampak perubahannya nanti. Perubahan bukan boleh berlaku sekelip mata. Jadi bersabar dan bersedialah. Kita lihat apa yang bakal berubah nanti…
JEGEN dengar: Katanya Komuter nak tambah lagi tren (30) dijangka penghujung tahun ini. Harapnya betullah khabar tu. Tak delah nak bersesak-sesak lagi.


=)
ReplyDeleteinsyaallah
harap2 akan dtg ada perubahannyer...
ReplyDeletex suke naik pengangkutan awam yg sesak ngan org d wak2 puncak... bole tension jadinya....
ReplyDeletebtul2,xsuka sesak2,tp skg neh nek tren xase sesak da sebab ada koc khas untuk wanita..so,xdela kena berebut ngn lelaki..
ReplyDeleteKesesakan itu biase la berlaku time orang abis keje, musim raya dan laen2..
ReplyDeleteTapi kite juga boleh membuat aduan mengenai nie supaya kesesakan nie boleh diatasi..=)
hehe. hilang seri terus tu. kelakar laa..
ReplyDeletememang betul tu..kat seremban tun samnthan.semua sesak...bagi yang baru pergi KL..macma Wan nie..jrg2 pergi seronok lak naik sesak..pengalaman..hehehe..kat sarawak tak de tren..
ReplyDeletekalau x kena bersesak ngan warga asing xpala kan
ReplyDeletekaseh..
ReplyDeletepilih jugak warga asig tu..kalaiu kene dgn bangla..huh...lari jauh2 lah